Sabtu, 21 Januari 2012

LATIHAN KAWAD KAKI UNIT BERUNIFORM 2012

Latihan Kawad Kaki telah dijalankan pada setiap hari Sabtu di Dataran Ilmu SK Tun Sas. Latihan dikendalikan oleh Jurulatih Kawad Kaki yang berpengalaman iaitu En. Hazahar Rahim dari SK Tengkera (1) .
Latihan ini melibatkan hampir 50 orang murid Tahap 2 yang berkesempatan hadir.

Latihan kawad kaki ini adalah sebagai persiapan untuk menyertai Pertandingan Kawad Kaki peringkat negeri yang akan diadakan pada tahun ini.



PERSIAPAN UNTUK PASUKAN BOLA TAMPAR SK TUN SAS 2012

Pasukan Bola Tampar SK Tun Sas mengadakan latihan pada setiap hari Sabtu dari jam 8.00pagi hingga 12.00 tengahari. Latihan yang dikendalikan oleh Cikgu Rezwan Yaakop disertai oleh murid-murid tahun 4,5 dan 6 yang terpilih .

Latihan diadakan di Arena Serbaguna SK Tun Sas. Murid-murid dilatih untuk melakukan pelbagai teknik dan kemahiran dalam permainan bola tampar.

Adalah menjadi harapan agar pasukan bola tampar SK Tun Sas dapat mencapai kejayaan pada tahun ini.





Khamis, 19 Januari 2012

CUTI SEMPENA TAHUN BARU CINA 2012

Sekolah akan bercuti untuk perayaan Tahun Baru Cina pada :

23.1.2012(Isnin)       -  Cuti Tahun Baru Cina
24.1.2012(Selasa)    -  Cuti Tahun Baru Cina
25.1.2012(Rabu)      -  Cuti Peristiwa TBC
26.1.2012(Khamis)   -  Cuti Berganti TBC
27.1.2012(Jumaat)    -  Cuti Berganti TBC

Semua murid akan bersekolah semula pada 30 Januari 2012(Isnin).
Selamat bercuti dan selamat menyambut perayaan Tahun Baru Cina dari seluruh warga SK Tun Sas.
Harap maklum.


Rabu, 4 Januari 2012

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2012

Hari pertama persekolahan sesi 2012 bermula pada hari ini 4 Januari 2012 ( Rabu ). Perhimpunan rasmi telah diadakan pada hari ini. Ianya dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku,Lagu Melaka Maju Jaya dan Lagu Wawasan Pendidikan Melaka.
Seterusnya diikuti dengan ucapan alu-aluan dari guru yang bertugas iaitu Pn. Nizawati Md Zin. Beliau memaklumkan tentang kehadiran dan waktu balik semua murid. Waktu balik adalah seperti berikut :
 
           Pra Sekolah   : 12.00 tengahari
       Tahun 1,2,4,5,6  : 1.05 tengahari
               Tahun 3      : 12.35 tengahari

Seterusnya ialah ucapan dari Tuan Guru Besar,Tn Hj. Safie Hj Jaafar. 







Selasa, 3 Januari 2012

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH SESI PERSEKOLAHAN 2012

Seluruh warga SK Tun Sas ingin mengucapkan selamat datang kepada semua murid Tahun 1 2012 dan selamat kembali ke sekolah untuk semua murid tahun 2 -6 .
Sesi persekolahan akan bermula mulai esok 4 Januari 2012.