Jumaat, 25 November 2011

SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARAM 1433

Selamat menyambut Awal Muharram 1433 buat semua warga SK Tun Sas.

Hijrah boleh dikembangkan pengertiannya kepada berubah dari satu kedudukan yang normal atau biasa kepada satu kedudukan yang lebih baik.

Sempena menyambut kedatangan tahun baru ini sebagai seorang Muslim kita boleh menyusun strategi baru dalam hidup kita agar menjadi insan yang lebih bertaqwa dalam melaksanakan segala suruhan-Nya.



Doa Akhir Tahun


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.



Doa Awal Tahun


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.



Ya Allah, sesungguhnya kami redho Engkau menjadi Tuhan kami, Islam menjadi agama kami dan nabi Muhammad menjadi Rasul kami.



Khamis, 24 November 2011

PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU SEKOLAH MENENGAH KAWALAN NEGERI MELAKA 2012

Permohonan Kemasukan ke Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kawalan Negeri Melaka 2012 telah  dibuka.
Murid-murid Tahun 6 yang berminat untuk membuat permohonan dikehendaki mengambil Borang Permohonan di Pejabat SK Tun Sas mulai sekarang.

Syarat-syarat minima kemasukan ialah lulus UPSR dengan pencapaian 2A 3C , aktif dalam bidang ko kurikulum, sukan dan kepimpinan.
Bagi Daerah Melaka Tengah : SMK Tinggi Melaka
                                              SMK Tinggi Perempuan Melaka.

Tarikh tutup permohonan ialah 2 minggu selepas keputusan UPSR diumumkan. Pelajar-pelajar yang dipilih akan ditawarkan ke Sekolah Menengah Kawalan tanpa asrama.

Harap maklum.





SMK Tinggi Perempuan Melaka.




SMK Tinggi Melaka.

Jumaat, 18 November 2011

SELAMAT BERCUTI AKHIR TAHUN

Seluruh warga SK Tun Sas mengucapkan selamat bercuti akhir tahun kepada semua pelajar SK Tun Sas.
Sekolah akan bercuti mulai 19 November 2011 hingga 3 Januari 2012.

Semasa cuti sekolah murid-murid hendaklah melakukan aktiviti yang berfaedah dan menjaga keselamatan diri sendiri semasa musim cuti ini.

Sekolah akan di buka semula pada 4 Januari 2012.

SELAMAT BERCUTI ...

TAKWIM PERSEKOLAHAN 2012  - klik di sini.

GURU DAN KAKITANGAN SK TUN SAS 2011

MAKLUMAN CUTI AKHIR TAHUN 2011 DAN JUALAN BUKU/ALAT TULIS UNTUK KEGUNAAN SESI 2012 DI KEDAI BUKU SEKOLAH

PERTANDINGAN BOWLING KELAB GURU SK TUN SAS

JK Biro Sukan ,Kelab Guru SK Tun Sas telah mengadakan Pertandingan Bowling antara guru pada 17 November 2011 .
Pertandingan diadakan di Pusat Bowling MITC bermula jam 3.00 petang.

Berikut adalah keputusan pertandingan :

Kategori Berpasangan/ Double

Johan       : Pn. Norizan  / En. Zainuddin
Kedua      : En. Mohd Hazreek  / Pn. Rosnah
Ketiga      : En. Rezwan / Pn. Nor Harizawati
Keempat  : En. Wan Mohd Shukri / Pn. Hanita
Kelima     : En. Mohd Murtaza / Pn. Norasmawati

Kategori Individu Guru Lelaki

Johan    :  En. Zainuddin Zainal Abidin   ( 510 jatuhan pin )
Kedua  :  En. Mohd Hazreek Zainal      ( 413 jatuhan pin )

Kategori Individu Guru Perempuan 

Johan    : Pn. Nizawati Md Zin             ( 309 jatuhan pin )
Kedua   : Pn. Nur Atikah Mat Nayan   ( 297 jatuhan pin )

Kategori Guru Tunas Harapan

Pertama  : Pn. Aina Salwa Abd Karim
Kedua    : Pn. Adilah Abd Kadir
Ketiga    : Pn. Norasmawati Mahyudin

Majlis Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar Tahniah kepada yang berjaya.












Khamis, 17 November 2011

PENGUMUMAN KEPUTUSAN UPSR 2011

Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ( UPSR ) diumumkan pada hari ini.
Seramai 86 orang murid Tahun 6 SK Tun Sas telah menduduki peperiksaan ini pada bulan September yang lalu.

Keputusannya ialah seramai 12 orang murid telah berjaya mendapat 5A dalam semua matapelajaran .Manakala peratus lulus keseluruhan ialah 93.0%.

Satu majlis ringkas diadakan di Pusat Sumber SK Tun Sas untuk menyampaikan slip keputusan peperiksaan ini.
Majlis ini dihadiri oleh sebahagian dari ibubapa/penjaga murid tahun 6 dan juga AJK PIBG SK Tun Sas.

TAHNIAH !! BUAT SEMUA MURID TAHUN 6 YANG TELAH BERJAYA.
















Rabu, 16 November 2011

AGIHAN BANTUAN KHAS PERSEKOLAHAN 2012

Majlis Pengagihan Bantuan Khas Persekolahan 2012 telah diadakan dengan lancarnya pada 15 dan 16 hb November 2011.

Ibubapa/Penjaga murid SK Tun Sas telah hadir untuk mengambil Bantuan Khas ini dan bagi yang tidak dapat hadir , murid-,murid sendiri yang mengambilnya.

Tuan Guru Besar,Tn. Hj. Safie Hj Jaafar mengingatkan agar wang bantuan ini dapat dimanfaatkan untuk membeli keperluan persekolahan pada tahun hadapan.



























SEKITAR KEMPEN KESEDARAN PEMATUHAN PERATURAN DAN KESELAMATAN JALANRAYA

Kempen Kesedaran Pematuhan Peraturan dan Keselamatan Lalulintas telah diadakan di Dewan Terbuka SK Tun Sas. Kempen ini dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Melaka Tengah dengan kerjasama R.A. Talang Enterprise.

Semasa kempen ini pihak Polis Diraja Malaysia telah memberikan satu ceramah keselamatan tentang pematuhan lalulintas terutamanya untuk pengguna basikal.

Ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerjasama dengan warga SK Tun Sas dalam menjayakan kempen ini.