Sabtu, 1 Ogos 2015

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri SK Tun SAS 2015

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri SK Tun SAS 2015 telah diadakan di Dewan Tun Fatimah pada 31 Julai 2015 .
Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berhormat,Datuk Wira Hj. Md Yunus bin Hussin,Exco Pelajaran,Pengajian Tinggi,Sains dan Teknologi,Teknologi Hijau dan Inovasi Negeri Melaka.
Turut hadir bersama ialah Yang Berbahagia,Tn. Hj. Mansor Sudin,Yang Dipertua MPHTJ,Tn. Hj.Arif Yusa, Yang Dipertua PIBG SK Tun SAS,Datuk Syed Mazaha Syed Dakian,Yang Dipertua PIBG SMK Ayer Keroh, En. Zulkarnain Haron,Pengerusi JKKK Tasik Utama, Datuk Hj. Ramli Ismail,Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Tasik Utama ,Tn. Hj. Adam Hj. Mohammad,Guru Besar,SK Tun SAS dan barisan GPK SK Tun SAS serta guru-guru SK Tun SAS.

Majlis yang julung kali diadakan ini melibatkan semua ibubapa murid SK Tun SAS. Sambutan daripada ibubapa amat memberangsangkan  dan ini dapat dilihat semasa majlis jamuan dimulakan.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan