Ahad, 31 Julai 2011

PROGRAM SEMPENA BULAN RAMADHAN AL MUBARAK ANJURAN PANITIA AGAMA ISLAM

Panitia Agama Islam SK Tun Sas akan mengadakan beberapa program sempena kehadiran bulan Ramadhan Antaranya ialah :

PROGRAM TAKZIRAH TAHAP 2

Masa    : 10.45 pagi - 11.05 pagi
Tempat : Dewan Terbuka SK Tun Sas
Penglibatan  : Semua murid tahun 4,5 dan 6

PROGRAM BACAAN SOLAT / HAFAZAN MUQADDAM TAHAP 1

Masa      : 10.15 pagi  - 10.35 pagi
Tempat   :  Dewan Terbuka Terbuka SK Tun Sas
Penglibatan  :  Semua murid tahun 1,2 dan 3

PROGRAM TADARRUS  TAHAP 2

Masa       :  10.45 pagi  - 11.05 pagi
Tempat    :  Surau SK Tun Sas
Penglibatan  : 4 Kenanga   -   Juzuk  1    -  10
                       5 Kenanga   -   Juzuk  11  -  20
                       6 Kenanga   -  Juzuk   21  -  30

 Semua program ini akan dijalankan sepanjang bulan Ramadhan .

Sabtu, 30 Julai 2011

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN ( LDP ) SIRI 4




LADAP Siri 4/2011 dijalankan pada 30hbJulai 2011
bertajuk Tatacara Pengurusan Aset disampaikan oleh Pn. Salmiah,JPM.



Tuan Guru Besar menyampaikan cenderahati kepada  penceramah jemputan.



klik disini : LADAP SIRI 4/2011

Rabu, 20 Julai 2011

PERTANDINGAN BERCERITA TAHAP 1

Pertandingan Bercerita Tahap 1 diadakan sempena Minggu Panitia Bahasa Malaysia SK Tun Sas . Pertandingan dijalankan di Pentas Terbuka SK Tun Sas dan disertai oleh murid-murid tahun 1,2 dan 3. Setiap kelas diwakili oleh 2 orang peserta. Klik disini untuk pelbagai gambar menarik.




TAKLIMAT SAPS


Taklimat Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah telah dijalankan pada 19hb Julai 2011 jam 3.00petang. Taklimat diberikan oleh Pn.Norazimah Mohamad - Setiausaha Peperiksaan Sekolah . Penerangan diberikan tentang cara-cara untuk menggunakan aplikasi SAPS kepada semua guru.

SUASANA PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR





Murid-murid tahun 6 sedang menjawab soalan Peperiksaan Percubaan UPSR.





Sebahagian dari murid-murid tahun 6 yang sedang menjawab soalan Peperiksaan Percubaan UPSR.





Papan tanda " Peperiksaan sedang dijalankan "  
















Peperiksaan UPSR 2011 ( 19hb Julai 2011 - 21hb Julai 2011 )

Isnin, 18 Julai 2011

MINGGU PANITIA BAHASA MALAYSIA

Panitia Bahasa Malaysia SK Tun Sas mengadakan Minggu Panitia Bahasa Malaysia mulai 18hb Julai 2011 hingga 22hb Julai 2011. Pelbagai aktiviti dirancangkan sepanjang minggu bahasa ini.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh GPK Ko Kurikulum ,Pn. Norizan Zainuddin semasa perhimpunan rasmi mingguan. Layari Facebook SK Tun Sas untuk pelbagai gambar menarik.(klik di sini )





Ucapan perasmian oleh GPK Ko  Kurikulum,Pn. Norizan Zainuddin.









Gimik pelancaran MInggu Panitia Bahasa Malaysia.







Sabtu, 16 Julai 2011

PROGRAM KEPIMPINAN PELAJAR 2011

Program Kepimpinan Pelajar merupakan suatu program yang dikelolakan oleh Unit Hal Ehwal Murid SK Tun Sas dengan Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Tun Sas. Ianya menggabungkan beberapa unit lain iaitu Unit Disiplin,JK Pusat Sumber Sekolah,JK Pencegahan Denggi dan JK Skim Pinjaman Buku Teks.
Pelajar yang terlibat merupakan pelajar yang terpilih untuk menjawat jawatan sebagai Pengawas dalam unit-unit tersebut.
Matlamat program ini ialah untuk memberikan pendedahan  mengenai konsep kepimpian dalam kehidupan.Di samping itu juga ianya adalah untuk memberi pendedahan tentang kemahiran yang perlu ada untuk menjadi pemimpin serta penekanan kepada aspek masa dan disiplin bagi menjadi pemimpin yang cemerlang.

Program ini dijalankan pada 15 - 16hb Julai 2011 bertempat di Jabatan Pertahanan Awam,Melaka dan dikendalikan oleh pihak Nur Insani Consultancy.
Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat,Datuk Md Sirat Abu (Ahli Parlimen Bukit Katil )
di Auditorium ,Kompleks Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri,Melaka,Ayer Keroh.









 
















Layari Facebook : SK TUN SAS - MAJLIS PENUTUPAN

Khamis, 14 Julai 2011

MINGGU SAINS SK TUN SAS

 Panitia Sains SK Tun Sas mengadakan Minggu Sains mulai 13-15hbJulai 2011.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah :

1. Lawatan Ke Kompleks Falak Al
    Khawarizmi .
2. Pameran Dunia Sains dari Bahagian
    Sains Angkasa dari Jabatan Mufti,
    MAIM.







Pameran Sains Angkasa.





Mencerap Matahari melalui teleskop
berkuasa tinggi.










TAHNIAH BUAT PANITIA SAINS SK TUN SAS....

Selasa, 12 Julai 2011

SEKITAR LAWATAN KE KOMPLEKS FALAK AL KHAWARIZMI




Pelajar-pelajar sedang mengikuti tayangan filem sains.




Pemandangan Balai Cerap di Kompleks Falak Al Khawarizmi.




Pegawai Balai Cerap sedang melihat matahari menerusi teleskop.




Melihat matahari menerusi teleskop khas.
















LAYARI : FACEBOOK SK TUN SYED AHMAD SHAHABUDIN UNTUK PELBAGAI GAMBAR YANG MENARIK.

Isnin, 11 Julai 2011

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KOMPLEKS FALAK AL KHAWARIZMI,TANJUNG BIDARA

Panitia Sains SK Tun Sas akan mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Kompleks Falak Al-Khawarizmi,Tanjung Bidara pada :

Tarikh       :  12 hb Julai 2011 ( Selasa )
Masa        :  8.00 pagi
Penglibatan : Semua Pelajar tahun 6 SK Tun Sas.

Semoga dengan lawatan ini pelajar tahun 6 akan mendapat informasi tentang penerokaan dan kejadian ilmu falak serta rahsia alam cakerawala.




Sabtu, 9 Julai 2011

SEKITAR PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM 2011

Unit Ko-Kurikulum SK Tun Syed Ahmad Shahabudin mengadakan Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform mulai 9 - 10 hb Julai 2011 di padang SK Tun Sas. Pelbagai aktiviti dijalankan semasa perkhemahan ini.

Demontrasi mendirikan khemah oleh
Cikgu Budiman ...





Peserta perkhemahan melakukan aktiviti
mendirikan khemah..




Arahan dari Kem Komandan ,Cikgu
Rezwan ..





Peserta perkhemahan mendirikan khemah masing-masing..




Khemah yang telah didirikan..
















Layari : Facebook SK Tun Syed Ahmad Shahabudin untuk pelbagai gambar perkhemahan.SILA KLIK

PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM   1/3

PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM   2/3




Rabu, 6 Julai 2011

PERADUAN MENULIS CERPEN KANAK-KANAK SEKOLAH RENDAH 2011

Dewan Bahasa dan Pustaka sedang berusaha membina dan mencungkil bakat penulisan kreatif dalam kalangan pelajar sekolah rendah daripada pelbagai kaum supaya meminati penulisan kreatif berbahasa Melayu dan seterusnya melahirkan generasi muda yang mencintai sastera Melayu.

Syarat-syarat penyertaan :
1. Terbuka kepada pelajar sekolah rendah,warganegara Malaysia yang berumur 10 - 12 tahun.
2. Cerpen yang dihasilkan mestilah sesuai untuk bacaan kelompok kanak-kanak lingkungan umur
     10 -12 tahun.
3. Tema peraduan  ialah :
     i ) Alam Persekolahan
    ii ) Kasih Sayang
   iii ) Kekeluargaan
   iv ) Alam Sekitar
4. Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar maksimum 2 cerpen sahaja.
5. Karya hendaklah bertaip di atas kertas A4 sebelah muka dengan jarak langkau dua baris
    dan jenis tulisan Arial fon 12.
6. Panjang teks cerpen adalah dalam lingkungan 500 hingga 1000 patah perkataan.
7. Karya hendaklah dihantar dalam 2 salinan iaitu satu salinan bercetak dan satu dalam bentuk CD.
8. Karya hendaklah disertakan dengan borang penyertaan yang lengkap dengan gambar berukuran
    pasport serta perakuan daripada Guru Besar dengan tandatangan dan cop sekolah.
9. Karya hendaklah sampai kepada urusetia pada atau sebelum 30 Ogos 2011.
10. Karya yang lengkap hendaklah dihantar ke :
       
                 Urusetia,
                 Peraduan Menulis Cerpen Kanak-Kanak Sekolah Rendah 2011,
                 Bahagian Perkembangan Kesusasteraan,
                 Tingkat 22, Menara DBP,
                 Jalan Dewan Bahasa,
                 50460 Kuala Lumpur.

             Tel : 03-21482572 ( Pn. Zabidah Yahya )
        E-mel : zabidah@dbp.gov.my
             Tel : 03-21482568 ( Pn. Zaharah Ngah Marzuki )
        E-mel : zahmar@dbp.gov.my

      HADIAH YANG DISEDIAKAN
      Pertama : RM250.00
       Kedua  : RM200.00
       Ketiga  : RM150.00
10 Saguhati : RM 50.00

Murid-murid SK Tun Sas digalakkan untuk menyertai peraduan ini. Sila berhubung dengan GPK Ko-Kurikulum ( Pn. Norizan )

ANUGERAH KECEMERLANGAN SKUASH 2011

Seorang pelajar tahun 5 , adik Adam Agan bin Aziz telah muncul sebagai juara Grand Finals CIMB Rising Stars National Junior Squash Circuit 2011 di Kompleks Skuash Bukit Jalil awal bulan lalu.
Sebagai penghargaan adik Adam Agan bin Aziz telah menerima pingat dan sijil perhargaan daripada YAB Datuk Seri Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam,Ketua Menteri Melaka semasa majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka di Dewan Seri Negeri pada hari Selasa yang lalu.
Adik Adam akan mewakili Malaysia di Kejohanan Skuasy di Hong Kong pada bulan Ogos nanti.

Tahniah buat adik Adam Agan.....

                                                                     ( ehsan dari akhbar Melaka Hari Ini )