Khamis, 26 Februari 2015
MELAKA TV - PEMIMPIN PELAJAR PELAPIS CAPAI WAWASAN NEGARA
Video dari Melaka TV semasa Majlis Pelantikan Pemimpin Pelajar SK Tun SAS 2015 yang disempurnakan oleh Yang Amat Berbahagia, Datin Hjh. Fadilah Abdullah..
Isnin, 23 Februari 2015
MAJLIS PELANTIKAN PEMIMPIN PELAJAR SK TUN SAS 2015
Majlis Pelantikan Pemimpin Pelajar SK Tun SAS 2015 telah diadakan di Dataran Tun Tuah, SK Tun SAS.
Perasmian pelantikan pemimpin pelajar ini telah disempurnakan oleh Yang Amat Berbahagia, Datin Seri Hjh .Fadilah binti Abdullah,isteri Ketua Menteri Melaka.
Turut hadir bersama ialah YDP PIBG,SK Tun SAS,Tn.Hj.Arif Hj.Yusa dan barisan jawatankuasanya serta wakil PPD Melaka Tengah.

Jumaat, 20 Februari 2015
MAKLUMAN PERLAKSANAAN KEM BESTARI SOLAT TAHUN 4,5 DAN 6 SIRI 1/2015
UNTUK MAKLUMAN AKTIVITI KOKURIKULUM DAN KELAS BIMBINGAN TAHUN 6 PADA HARI TERSEBUT DITANGGUHKAN...
HARAP MAKLUM..
HARAP MAKLUM..
Rabu, 18 Februari 2015
KEJOHANAN MERENTAS DESA SK TUN SAS 2015
Kejohanan Merentas Desa SK Tun SAS 2015 telah diadakan pada 17 Februari 2015. Semua murid Tahun 4,5 dan 6 terlibat dalam aktiviti merentas desa ini.
Tn. Hj. Adam bin Hj. Mohammad,Guru Besar ,SK Tun SAS telah melepaskan peserta larian mengikut kategori perempuan bawah 10,11,12 tahun dan diikuti dengan peserta lelaki bawah 10,11,12 tahun.

Sabtu, 14 Februari 2015
KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSM 2015
Tahniah buat Adik Syed Ali Zainal Abidin bin Syed Taha dari tahun 6 Kesturi yang telah mendapat tempat ke 4 dalam Kejohanan Merentas Desa MSSM 2015 bertempat di Bukit Sedanan,Melaka pagi tadi.
Khamis, 12 Februari 2015
LAWATAN PENANDA ARAS DAN PROGRAM BINA INSAN GURU PISMP SEM. 5 IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN
Seramai 30 orang guru pelatih PISMP Semester 5 Ambilan Jan 2013 TESL 2 dari Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn,Batu Pahat,Johor telah mengadakan lawatan dan Program Bina Insan Guru di SK Tun Sas hari ini. Guru-guru pelatih ini diiringi oleh 2 orang pensyarah dari IPG Kampus tersebut.
Sesi lawatan tersebut dimulai dengan sesi taklimat berkenaan latar SK Tun Sas, ciri-ciri kepimpinan sekolah,pengurusan sekolah ,iklim dan budaya sekolah. Taklimat telah disampaikan oleh Tn.Hj. Adam Hj Mohammad,Guru Besar SK Tun Sas dan En. Mohd Nasir Salim,GPK Hal Ehwal Murid.
Seterusnya kesemua peserta lawatan telah membuat lawatan persekitaran sekolah termasuklah Kelas Pra Sekolah,Bilik Muzik,Pusat Sumber Sekolah,Bilik Pemulihan,Bilik SAL, Kelas PPKI dan beberapa buah bilik darjah.

Jumaat, 6 Februari 2015
MAJLIS PELANCARAN PROGRAM ' HULURKAN TANGAN RINGANKAN BEBAN " 2015
Majlis Pelancaran Program ' Hulurkan Tangan Ringankan Beban ' 2015 telah dilancarkan pada hari ini di Dataran Tun Tuah. Majlis telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Adam bin Hj. Mohammad,Guru Besar,SK Tun Sas.
Program yang dikelolakan oleh JK Kebajikan,Insuran dan Anugerah ,SK Tun Sas ini adalah bertujuan untuk melahirkan warga sekolah yang saling bekerjasama ke arah mewujudkan budaya sekolah penyayang. Ianya juga adalah untuk menerapkan nilai-nilai positif dalam kalangan seluruh warga sekolah tentang pentingnya memberi perhatian,peduli dan nilai kasih sayang antara satu sama lain.
Program ini akan dijalankan pada setiap hari Jumaat di mana pihak JK akan mengedarkan tabung derma Hari Jumaat kepada semua warga SK Tun Sas.
Kutipan derma tersebut akan diagihkan untuk murid yang kematian ibubapa/penjaga yang sah,murid yang ditimpa musibah/kemalangan dan 30% adalah untuk tabung surau sekolah.

Khamis, 5 Februari 2015
MAJLIS PERJUMPAAN IBUBAPA MURID LINUS 2015
Majlis Perjumpaan Ibubapa Murid Linus 2.0 bagi tahun 2015 telah diadakan di PSS SK Tun Sas . Majlis penerangan tentang program LINUS telah diterangkan oleh Tn. Hj. Adam bin Hj. Mohammad,Guru Besar SK Tun Sas.
Majlis juga diserikan dengan kehadiran pegawai-pegawai fasilinus dari Pejabat Pelajaran Melaka Tengah.

PELANCARAN PROGRAM JOM 1000 SOALAN UNTUK MURID TAHUN 6-2015
Program Jom 1000 Soalan untuk murid-murid Tahun 6 dan Program Jom Ke Sekolah 2015 telah dilancarkan pada 2 Februari 2015 semasa perhimpunan rasmi mingguan. Majlis pelancaran yang diadakan di Dataran Tun Tuah telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Adam bin Hj. Mohammad,Guru Besar SK Tun Sas.
Program Jom 1000 soalan adalah anjuran Unit Kecemerlangan Tahun 6 manakala Program Jom Ke Sekolah adalah anjuran Unit Hal Ehwal Murid,SK Tun Sas

Langgan:
Catatan (Atom)