Ahad, 3 Disember 2017

SENARAI BUKU DAN KEPERLUAN SEKOLAH TAHUN 2018 - TAHUN 4,5 DAN 6 SAHAJA




SENARAI BUKU DAN KEPERLUAN SEKOLAH TAHUN 2018 - TAHUN 2 DAN 3 SAHAJA


LAWATAN PROFESIONALISME PENGANTARABANGSAAN ANJURAN MAJLIS GURU KAUNSELING MELAKA BERSAMA WARGA PENDIDIK MELAKA.

Lawatan Profesionalisme Pengantarabangsaan anjuran Majlis Guru Kaunseling Melaka bersama Warga Pendidik Melaka dengan kerjasama Newbridge College,Melaka  telah diadakan pada  24 bingga 28 November 2017 .

Seramai 36 orang peserta lawatan terlibat dengan lawatan ini.SK Tun SAS telah diwakili oleh Pn. Nizawati Md. Zin dan Pn. Sazillawati Dolah

Lawatan ini turut disertai oleh En. Zulhijri Sabtu,Ketua Unit Hal Ehwal Murid ,Tn.Hj.Awaludin Joned, Ketua Unit Pendidikan Swasta dan Tn. Hj. Ali Azizan Abd Aziz, PPD Melaka Tengah

Peserta lawatan telah melawat ke Songserm Sasana Vitaya School,Hatyai semasa sesi lawatan tersebut.









Sabtu, 25 November 2017

PERTANDINGAN GOLF "SEHATI SEJIWA" WAKIL-WAKIL RAKYAT BN

Pertandingan Golf  " Sehati Sejiwa " Wakil-Wakil Rakyat BN telah diadakan pada 25 November 2017 di Ayer Keroh Country Club ,Ayer Keroh . Ianya dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Melaka dan Persatuan Golf Negeri Melaka.

Tetamu Kehormat ialah YAB Datuk Seri Utama Mohd Najib bin Tun Abdul Razak,Perdana Menteri Malaysia.

Seorang orang murid SK Tun SAS telah terpilih menjadi pengiring kepada barisan Datuk-Datuk yang mengambil bahagian iaitu Muhammad Dinie bin Zuhairi

Seorang bekas pelajar SK Tun SAS iaitu Nur Ainna Hidayah binti Borhan juga terlibat sama





.

Khamis, 23 November 2017

MAJLIS PENYERAHAN PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH

Majlis Penyerahan Pelaporan Sekolah Rendah telah dijalankan di Dewan Tun Fatimah,SK Tun SAS pada hari ini. Majlis telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Adam bin Hj. Mohammad, Guru Besar SK Tun SAS.

Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah adalah terdiri daripada :

1. Pentaksiran Bilik Darjah
2. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
3. Pentaksiran Psikometrik
4. Ujian Pencapaian Sekolah Rendah