Sabtu, 14 Mei 2016

BENGKEL PEMANTAPAN I THINK BERSAMA SK AYER MOLEK - 14 MEI 2016 ( SABTU )

JK I-Think SK Tun SAS telah menerima kunjungan daripada guru-guru  SK Ayer Molek pada hari ini.
Lawatan daripada guru-guru SK Ayer Molek ini adalah sebahagian daripada Program Bengkel Pemantapan I Think di SK Tun SAS.


 Tn. Hj. Adam bin Hj. Mohammad,Guru Besar, SK Tun SAS memberikan penerangan tentang Program I Think yang dijalankan di SK Tun SAS kepada semua guru SK Ayer Molek.



Khamis, 5 Mei 2016

PERKHIDMATAN SEWAAN LOKER UNTUK MURID-MURID SK TUN SAS 2016



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Utk makluman semua ibubapa/penjaga.
Atas permintaan ramai ibubapa mengenai cadangan menyediakan Perkhidmatan Sewa Loker bagi mengatasi masalah berat beg sekolah anak-anak mereka.Pihak sekolah telah bersetuju melantik syarikat luar utk menyediakan Perkhidmatan Sewa Loker kepada ibubapa/penjaga yang berminat.

Surat tawaran akan diedarkan kepada semua ibubapa yang berminat melalui anak tuan/puan secara berperingkat-peringkat sehingga awal tahun hadapan.
Buat masa ini pemasangan telah dibuat di Kelas 5 Kenanga dan beberapa Kelas Tahun 5 yang lain.

Diharap semua ibubapa dapat bersabar memandangkan jumlah yang dibekalkan pada peringkat awal ini amat terhad.

LOKER SIMPANAN MURID-MURID BERKUNCI YANG TELAH DISEDIAKAN - 5 KENANGA