Rabu, 10 Ogos 2011

MAKLUMAN PERMOHONAN MEMASUKI KELAS PRA SEKOLAH SK TUN SAS 2012

Permohonan untuk memasuki kelas Pra Sekolah SK Tun Sas adalah dibuka mulai 10 Ogos 2011.
Ibubapa / Penjaga yang berminat untuk memasukkan anak mereka ke kelas ini dikehendaki untuk
mengambil Borang Permohonan Pra Sekolah di Pejabat SK Tun Sas pada waktu pejabat.
Untuk pengetahuan ibubapa/penjaga seramai 50 orang murid akan dipilh untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran tahun 2011 .  2 buah kelas Pra Sekolah akan dibuka pada tahun 2012.

Kriteria pemilihan ialah :
1. Murid yang berumur 6 tahun diberi keutamaan.
2. Murid tinggal berdekatan dengan kawasan sekolah.
3 Murid yang berumur 5 tahun juga dipelawa tetapi hendaklah tahu untuk mengurus diri sendiri.

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke Pejabat Sekolah .
Tarikh tutup permohonan : 31 Oktober 2011
Keputusan pemilihan adalah muktamad.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan