Selasa, 25 September 2012

TAHNIAH BUAT PASUKAN SKUASY SK TUN SAS

Pada 21 - 23 September 2012,pasukan skuasy SK Tun Sas telah menyertai Kejohanan Sirkit Melaka 750 Tahun 1st CIMB Junior Squash Circuit 2012 di Gelanggang Skuasy Hang Jebat,Krubong,Melaka.

Kejohanan ini dianjurkan oleh Persatuan Skuasy Melaka dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Melaka.

Keputusan

1. Mohd Danish Azmi                     -   tempat ke 4 ( Bawah 9 tahun  L )
2. Muhammad Shahmeen Farhan    -   tempat ke 2 ( Bawah 9 tahun L )
3. Muhd Haziq Laili                         -  tempat ke 2 ( Bawah 11 tahun L )
4. Muhd Khair Ammar Laili             -  tempat ke 4 ( Bawah 11 tahun L )
5. Mohammad Ghazali Samsuddin   -  tempat ke 2 ( Bawah 13 tahun L )
6. Alyssa Renai Aziz                         -  tempat ke 4 ( Bawah 9 tahun P )
7. Adam Agan Aziz                           -  tempat ke 2 ( Bawah 15 tahun L )

Satu majlis ringkas penyampaian medal telah diadakan semasa Perhimpunan Rasmi Sekolah pada 24 September 2012 yang lalu.
Majlis telah disempurnakan oleh GPK 1 SK Tun Sas, En. Kamaruddin Abdul Majid.

TAHNIAH BUAT PASUKAN SKUASY SK TUN SAS.






SUKANTARA HARI PERTAMA - 25.9.2012

Program Sukantara telah dijalankan di SK Tun Sas pada hari ini. Sukantara ini melibatkan semua murid tahun 4,5 dan 6 mengikut Rumah Sukan masing-masing.




Jumaat, 21 September 2012

SEKITAR LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PUTRAJAYA

Badan Pengawas SK Tun Sas telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Putrajaya pada 20 September 2012 ( Khamis ) yang lalu.
Lawatan yang dianjurkan ini disertai oleh semua pengawas sekolah tahun 4,5 dan 6.

Seramai 4 orang guru mengiringi murid-murid ini sepanjang lawatan sambil belajar ini. Guru yang terlibat ialah Pn. Aziyah Surip ( Penyelaras Badan Pengawas ), Pn. Sazillawati Dolah ( Kaunselor ),Pn. Nizawati Md Zin dan En. Mohd Rizal Basiran.

Lawatan selama sehari ini antara lain telah melawat beberapa tempat-tempat menarik di sekitar Putrajaya iaitu Kompleks Seri Perdana , Taman Botani dan menaiki Cruise Tasik Putrajaya.




Sabtu, 15 September 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA

Seluruh warga SK Tun Sas mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia pada 16 September 2012.
Sekolah akan bercuti sempena Hari Malaysia pada 17 September 2012 ( Isnin )

Murid-murid akan bersekolah semula pada 18 September 2012 ( Selasa ).

" SELAMAT HARI MALAYSIA "

 

Sabtu, 8 September 2012

PECUTAN AKHIR CALON-CALON UPSR SK TUN SAS SIRI 2 - 2012

Program Pecutan Akhir bagi Calon-Calon UPSR SK Tun Sas 2012 telah diadakan di Dewan Terbuka Tun Fatimah pada hari ini.
Untuk Siri ke 2 ini , Yang Dipertua PIBG,Prof.Dr. Shahrin Sahib telah sudi untuk bersama-sama dengan semua calon UPSR .

Prof. Dr. Shahrin Sahib telah memberikan tips-tips dan persediaan akhir untuk menghadapi Peperiksaan UPSR yang bakal dihadapi mulai 11 - 13 September 2012 ini.

Ucapan penghargaan dan ribuan terimakasih atas kesudian Prof. Dr. Shahrin Sahib atas kesudian untuk hadir bersama-sama memberikan amanat terakhir kepada semua calon UPSR tahun ini.








Selasa, 4 September 2012

PECUTAN AKHIR CALON-CALON UPSR SK TUN SAS

Program Pecutan Akhir Calon-Calon UPSR SK Tun Sas telah diadakan di Pusat Sumber Sekolah.
Program dimulakan dengan bacaan Yassin diketuai oleh Ustaz Zairul Izham dan Ustaz Mohd Hazreek di Surau SK Tun Sas.

Kesemua 130 orang calon UPSR SK Tun Sas telah di berikan tips-tips dan strategi akhir untuk menghadapi peperiksaan . Ianya dikendalikan oleh En. Nazari Mohd Isa dari Nazlela Training Enterprise.

Program yang dikelolakan oleh Unit Bimbingan Kaunseling SK Tun Sas ini berakhir pada jam 1.05 tengahari.