Isnin, 27 Mei 2013

PROGRAM TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHASA MELAYU UPSR

Program Teknik Menjawab Soalan Bahasa Melayu UPSR telah dijalankan di Pusat Sumber SK Tun Sas.
Program dikendalikan oleh En. Mohd Isha bin Hj. Bakar, Guru Cemerlang Bahasa Melayu negeri Melaka.
Pelbagai info dan teknik yang terkini mengenai cara-cara menjawab soalan Bahasa Melayu telah diberikan kepada murid tahun 6.



Rabu, 22 Mei 2013

PROGRAM LDP - PERKONGSIAN ILMU i THINK BERSAMA SJKC WEN HUA,BATU BERENDAM

Program LDP - Perkongsian Ilmu i Think bersama SJKC Wen Hua,Batu Berendam telah dijalankan pada 22 Mei 2013 (Rabu) .
Program melibatkan semua guru SK Tun Sas .
Ucapan terima kasih kepada warga SJKC Wen Hua atas kesudian berkongsi maklumat dan ilmu dalam Program I Think.




KEJOHANAN MERENTAS DESA 2013

Kejohanan Merentas Desa SK Tun Sas telah diadakan pada 21 Mei 2013(Selasa). Ianya melibatkan semua murid tahun 4,5 dan 6 .
Semua murid akan mengikuti larian yang telah ditetapkan di sekitar Taman Tasik Utama,Ayer Keroh.

Majlis penyampaian medal kepada semua murid yang berjaya telah disempurnakan oleh GPK SK Tun Sas.







Khamis, 16 Mei 2013

SEKITAR SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2013

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan dengan penuh meriah di Dataran Tun Tuah pagi ini. Majlis dimulakan dengan perarakan masuk semua guru SK Tun Sas ke Dewan Tun Fatimah.

Tema Hari Guru pada tahun ini ialah Guru Malaysia 1 Aspirasi 1 Agenda .
Acara sukaneka yang melibatkan semua guru SK Tun Sas juga telah diadakan di Dataran Tun Tuah.
Majlis diakhiri dengan persembahan pentas oleh guru-guru SK Tun Sas.







Rabu, 15 Mei 2013

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU


PROGRAM CUTI SEKOLAH MURID TAHUN 6 2013



MAJLIS PENGAGIHAN WANG BANTUAN KWAPM UNTUK TAHUN 2-6 TAHUN 2013

Majlis Pengagihan Wang Bantuan KWAPM untuk murid tahun 2 hingga 6 telah diadakan di Pusat Sumber SK Tun Sas hari ini.
Majlis ringkas ini disempurnakan oleh Yang Berusaha, Tn. Hj. Adam Hj. Mohamad,Guru Besar SK Tun Sas Turut hadir ialah En. Kamaruddin Abdul Majid,GPK 1 SK Tun Sas dan En. Mohd Nasir Salim, GPK HEM SK Tun Sas.
Pengagihan juga dibantu oleh Guru Penyelaras KWAPM iaitu Pn. Linda De Costa dan Pn. Latifah.








Selasa, 14 Mei 2013

MAKLUMAN PERMOHONAN KEMASUKAN MURID KE PRA SEKOLAH SK TUN SAS 2014

Adalah dimaklumkan bahawa Permohonan Kemasukan Murid ke Pra Sekolah SK Tun Syed Ahmad Shahabudin telah dibuka. Ibubapa/ Penjaga murid yang berminat boleh mendapatkan Borang Permohonan Pra Sekolah 2014 di Pejabat SK Tun Sas pada waktu pejabat.( 8.00 pagi - 5.00 petang )

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 31 OKTOBER 2013.