Selasa, 11 Ogos 2015

MAJLIS PELANCARAN BULAN KECERGASAN 2015

Majlis Pelancaran Bulan Kecergasan 2015 peringkat sekolah telah diadakan pada 11 Ogos 2015 di Dataran Tun Tuah,SK Tun SAS.
Majlis telah disempurnakan oleh Tn. Hj Adam Hj. Mohammad,Guru Besar SK Tun SAS.
Semasa pelancaran ini juga telah diadakan aktiviti Senamrobik Perdana yang melibatkan semua warga SK Tun SAS.





Isnin, 10 Ogos 2015

MAJLIS PELANCARAN MINGGU BAHASA MELAYU 2015

Majlis Pelancaran Minggu Bahasa Melayu 2015 telah diadakan pada 10 Ogos 2015 ( Isnin ) di Dataran Tun Tuah,SK Tun SAS.
Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia, Encik Mohamad bin Musip,Pegawai SISC+ Bahasa Melayu, Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah merangkap Munshi Dewan,DBP.
Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Tn. Hj. Adam bin Mohammad,Guru Besar SK Tun SAS dan diikuti dengan ucapan pelancaran oleh En.Mohamad bin Musip.
Turut hadir ialah semua GPK SK Tun SAS dan warga pendidik SK Tun SAS.

Khamis, 6 Ogos 2015

CERAMAH KESIHATAN BERSAMA LIBRESSE

Program Ceramah Kesihatan bersama Libresse telah diadakan pada 3 Ogos 2015 di Dewan Tun Fatimah ,SK Tun SAS.
Ceramah ini melibatkan murid-murid perempuan tahun 4 dan 5.




MAJLIS PENGHARGAAN KEPADA WARGA SK TUN SAS DAN PESERTA ACTION SONG 2015

Majlis Penghargaan kepada warga SK Tun SAS dan peserta Action Song 2015 telah diadakan di Dewan Tun Fatimah,SK Tun SAS.
Majlis penghargaan ini telah ditaja oleh Yang Berbahagia,Datuk Syed Mahaza bin Syed Dakian,YDP SMK Ayer Keroh merangkap AJK PIBG SK Tun SAS.
Majlis telah dihadiri oleh Yang Berbahagia Datuk Syed Mahaza bin Syed Dakian, Tn. Hj. Mohd Arif bin Yusa,YDP PIBG SK Tun SAS,Tn. Hj. Adam bin Mohammad,Guru Besar,SK Tun SAS , semua peserta Action Song dan ibubapa serta semua warga SK Tun SAS.




PERJUMPAAN IBUBAPA MURID LINUS 2015

Perjumpaan Ibubapa Murid LINUS telah diadakan pada 6 Ogos 2015 di Pusat Sumber SK Tun SAS mulai jam 11.00 pagi hingga 1.00 tgh.
Program ini diadakan untuk memberi penerangan tentang permasalahan murid LINUS dan bertemu dengan ibubapa murid LINUS.





PROGRAM PENJAGAAN KESIHATAN BERSAMA LIFEBOUY







Isnin, 3 Ogos 2015

SK TUN SAS " JOHAN PERTANDINGAN ' ACTION SONGS ' NEGERI MELAKA.

Pasukan " Action Songs " SK Tun SAS telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Action Songs peringkat negeri Melaka di Dewan SJK ( C ) Alor Gajah pada 3 Ogos 2015.

SK Tun SAS telah menjadi Johan Keseluruhan dalam pertandingan ini.
Tahniah buat semua guru BI yang gigih melatih murid-murid yang mengambil bahagian dalm pertandingan ini.