Program Pendidikan Khas Integrasi ( Pembelajaran ) PPKI SK Tun SAS telah mengadakan satu lawatan sambil belajar di sekitar Bandaraya Melaka hari ini.
Program ini diharapkan akan dapat membuka minda murid berkeperluan khas dalam ;
* mengenalpasti potensi yang ada dalamdiri murid untukdijadikan sumber dorongan ke arah perkembangan sikap positif.
* mempertingkatkan kemahiran murid dalam pengurusan diri bagi pelbagai aspek terutamanya di luar lingkungan sekolah khasnya dan keluarga amnya.
Seramai 24 orang murid PPKI terlibat dengan lawatan sambil belajar ini. Tempat yang dilawati ialah Melaka River Cruise dan Oceanarium The Shore,Melaka.
Kesemua murid ini dikawalselia oleh guru-guru PPKI dan dibantu oleh pembantu pengurusan murid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan