Kejohanan Merentas Desa SK Tun Sas kali ke 4 telah diadakan pada hari ini di sekitar kawasan perumahan Taman Tasik Utama.
Tn. Hj. Adam Hj. Mohammad telah menyempurnakan permulaan larian merentas desa di padang SK Tun Sas.
Semua murid tahun 4 , 5 dan 6 menyertai kejohanan merentas desa ini. Ucapan ribuan terima kasih atas kerjasama pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia ( JPAM ) yang telah mengawal selia aspek keselamatan murid-murid yang menyertai kejohanan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan