Isnin, 22 Jun 2015

MAJLIS PEMUAFAKATAN IBUBAPA/PENJAGA MURID TAHUN 6 KALI KE 2/2015


MAJLIS PENYAMPAIAN ZAKAT PERNIAGAAN BANK RAKYAT BAGI TAHUN 2014

Majlis Penyampaian Zakat Perniagaan Bank Rakyat Cawangan Ayer Keroh telah diadakan pada pagi ini semasa Perhimpunan Rasmi Mingguan .

Majlis penyampaian telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia, En. Afandi bin Zulkefly,Pengurus Cawangan Bank Rakyat Ayer Keroh.

Seramai 40 orang murid yang layak telah dipilih untuk menerima zakat perniagaan ini. Pembayaran zakat ini telah disalurkan melalui Akaun Tabungan Bank Rakyat dan secara tunai.





Selasa, 16 Jun 2015

PERTANDINGAN SCRABBLE SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI MELAKA 2015

Pertandingan Scrabble Sekolah Rendah peringkat negeri Melaka telah diadakan pada 16 Jun 2015 di Dewan Convent Infant Jesus 2,Bandar Hilir ,Melaka.

Pasukan Scrabble SK Tun SAS telah menyertai pertandingan ini yang terdiri daripada 3 orang murid tahun 5.


Jumaat, 12 Jun 2015

SEKITAR KEJOHANAN MEMANAH MSSM 2015

Kejohanan Memanah MSSM 2015 telah berlangsung di Sekolah Menengah Sains Teluk Intan,Teluk Intan,Perak pada 7 -11 Jun 2015 yang lalu.



Keputusan  untuk Team Memanah  Melaka,

1 pingat perak           -  perempuan bawah 15
1 pingat gangsa        -  perempuan bawah 15
2 pingat tempat ke 4 - pasukan campuran bawah18

Prestasi Murid  SK  Tun SAS

Afham - rangking 26/60 - kekal dlm kedudukan rangking 30 ke bawah
Aiman - rangking 42/60 - peserta baharu
Maisarah - rangking 49/60 - peserta baharu


Rabu, 3 Jun 2015

PERMOHONAN KEMASUKAN KE PRASEKOLAH SESI 2016

Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah SK Tun SAS telah dibuka untuk kanak-kanak warganegara Malaysia yang lahir pada tahun 2010

Sila dapatkan Borang Permohonan di Kelas Prasekolah SK Tun SAS mulai Isnin hingga Jumaat jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang..

Tarikh tutup permohonan : Oktober 2015