Khamis, 21 Januari 2016

PEMBERITAHUAN TENTANG PENGURUSAN IBUBAPA/PENJAGA YANG MENGHANTAR DAN MENGAMBIL ANAK MENGGUNAKAN PINTU PAGAR BELAKANG



MAKLUMAN UNTUK SEMUA IBUBAPA/PENJAGA MURID SK TUN SAS YANG MENGGUNAKAN PINTU PAGAR BELAKANG SEKOLAH..
HARAP TUAN/PUAN DAPAT MEMATUHI PERATURAN DAN ARAHAN YANG TELAH DITETAPKAN..
HARAP MAKLUM.

Isnin, 11 Januari 2016

MAKLUMAN PENGISIAN BORANG MAKLUMAT MODUL PENGURUSAN MURID ( MPM )

MAKLUMAN KEPADA SEMUA IBUBAPA/PENJAGA 
MURID SK TUN SAS

Mohon kerjasama agar dapat melengkapkan Borang Maklumat Modul Pengurusan Murid ( MPM ) yang telah diedarkan oleh Guru Kelas anak tuan/puan melalui anak tuan/puan.

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan bersama- sama dengan :

1.  Salinan Penyata Gaji Terkini yang disahkan oleh majikan     
     sebagai bukti ketepatan jumlah pendapatan tuan/puan.
2. Bagi yang tiada Slip Gaji ( bekerja sendiri ) sila dapatkan 
    Pengesahan daripada Pengerusi JAPERUN/Penghulu/
    Pengerusi JKKK atau pihak berkuasa yang berkenaan.

Pengisian Borang Maklumat Modul Pengurusan Murid hendaklah diisi setiap tahun persekolahan dan ianya adalah
sulit sebagai rekod di dalam Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Kerjasama daripada tuan /puan adalah diharapkan supaya segala rekod tentang tuan/puan dan anak tuan/puan adalah yang terkini setiap tahun.


 

Jumaat, 1 Januari 2016

TAWARAN MENGIKUTI PROGRAM PENGAJIAN DI KOLEJ PERMATA PINTAR NEGARA,UKM SESI AKADEMIK 2016

Tahniah diucapkan kepada Adik Muhammad Hafidzuddin Akhtar bin Mohd Zainal Abidin berjaya menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke Kolej Permata Pintar,UKM bagi sesi akademik 2016

Warga SK Tun SAS mengucapkan tahniah dan teruskan kecemerlangan...