Isnin, 31 Disember 2012

HARI ORIENTASI/PENDAFTARAN TAHUN SATU/PRA SEKOLAH 2013

Majlis Orientasi dan Pendaftaran murid Tahun 1 dan Pra Sekolah telah diadakan di SK Tun Sas pada hari ini. Majlis Orientasi murid Tahun 1 diadakan di Dewan Tun Fatimah SK Tun Sas.
Majlis telah diserikan dengan kehadiran YDP PIBG SK Tun Sas, Prof. Dr. Shahrin Sahib.

Sesi penerangan untuk ibubapa/penjaga murid tahun 1 telah diberikan oleh Tuan Guru Besar SK Tun Sas, Tn. Hj. Safie Hj. Jaafar.

Majlis Pendaftaran Murid Pra Sekolah pula diadakan di Dewan Makan Pra Sekolah dan sesi penerangan diberikan oleh GPK Hal Ehwal Murid SK Tun Sas,En. Mohd Nasir Salim.
 









Selasa, 18 Disember 2012

SEMAKAN KEPUTUSAN SEKOLAH KAWALAN 2013

Keputusan Sekolah Kawalan.

Semakan bagi keputusan Sekolah Kawalan dan Rancangan Khas sila layari

http://parents.sekolahmalaysia.com


Semua surat tawaran sekolah kawalan akan dihantar ke sekolah rendah asal pelajar mulai 24  Disember 2012. 



Isnin, 17 Disember 2012

TAHNIAH BUAT ADAM AGAN - OLAHRAGAWAN HARAPAN TAHUN 2011

Ucapan tahniah buat Adik Adam Agan bin Aziz atas penganugerahan Olahragawan Harapan tahun 2011 - Anugerah Sukan Negeri Melaka.

Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd  Khalil bin Yaakub sempena Majlis Anugerah Sukan Negeri Melaka 2012 yang diadakan di Dewan Seri Negeri pada 15 Disember 2012 yang lalu...

Tahniah buat Adik Adam Agan Aziz daripada seluruh warga SK Tun Sas....

TAWARAN KE SEKOLAH MENENGAH AGAMA 2013

Tahniah diucapkan kepada semua murid yang berjaya mendapat tawaran ke Sekolah Menengah Agama bagi tahun 2013.

SMKA Sultan Muhammad    -  No. Tel. Sekolah : 062325434

Angka Giliran : MA0491001
Nama Calon  : Ahmad Azad Amir bin Ahmattan

Angka Giliran : MA0491002
Nama Calon  : Anas bin Mazlan

Angka Giliran : MA0491005
Nama Calon   : Mohamad Ghazali bin Samsuddin

Angka Giliran : MA0491035
Nama Calon  : Abdullah Afnan bin Shahrin

Angka Giliran : MA0491045
Nama Calon   : Muhammad Faliq Ilmam bin Lukhman

SMKA Sharifah Rodziah     - No. Tel. Sekolah : 06 2618944

Angka Giliran : MA0491034
Nama Calon  : Siti Nurhanis binti Mansor

Angka Giliran : MA0491025
Nama Calon   : Nur Alyssa Najwa binti Tuah

SM Tahfiz Quran Chenderah      No. Tel. Sekolah : 065247288

Angka Giliran : MA0491055
Nama Calon  : Wan Ahmad Aslam bin W. Mohd Shukr


TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG BERJAYA MENDAPAT TAWARAN .
SILA HUBUNGI SEKOLAH MENENGAH YANG BERKENAAN SEBELUM/PADA 24 DISEMBER 2012
UNTUK MAKLUMAT LANJUT DAN PENGESAHAN.




TAWARAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2013



ANDA DITAWARKAN KE TINGKATAN SATU (1) SEKOLAH BERASRAMA PENUH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2013
 Angka Giliran : MA0491018 Nama Calon : ELISSA TASNEEM CARMEN LOKE BINTI ZURKAMAWAN Sekolah Asal: MBA2046 –

ANDA DITAWARKAN KE TINGKATAN SATU (1) SEKOLAH BERASRAMA PENUH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2013
    Angka Giliran : MA0491025 Nama Calon : NUR ALYSSA NAJWA BINTI TUAH Sekolah Asal: MBA2046 –

Sila lawati laman sesawang http://www.moe.gov.my  untuk makluman lanjut.


TAHNIAH KEPADA PELAJAR YANG TELAH BERJAYA MENDAPAT TAWARAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH.....



Selasa, 11 Disember 2012

TAHNIAH BUAT ADIK RAJA MUHAMMAD DANIAL

Adik Raja Muhammad Danial bin Raja Shahrul Azlan  telah ditawarkan untuk belajar di Sekolah Sukan Bukit Jalil di Tingkatan 1 mulai tahun 2013.
Bidang sukan yang diceburi ialah dalam bidang Olahraga.

Adik Raja Muhammad Danial dikehendaki hadir ke SK Tun Sas untuk mengambil Surat Tawaran dan dokumen-dokumen semasa pendaftaran pelajar baru di sekolah tersebut.

TAHNIAH BUAT ADIK RAJA MUHAMMAD DANIAL.



Isnin, 10 Disember 2012

MAKLUMAN TERKINI UNTUK SEMUA GURU SK TUN SAS

1.  Taklimat Perlaksanaan Program I Think peringkat sekolah pada
     
      Tarikh  : 26 - 27 Disember 2012 ( Rabu/Khamis )
       Masa  : 8.00 pagi hingga 12.00 tgh
   Tempat   : Pusat Sumber SK Tun Sas
 Penglibatan : Semua guru SK Tun Sas ( Kehadiran adalah diwajibkan )

2.  Pembentangan Perancangan Strategik 2013 akan diadakan pada :

     Tarikh   : 28 Disember 2012 ( Jumaat )
      Masa   :  8.00 pagi - 12.00 tgh
  Tempat    : Bilik Mesyuarat Tun Perak
 Kehadiran semua guru adalah diwajibkan.

3.  Mesyuarat Guru kali Pertama .

    Tarikh  :  29 Disember 2012 ( Sabtu )
    Masa   : 8.00 pagi - 12.00 tgh
 Tempat   : Bilik Mesyuarat Tun Perak
Kehadiran semua guru adalah diwajibkan

4.  Majlis Pendaftaran dan Orientasi Murid-Murid tahun 1 - 6 dan Pra Sekolah

    Tarikh    : 31 Disember 2012 ( Isnin )
    Masa     : 8.00 pagi
Tempat    :  Murid Tahun 1 - 6  ( Dewan Terbuka Tun Fatimah )
                  Pra Sekolah    ( Dewan Makan Pra Sekolah )
Kehadiran semua guru adalah diwajibkan.

HARAP MAKLUM........
 
  

Jumaat, 30 November 2012

LIST BUKU SK TUN SAS 2013



SENARAI PERALATAN YANG PERLU DIBELI BOLEH DIDAPATI DI PEJABAT SEKOLAH MULAI SEKARANG.
PEJABAT SEKOLAH DIBUKA MULAI JAM 8.00PAGI HINGGA 5.00 PETANG.

KEDAI BUKU AKAN MULA BEROPERASI PADA 17 DISEMBER 2012 SEHINGGA HARI PERSEKOLAHAN 2013 BERMULA MULAI JAM 9.00 PAGI HINGGA 2.00 PETANG.

KEDAI BUKU SEKOLAH AKAN DITUTUP PADA HARI AHAD DAN CUTI UMUM.
HARAP MAKLUM...

Khamis, 22 November 2012

PENEMPATAN MURID KE TINGKATAN SATU 2013

Adalah dimaklumkan bahawa keputusan penempatan murid tahun 6 ( 2012 ) ke Tingkatan Satu di SMK Ayer Keroh telah dikeluarkan.

Oleh yang demikian semua murid tahun 6 ( 2012 ) dikehendaki datang ke Pejabat SK Tun Sas untuk mengambil surat pemberitahuan penempatan ini.

Pejabat sekolah dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Harap maklum.

Isnin, 19 November 2012

PENGUMUMAN KEPUTUSAN UPSR 2012

Pengumuman Keputusan UPSR 2012 telah diadakan di Pusat Sumber SK Tun SAS pada hari ini. majlis telah dihadiri oleh Yang Dipertua PIBG SK Tun SAS, Prof. Dr. Hj. Shahrin Sahib.

Seramai 130 orang murid tahun 6 telah menduduki UPSR pada tahun ini.
26 murid telah mendapat 5A .

PIBG SK Tun SAS telah memberikan sumbangan kepada semua murid yang telah mendapat 5A dalam UPSR 2012.

Tahniah buat semua yang telah berjaya....




















Khamis, 15 November 2012

PENGUMUMAN KEPUTUSAN UPSR 2012

Adalah dimaklumkan bahawa Keputusan UPSR 2012 akan diumumkan pada :

 Tarikh    :  19 November 2012 ( Isnin )
  Tempat : Perpustakaan SK Tun SAS
  Masa    : 10.00 pagi

Semua murid tahun 6 dikehendaki hadir untuk menerima slip keputusan UPSR ini.
Murid-murid yang hadir diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah.

BEKAS PELAJAR SK TUN SAS 2011 YANG MENDAPAT 5A DALAM UPSR 2011 JUGA DIJEMPUT HADIR BERSAMA UNTUK MEMERIAHKAN MAJLIS INI .

HARAP MAKLUM......
 

   


Isnin, 12 November 2012

SEKITAR JAMUAN KELAB STAF SK TUN SAS 2012

Kelab Staf SK Tun SAS telah mengadakan Jamuan Akhir Tahun 2012 untuk semua warga SK Tun SAS di Holiday Inn , Banda Hilir  semalam.

Jamuan telah dihadiri oleh Tn. Guru Besar,Tn Hj. Safie Jaafar, barisan GPK dan guru-guru serta kakitangan SK Tun SAS.







HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2012

Hari Anugerah Kecemerlangan telah diadakan di Dewan Tun Fatimah,SK Tun SAS pada 7 November 2012.
Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia, Prof. Dr. Hj. Shahrin Sahib, Yang Dipertua PIBG SK Tun SAS.

Turut hadir ialah barisan Guru Penolong Kanan SK Tun SAS dan guru-guru SK Tun SAS.
Tahniah buat semua murid yang telah berjaya mendapat pengiktirafan dalam bidang Akademik, Sahsiah dan Sukan.





Majlis juga diserikan dengan persembahan dari murid Pra Sekolah dan murid Tahun 5 serta nyanyian solo dari murid Tahun 6.