Selasa, 13 Oktober 2015

PERMOHONAN MURID ATAS TALIAN KE TINGKATAN SATU ( 1 ) DAN TINGKATAN EMPAT ( 4 ) DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH ( SBP ) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2016




 KEPADA SEMUA IBUBAPA/PENJAGA MURID TAHUN 6 DAN TINGKATAN 3 - 2015

Dengan segala hormatnya surat KPM(BPSBPSK) 600-1/4/23(4) bertarikh 12 Oktober 2015 adalah dirujuk.

 




2. Sukacita dimaklumkan bahawa Sistem Permohonan Atas Talian ke Sekolah Berasrama Penuh yang boleh dilayari di laman web Kementerian Pendidikan Malaysia; www.moe.gov.my adalah seperti ketetapan berikut :-

Permohonan ke Tingkatan Satu (1)
Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2016
15 Oktober 2015 – 15 November 2015

Permohonan ke Tingkatan Empat (4)
Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2016
10 – 30 Disember 2015

3. Sehubungan dengan itu, Jabatan Pendidikan Melaka memohon kerjasama pihak tuan untuk memanjangkan makluman ini kepada semua ibu bapa murid Tahun Enam (6) dan Tingkatan Tiga (3) di sekolah Tuan / Puan.

4. Perhatian dan kerjasama pihak tuan dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, segala kerjasama yang diberikan berkaitan perkara ini diucapkan ribuan terima kasih
.

Ahad, 4 Oktober 2015

TAHNIAH BUAT PASUKAN MEMANAH SK TUN SAS - KEJOHANAN MEMANAH REMAJA NEGERI MELAKA 2015

Tahniah buat pasukan Memanah SK Tun SAS kerana berjaya memenangi pingat dalam Kejohanan Memanah Remaja Negeri Melaka 2015 yang diadakan pada 4 Oktober 2015 ( Ahad ) di Lapang Sasar Memanah Ayer Keroh,Melaka

Keputusannya

 KATEGORI BAWAH 14 TAHUN

Mohamad Afham  - Johan  30meter
                                 Gangsa  20 meter
Muhamad Aiman - Gangsa  30 meter
                                  Perak  20meter
Maisarah                - Gangsa  30 meter
                                   Gangsa 20 meter

 

KENYATAAN MEDIA KPM - MAKLUMAN MENGENAI ISU JEREBU DI SEKOLAH


MAKLUMAT TERKINI PENUTUPAN SESI PERSEKOLAHAN SELAMA 2 HARI ( 5 OKT 2015 - 6 OKT 2015 ) - ISNIN DAN SELASA


Khamis, 1 Oktober 2015

TAHNIAH BUAT MURID YANG BERJAYA DALAM SARINGAN UJIAN UKM2 - PERMATA PINTAR




Untuk makluman, 2 orang murid SK Tun SAS telah berjaya melepasi saringan Ujian UKM2 Permata Pintar dan Layak mengikuti Program di Pusat Permata Pintar,UKM pada 29 Nov-18Dis 2015, iaitu:

1) Nia Karena binti Kamarulzaman ( 6Kenanga )
2) Muhd Hafizuddin Akhtar bin Mohd Zainal Abidin ( 5Kenanga )

*Semoga lebih ramai lg murid yg berjaya melepasi ujian permata pintar slps ini memandangkan soalan2 yg diberikan susah bg tahap mereka.


TAHNIAH ..

MAKLUMAN KEBENARAN PULANG AWAL UNTUK CALON-CALON YANG MENDUDUKI UPKK 2015