Jumaat, 23 Oktober 2020

TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA ADIK MUHAMMAD RAFEEYLMAN BIN MOHD FAUZI - 4 KENANGA

 

 

 
 Nama Murid: Muhammad Raffeeylman bin Mohd Fouzi
Kelas: 4 Kenanga (10 Tahun)
Nama Sekolah: SK Tun Syed Ahmad Sahabudin, Melaka
Taju  Puisi: Buku Gedung Ilmu

Kau begitu istimewa buatku,
Tanpamu hidupku umpama si buta,
Perjalanan hidupku tidak menentu,
Tanpa arah dan hala tuju.

Lalu kau pandu ku satu persatu,
Bagai pelita menerangi hidupku,
Bersamamu hidupku terpandu,
Nyata kau cahaya hidupku.

Aku membesar bersamamu saban waktu,
Setiap baris ayatmu  memberikan pengetahuan baru padaku,
Lakaran gambarmu ternyata mencuit pandanganku,
Kata-katamu yang penuh bermakna mendewasakan ku.

Saban waktu ku selak satu persatu
Ketika aku rasa ingin tahu sesuatu
Ketika rasa bosan membelengu
Kau setia menjadi penemanku tanpa jemu.

Ilmu mu terbentang seluas bumi dan lautan,
Ternyata dikau harta yang tidak ternilai,
Terima kasih buku atas segala jasamu,
Benarlah kata pepatah ‘ Membaca Jambatan Ilmu’

#PuisiMembacaMBKM
#MajlisBukuKebangsaanMalaysia
#sktunsas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan