Seminar Integriti Warga Pendidik (SIWP) Daerah Melaka Tengah telah dijalankan pada hari ini di Dewan Besar,SMK Ayer Keroh. SK Tun Sas telah diberi kepercayaan untuk menjadi urusetia bagi seminar kali ini.
Seminar ini telah dihadiri oleh warga pendidik beberapa buah sekolah iaitu dari SK Ayer Keroh,SK Seri Duyong,SK Pendidikan Khas, SJKC Yu Ying dan SK Tun Sas selaku tuan rumah.
Seminar dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zairul Izham dan diikuti oleh ucapan alu aluan daripada Guru Besar SK Tun Sas,Tn. Hj. Adam bin Hj. Muhamad.
Seterusnya penceramah jemputan memulakan ceramahnya yang bertajuk Integriti dalam Pendidikan.
Ucapan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengetua SMK Ayer Keroh kerana sudi memberikan kebenaran kepada warga SK Tun Sas untuk menggunakan kemudahan dewan sekolah .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan