Selasa, 28 Oktober 2014

SEKITAR PROGRAM SELEPAS UPSR - PENGURUSAN JENAZAH / MEMBINA GAJET PERKHEMAHAN

Program Pengurusan Jenazah telah diadakan di PSS SK Tun Sas pada hari ini. Program ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam/J-Qaf ini dikendalikan oleh Ustaz Zairul Idzham dan Ustaz Safizan. Murid-murid telah didedahkan tentang perkara-perkara yang perlu dilakukan semasa menguruskan jenazah .
Program ini adalah sebahagian daripada Program Selepas UPSR untuk murid-murid tahun 6.Program ini dilaksanakan dari jam 8.30 pagi hingga 10.45 pagi.






Program yang kedua ialah Penghasilan dan Pembinaan Gajet Perkhemahan . Program yang dikendalikan oleh Badan Beruniform SK Tun Sas ini adalah untuk mengenalkan murid-murid tentang apa itu gajet yang boleh dibuat semasa berkhemah. Tahniah buat En. Abd Halim yang telah mengendalikan program ini.





Selasa, 21 Oktober 2014

PERMOHONAN KEMASUKAN KE PRASEKOLAH SESI 2015 DI SK TUN SYED AHMAD SHAHABUDIN


PERMOHONAN KEMASUKAN KE PRASEKOLAH SESI 2015 SEDANG DIBUKA UNTUK KANAK-KANAK YANG LAHIR PADA TAHUN 2009

BORANG PERMOHONAN BOLEH DIDAPATI DI KELAS PRASEKOLAH PADA WAKTU PEJABAT ( 8.00 PAGI - 4.00 PETANG )

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 31 OKTOBER 2014

Jumaat, 17 Oktober 2014

AKTIVITI TAE KWAN DO SCORPION DI SK TUN SAS

UJIAN PESERTA TALI PINGGANG KUNING

MEMBERI TANDA HORMAT KEPADA KETUA JURULATIH

CIK KAMALA,JURULATIH MELAKA MEMBERIKAN TAKLIMAT KEPADA MURID

PESERTA MENANTI GILIRAN UNTUK DIUJI

BERGAMBAR BERSAMA KETUA JURULATIH DAN 40 ORANG MURID SK TUN SAS

PROGRAM RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN( RIMUP ) 2014

Pada 13 Oktober 2014 ( Isnin ) seramai 40 orang murid SKTun Sas telah menyertai Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan ( RIMUP ) yang diadakan di SJK C Ayer Keroh,Melaka.

Semasa program ini murid daripada SK Ayer Keroh,SRA JAIM Tun Razak dan SK Tun Sas dikumpulkan untuk menyertai pelbagai program intergrasi yang dirancangkan.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah Ice Breaking , Membuat " Kollam " Bunga Raya,Permainan Petak dan Permainan Musang dengan Ayam

Para peserta juga dibawa menaiki Melak River Cruise dari Taman Rempah ke Muzium Samudera di Banda Hilir.
AKTIVITI ICE BREAKING(PECAH BENDUNGAN)

AKTIVITI PERMAINAN PETAK

AKTIVITI MEMBUAT 'KOLLAM' BUNGA RAYA

PERMAINAN MUSANG DENGAN AYAM

LAWATAN KE MUZIUM SAMUDERA

Ahad, 12 Oktober 2014

SEKITAR LAWATAN MURID TAHUN 6 KE LEGOLAND,NUSAJAYA,JOHOR DARUL TAKZIM PADA 12 OKTOBER 2014

BARISAN GURU-GURU TAHUN 6

MURID-MURID TAHUN 6 YANG MENYERTAI LAWATAN KE LEGOLAND
LEGOLAND WATERPARK














LEGOLAND WATERPARK

LEGOLAND WATERPARK




PERJALANAN PULANG



Jumaat, 10 Oktober 2014

UCAPAN TAHNIAH DARI WARGA SK TUN SAS



Seluruh warga SK Tun Sas mengucapkan sekalung Tahniah kepada Pengarah Pendidikan Melaka,Datuk Haji Md Rashid bin Haji Hussin atas penganugerahan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk pada hari ini sempena Hari Jadi  T.Y.T. Yang di-Pertua Negeri Melaka.
  

 Sekalung tahniah juga buat mantan Yang Dipertua PIBG,SK Tun  
 Sas Yang Berbahagia Prof. Datuk Dr. Haji Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin atas penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka 
( DMSM ) yang membawa gelaran Datuk pada hari ini sempena Hari Jadi T.Y.T Yang di-Pertua Negeri Melaka.

 Tahniah dari seluruh warga SK Tun Sas....

Rabu, 8 Oktober 2014

PROGRAM JALINAN BERSAMA PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA SG TUANG.



Program Jalinan bersama Pusat Internet Sg Tuang telah diadakan pada 3 Oktober 2014 yang lalu. Program yang diadakan di Pusat Sumber SK Tun Sas ini melibatkan semua murid tahun 6

Semasa program ini dijalankan,murid didedahkan dengan kebaikan dan keburukan penggunaan internet di alaf baru ini.














SEKITAR LAWATAN DARI ELIAS PARK PRIMARY SCHOOL,SINGAPURA