Jumaat, 25 Januari 2013

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 2013/1434H

Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan pada hari ini di Dataran Tun Tuah,SK Tun Sas.
Majlis dimulakan dengan berselawat beramai-ramai yang diketuai oleh Ustaz Mohamad Sofpian Osman dan diikuti oleh bacaan Al-Quran oleh murid tahun 6.

Seterusnya diikuti dengan ceramah yang bertajuk ' Mahabbah Rasulillah S.A.W yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Zairul Izhar bin Alias.

Tuan Guru Besar, Hj. Safie Hj. Jaafar seterusnya memberikan ucapan dan merasmikan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah pada tahun ini.

Majlis diakhiri dengan selawat beramai-ramai diketuai oleh Ustaz Mohamad Sofpian Osman .
Ucapan tahniah dan penghargaan kepada seluruh warga SK Tun Sas kerana menjayakan majlis sambutan Maulidur Rasul ini.


 

Jumaat, 18 Januari 2013

MAJLIS PENGAGIHAN WANG BANTUAN PERSEKOLAHAN RM100 - 2013

Majlis Pengagihan Wang Bantuan Persekolahan RM100 telah diadakan pada 17 Januari 2013 ( Khamis ) bertempat di Dewan Tun Fatimah,SK Tun Sas.
Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia, En. Yong Fun Juan,Setiausaha JAPERUN Ayer Keroh.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Ahli Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, En. Afir Yusa dan Pegawai Unit Ko-Kurikulum,Pejabat Pelajaran Daerah Melaka Tengah,Pn. Zaidah Latif.

Seramai 910 orang pelajar SK Tun Sas telah menerima wang bantuan persekolahan ini menerusi ibubapa/penjaga masing-masing.





Selasa, 15 Januari 2013

MAJLIS PENYERAHAN PAS KELUAR KELAS 2013

Majlis Penyerahan Pas Keluar Kelas telah diadakan semasa Perhimpunan Rasmi Sekolah pada 14 Januari 2013 ( Isnin )
Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, SK Tun Sas, Tn. Hj. Safie Hj. Jaafar di Dataran Tun Tuah.
Pas Keluar ini akan digunakan oleh semua murid mulai 15 Januari 2013 ini.




Selasa, 1 Januari 2013

TAHNIAH BUAT SK TUN SAS

Tahniah buat seluruh warga SK Tun Sas atas penganugerahan Anugerah Sekolah Cemerlang Kategori Sekolah Rendah sempena Majlis Anugerah Cemerlang Pelajar UPSR dan PMR Parlimen Bukit Katil yang diadakan pada hari ini.

Majlis telah disempurnakan oleh YAB Datuk Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam,Ketua Menteri Melaka.
SK Tun Sas juga telah berjaya mendapat Sijil Penghargaan daripada Ketua Menteri Melaka kerana mendapat tempat pertama dalam UPSR bagi tahun 2012.

TAHNIAH BUAT SK TUN SAS.......