Sabtu, 28 April 2012

SEKITAR PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN TAHUN 6: BENIH DITABUR,HASIL DITUAI

Program Motivasi Kecemerlangan Tahun 6 : benih Ditabur ,Hasil Dituai telah dijalankan pada 27 dan 28 April 2012 bertempat di PSS SK Tun Sas.

Program yang dijalankan dengan kerjasama Nazlela Training ini melibatkan semua murid tahun 6.
Program dimulakan dengan LDK : Sesi bersama Mentor Mantee melibatkan semua guru SK Tun Sas yang telah dilantik sebagai Mentor kepada murid tahun 6.

Antara slot yang dikendalikan oleh Nazlela Training ialah :

Ceramah Motivasi I   : Mengapa Perlu Cemerlang
Ceramah Motivasi II  : Bagaimana Membina Kecemerlangan
Latihan Dalam Kumpulan






Khamis, 26 April 2012

MAKLUMAN CUTI PERISTIWA SEMPENA PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM DAN HARI PEKERJA 2012


PERTANDINGAN KO AKADEMIK ' ACTION SONGS ' SEKOLAH RENDAH DAERAH MELAKA TENGAH

Pertandingan Ko Akademik " Action Songs " peringkat Daerah Melaka Tengah telah dijalankan pada hari ini dengan jayanya .
Pertandingan telah disertai oleh 15 buah sekolah dari Daerah Melaka Tengah.
Ianya dimulakan pada jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang.

Pelbagai lagu , aksi dan gaya yang menarik telah dipersembahkan oleh semua peserta yang mengambil bahagian.

Keputusan :  1st  - SK (P) Methodist 2
                    2nd - SK Tun Sas
                    3rd  - SK Bukit Bruang
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh GPK Pentadbiran,SK Tun Sas, En. Kamaruddin Abdul Majid.

Sebanyak 6 buah sekolah yang mendapat tempat 1 - 6 akan mewakili Daerah Melaka Tengah di peringkat negeri nanti.

TAHNIAH BUAT SEMUA SEKOLAH YANG TELAH BERJAYA....

TAHNIAH JUGA BUAT SK TUN SAS YANG BERJAYA MENDAPAT TEMPAT KE 2.....












 

Selasa, 24 April 2012

KEJOHANAN SKUASY 2012 CIMB NATIONAL JUNIOR CIRCUIT 2ND LEG

Kejohanan Skuasy 2012 CIMB National Junior Circuit 2nd Leg telah dijalankan di Kompleks Sukan Hang Jebat,Krubong Melaka pada 19 hingga 22 April 2012.
Pasukan Skuasy SK Tun Sas telah menghantar pasukan skuasy yang terdiri dari :

1. Muhammad Khair Ammar
2. Muhammad Shahmeen Farhan
3. Muhammad Danish Azmi
4. Adam Agan Aziz
5. Alyssa Renai Aziz
6. Ghazali Shamsudin
7. Nurtasnim Samsudin
8. Mohd Nurhelmy Abd Razak

Keputusannya :

1. Kategori bawah 9 tahun  - Mohd Khair Ammar mendapat tempat ke 4

Pemain Yang Layak Ke Grand Final yang akan diadakan di Kompleks Sukan Bukit Jalil pada 3-4 Mei 2012 ialah :

1. Muhammad Khair Ammar      - kategori bawah 9 tahun
2. Alyssa Renai Aziz                   - kategori bawah 9 tahun
3. Adam Agan Aziz                    - kategori bawah 13 tahun

Satu majlis ringkas telah diadakan untuk menyampaikan medal yang telah dimenangi oleh pasukan skuasy SK Tun Sas . Majlis telah disempurnakan oleh En. Mohd Nasir Salim, GPK Hal Ehwal Murid, SK Tun Sas.

TAHNIAH KEPADA PASUKAN SKUASY SK TUN SAS.....





Isnin, 23 April 2012

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH PERINGKAT SK TUN SAS 2012

Majlis Pelancaran Program Pendidikan Pencegahan Dadah peringkat sekolah telah diadakan pada hari ini 23 April 2012. Majlis diadakan di Dataran Tun Tuah , SK Tun Sas semasa perhimpunan rasmi sekolah.
En. Loh Chee Cheong, Penolong Pengarah,Pendididikan Pencegahan Dadah, Jabatan Pelajaran Melaka telah sudi untuk menyempurnakan majlis pelancaran ini.

Majlis telah dimulakan dengan nyanyian Lagu Rasmi iaitu Negaraku,Melaka Maju Jaya dan Wawasan Pendidikan Melaka. Ianya diikuti dengan bacaan doa dan bacaan perutusan dari Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang dibacakan oleh En. Mohd Nasir Salim,GPK HEM,SK Tun Sas.

Seterusnya ucapan dari En. Kamaruddin Abdul Majid,GPK Pentadbiran,SK Tun Sas.
Akhirnya diikuti dengan ucapan perasmian dari En. Loh Chee Cheong,Penolong Pengarah,Pendidikan Pencegahan Dadah,JPM.

En. Loh telah sudi untuk melancarkan majlis dengan gimik pelancaran yang telah disediakan oleh JK Majlis .

Ucapan ribuan terima kasih kepada En. Loh Chee Cheong atas kesudian beliau hadir dan merasmikan majlis ini.






 

Sabtu, 21 April 2012

TAHNIAH BUAT PELAJAR TAHUN 6 YANG BERJAYA DALAM UJIAN 1 - 2012

SENARAI MURID TAHUN 6 YANG BERJAYA MENCAPAI KECEMERLANGAN DALAM UJIAN 1 - 2012

1.  Sara Izzati Mohamad Esa                         -     5A
2.  Nurina Auni Muhd Azam                          -     4A 1B
3.  Nurul Atikah Wan Noor Azami                 -     4A 1B
4.  Noor Zalisya Mohd Ghazali                      -     4A 1B
5.  Fatin Naifa Ahmad Jefri                            -     4A 1B
6.  Nur Hakim Hasbi                                     -     4A 1B
7.  Adleen Sakina Nurulhuda Zaharin             -     4A 1B
8.  Siti Nurhanis Mansor                                -     3A 2B
9.  Erfan Adham Abdul Ghaffar                     -     3A 2B
10.Mahfuzah Husin                                       -     3A 2B
11. Nur Alyssa Najwa Tuah                          -     3A 2B
12. Nurul Aqilah Mazlan                               -     3A 2B
13. Muhd Fariz Mohd Zainul Sabarin            -     3A 2B
14. Ariff  Alzakri                                           -     3A 2B
15. Muhammad Danish Nukman Nazri          -     3A 2B
16. Muhammad Abdul Ghaffar                      -     3A 2B
17. Nur Aina Syahirah Nazarudin                  -     3A 2B
18. Riyadhatul Najihah Herray                       -     3A 2B
19. Muhammad Haikal Hazim Mohd Lazim      -     3A 2B
20. Muhammad Faliq Iman Luthman              -     3A 2B

Satu majlis ringkas penyampaian cenderahati telah diadakan pada 20 April 2012 selepas majlis Bacaan Yassin di Dataran Tun Tuah,SK Tun Sas. Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, Tn. Hj. Safie Jaafar.

TAHNIAH BUAT SEMUA MURID YANG TELAH BERJAYA....

' SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG '     


      

Jumaat, 13 April 2012

MAKLUMAN CUTI SEMPENA PENGISYTIHARAN MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

Sekolah akan bercuti pada hari Isnin ( 16 April 2012 ) sempena Pengisytiharan Melaka Bandaraya Bersejarah.
Semua warga SK Tun Sas akan bersekolah semula pada 17 April 2012 ( Selasa )
Harap maklum.

' MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG '
' NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU'


MAJLIS PENYERAHAN ID E-TUTOR KEPADA PELAJAR SK TUNSAS

Majlis Penyerahan dan Taklimat penggunaan Program Pembelajaran Tutor Online kepada pelajar tahun 6 SK Tun Sas telah dijalankan di Makmal Komputer SK Tun Sas.
Penerangan tentang Program Pembelajaran E Tutor telah disampaikan oleh wakil dari Perfisio Solution dan dihadir oleh 50 orang pelajar bersama Tuan Guru Besar,GPK1 dan  Penyelaras Bestari/Komputer Sekolah
Turut hadir ialah Ketua Eksekutif Kolej Antabangsa Sains dan Teknologi Melaka ( Micost ) Dr. Mohd Aluwi bin Sari.

Beliau juga telah memberikan ID dan Kata Laluan untuk kegunaan murid yang terlibat.









MAJLIS SUMBANGAN MISI PENGANTARABANGSAAN KE KARNIVAL KESENIAN MURID ANTARABANGSA KOCEALI,TURKI

Majlis Penyampaian Sumbangan Misi Pengantarabangsaan ke Karnival Kesenian Murid Antarabangsa di Koceali, Turki telah diadakan di Dataran Tun Tuah, SK Tun Sas.
Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia,Encik Husin bin Chek, Ketua Unit Ko-Kurikulum,Jabatan Pelajaran Melaka dalam satu majlis ringkas pada pagi ini.
Majlis turut dihadir oleh Encik Mohd Nasir bin Majid,Penyelia Unit Ko-Kurikulum,JPM dan ibubapa murid yang terlibat.

Encik Husin bin Chek telah menyerahkan sumbangan dari Jabatan Pelajaran Melaka dan bendera Melaka kepada guru pengiring pasukan tarian SK Tun Sas,Pn. Nurthaniah Hj. Abu Samah.
Sumbangan juga diberikan oleh PIBG SK Tun Sas yang diwakili oleh En. Wan Mohd Shukri Wan Ahmad kepada Tn. Guru Besar SK Tun Sas,Tn. Hj. Safie Hj. Jaafar.

Murid-murid yang terlibat juga telah mempersembahkan tarian  semasa majlis ini.







Selasa, 10 April 2012

MAKLUMAN CUTI SEMPENA PERTABALAN DYMM YANG DIPERTUAN AGONG KE 14

Sekolah akan bercuti pada 11 April 2012 ( Rabu ) sempena dengan Pertabalan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke 14.



Isnin, 9 April 2012

SEKITAR MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM DAN KEMPEN 1KELUARGA 1BUKU SK TUN SAS 2012

Majlis Pelancaran Program Nilam 2012 telah diadakan pada 9 April 2012 bertempat di Dataran Ilmu,SK Tun Sas.
Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia, Dr. Hj. Raihan bin Hj. Omar,Pengerusi Biro Kebajikan PIBG SK Tun Sas.

Acara simbolik memecahkan ketulan ais telah dilakukan oleh Dr. Hj. Raihan semasa gimik pelancaran majlis tersebut.



















Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Dr. Hj. Raihan bin Hj. Omar atas kesudian beliau hadir dan merasmikan pelancaran Program Nilam 2012.

Dalam majlis yang sama juga telah dilancarkan Kempen 1Keluarga 1Buku untuk menambah koleksi buku di Perpustakaan SK Tun Sas. Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, SK Tun Sas, Tn. Hj. Safie bin Hj Jaafar.