Sabtu, 31 Mac 2012

PROGRAM MOTIVASI DAN KEPIMPINAN PELAJAR 2012

Program Motivasi dan Kepimpinan Pelajar telah diadakan di SK Tun Sas pada 30 - 31 Mac 2012. Program ini diadakan untuk semua Pengawas Sekolah, Pustakawan dan Ketua Darjah dari Tahun 3,4,5 dan 6. Peserta program diberikan pelbagai maklumat dan pendedahan tentang kepimpinan.

Program ini dikelolakan oleh Badan Disiplin dan Pengawas SK Tun Sas dengan kerjasama  Success Counseling and Motivation Centre sebagai perunding motivasi  .


















Khamis, 29 Mac 2012

TAHNIAH KEPADA TEAM OLAHRAGA SK TUN SAS 2012

Kejohanan Olahraga MSS Kawasan Ayer Keroh telah dilangsungkan pada 27 - 29 Mac 2012 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota ( Sekolah Sukan Negeri Melaka ).

SK Tun Sas telah menghantar pasukan Olahraga untuk menyertai kejohanan ini.
Keputusannya :

SK Tun Sas telah dianugerahkan sebagai  Johan Keseluruhan Olahraga ( Sekolah Rendah ) dengan mendapat 5 pingat emas dan 2 perak.


Adik Raja Muhammad Danial  - Olahragawan MSS Kaw. Ayer Keroh kategori L12. ( 3 emas 1 perak )
Adik Amirul Aiman     -  ( 2 emas 1 perak )
Adik Nur Farahani Najiha  - Terbaik kategori P10 ( 100m )



















TAHNIAH BUAT TEAM OLAHRAGA SK TUN SAS....

Rabu, 28 Mac 2012

BARISAN TERTINGGI JAWATANKUASA PEMIMPIN PELAJAR 2012

Barisan Jawatankuasa Tertinggi Pemimpin Pelajar 2012





Ketua Pengawas
Adik Muhammad Danish Nukman bin Nazri













JK Tertinggi Pemimpin Pelajar


Dari Kiri :
Ahmad Syakir Fahmi,Arif Alzakri,Karisma Durar,
Nurina Auni

Barisan Depan:
Muhammmad Danish Nukman, Nurul Aqilah




Penolong Ketua Pengawas
Adik Nurul Aqilah bt Mazlan














       Ketua Pustakawan
       Adik Syakir Aiman Danial b. Sulaiman.

PROGRAM WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN PELAJAR 2012

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar 2012 telah diadakan pada 28 Mac 2012 pada jam 8.15pagi di Dataran Ilmu,SK Tun Sas.

Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berhormat, Datuk Hasan bin Abd Rahman , Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Sungai Rambai.

Majlis juga telah dihadiri oleh wakil PIBG SK Tun Sas.





Isnin, 26 Mac 2012

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 2

Mesyuarat Agung PIBG telah diadakan pada 25 Mac 2012(Ahad) pada jam 8.30pagi di Dewan Terbuka SK Tun Sas.

Mesyuarat telah dihadiri oleh Yang Dipertua PIBG,Prof. Dr. Shahrin Sahib, Guru Besar selaku Penasihat PIBG ,guru-guru dan ibubapa/penjaga murid SK Tun Sas.

Yang Berbahagia,Datuk Dr. Baba Md Deni dari Pertubuhan MERCY Malaysia telah sudi untuk merasmikan Mesyuarat Agung ini.

Majlis juga diserikan juga dengan persembahan tarian dari Kelab Muzik dan Kebudayaan SK Tun Sas yang dikelolakan oleh Pn. Nur Thaniah.




Sabtu, 24 Mac 2012

PROGRAM LADAP SIRI 2/2012

Program LADAP Siri 2/2012 telah diadakan di Bilik Tayang SK Tun Sas. Program LADAP ini adalah menggabungkan 4 buah sekolah dalam kumpulan CO 11 iaitu SK Batu Berendam,SK Batu Berendam 2,SRA Jaim Kg. Tun Razak dan SK Tun Sas sebagai tuanrumah.

SK Tun Sas menjadi tuanrumah bagi Bengkel Pendedahan Peperiksaan UPSR Matematik. Bengkel ini telah dikendalikan oleh En. Mohd Yusof Hj. Abd Rahman - Guru Pakar Matematik.

Seramai hampir 40 orang guru matematik gabungan sekolah-sekolah dalam CO11 terlibat dalam perbengkelan ini.

Sementara itu bagi Guru Bahasa Malaysia dan Sains sesi perbengkelan diadakan di SK Batu Berendam 2.
Bagi  mata pelajaran Bahasa Inggeris pula , SK Batu Berendam menjadi tuanrumah.

Program ini bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari.



Isnin, 19 Mac 2012

PENCALONAN KETUA PENGAWAS DAN PENOLONG PENGAWAS SK TUN SAS 2012

Pencalonan Ketua Pengawas dan Penolong Pengawas 2012 telah diperkenalkan kepada semua warga SK Tun Sas semasa perhimpunan rasmi mingguan. Majlis memperkenalkan pencalonan tersebut telah dilakukan oleh Pengelaras Badan Disiplin dan Pengawas , Pn. Aziyah Surip.

Semua guru-guru telah diberikan kertas pencalonan bagi memilih calon yang benar-benar sesuai dan layak untuk menjawat jawatan tersebut.

  

ADIK ADAM AGAN JOHAN BERPASUKAN BAWAH 12 TAHUN (L) KEJOHANAN SQUASH MSSM 2012

 Adik Adam Agan Aziz murid tahun dari SK Tun Sas telah mewakili Melaka dalam Kejohanan Squash MSSM bawah 12 tahun (L) baru-baru ini.
Beliau telah berjaya mendapat Johan Berpasukan Bawah 12 Tahun ( L ) .
Majlis ringkas penyampaian hadiah telah dijalankan di Dataran Ilmu,SK Tun Sas semasa perhimpunan rasmi mingguan. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh GPK Hal Ehwal Murid,En. Mohd Nasir Salim.

TAHNIAH BUAT ADAM...



Jumaat, 16 Mac 2012

SEKITAR MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN MURID TAHUN 1 - 2012

Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan Murid Tahun 1 - 2012 telah diadakan pada 16 Mac 2012       ( Jumaat ) di Dewan Terbuka,SK Tun Sas.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Wakil dari JAPERUN Ayer Keroh, Yang Berbahagia, En. Yong Fun Juan. Beliau juga adalah Ahli Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya menerangkan serba sedikit tentang tujuan dan jumlah peruntukan Bantuan Awal Persekolahan yang telah diagihkan pada tahun ini.

Majlis juga telah dihadiri oleh wakil dari Pejabat Pelajaran Daerah Melaka Tengah.
Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia,En. Yong kerana sudi menyempurnakan majlis penyerahan bantuan ini.






 














Sabtu, 10 Mac 2012

SENARAI PENCALONAN KETUA DAN PENOLONG KETUA PENGAWAS 2012

Jawatankuasa Tertinggi Unit Disiplin dan Pengawas SK Tun Sas telah menyenaraikan pencalonan Ketua dan Penolong Ketua Pengawas untuk tahun 2012.
Pihak Jawatankuasa akan menilai kesemua pencalonan bagi Ketua dan Penolong Ketua Pengawas berdasarkan kepada beberapa kriteria yang telah ditetapkan oleh Panel Pemilihan JK Unit Disiplin dan Pengawas.  







Khamis, 8 Mac 2012

MAKLUMAN CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1 - 2012

Semua murid akan mula bercuti selama 9 hari mulai 10 Mac 2012 hingga 18. Mac 2012.
Semasa cuti sekolah diharapkan semua warga SK Tun Sas dapat melakukan aktiviti yang berfaedah dan sentiasa mengulangkaji pelajaran yang telah dipelajari.
Di samping itu juga diharapkan agar dapat menjaga keselamatan diri sendiri semasa cuti ini.

Sekolah akan dibuka semula pada 19 Mac 2012 ( Isnin )

' SELAMAT BERCUTI '

Isnin, 5 Mac 2012

SEKITAR MAJLIS PELANCARAN PROGRAM GURU PENYAYANG 2012

Majlis Pelancaran Program Guru Penyayang peringkat sekolah telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar,Tn.Hj. Safie Hj Jaafar di Dataran Ilmu,SK Tun Sas .
Majlis telah dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku,Melaka Maju Jaya dan Wawasan Pendidikan Melaka.
Seterusnya diikuti dengan deklamasi sajak oleh Pn. Samsinar Ani bertajuk "Guru Penyayang" dan seterusnya ucapan perasmian oleh Tuan Guru Besar.





Ucapan perasmian oleh Tuan Guru Besar SK Tun Sas.
Gimik Pelancaran



Pelancaran Tabung ' Hulurkan Tangan Ringankan Beban '




Antara murid-murid yang menyambut harijadi pada minggu ini ( 5 - 10 Mac 2012 )
Sumbangan kutipan derma untuk murid yang terlibat dengan kebakaran.





Penyampaian cenderahati untuk Tuan Guru Besar dari
GPK Hal Ehwal Murid,En. Mohd Nasir Salim.
Banner Pelancaran