Sabtu, 22 Mac 2014

PENGGUNAAN PELEKAT KERETA UNTUK GURU,STAF DAN KAKITANGAN SK TUN SAS

 Pihak pengurusan SK Tun Sas telah membuat ketetapan bahawa semua Guru,Staf Pentadbiran dan Kakitangan Sekolah , Pekerja Kedai Buku dan Kantin SK Tun Sas dikehendaki menggunakan pelekat kereta khas untuk memasuki premis sekolah mulai 31 Mac 2014.

Penggunaan pelekat kereta ini adalah disebabkan ruang untuk meletak kereta yang terhad di sekitar kawasan letak kereta SK Tun Sas.

Semua ibubapa/penjaga dikehendaki meletakkan kereta di luar kawasan sekolah sekiranya ada urusan dengan pihak sekolah.  

Walau bagaimanapun semua pelawat/pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah ,Jabatan Pendidikan Melaka,Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Kerajaan lain  adalah dikecualikan daripada peraturan ini.
Pelekat Kereta SK Tun Sas


Kerjasama daripada tuan/puan adalah diharapkan.

Jumaat, 21 Mac 2014

MAKLUMAN CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1/2014

Untuk makluman semua warga SK Tun Sas, Cuti Pertengahan Penggal 1/2014 akan bermula pada :

Tarikh : 22 Mac 2014 hingga 30 Mac 2014 ( 9 hari )

Semua warga SK Tun Sas diharapkan agar dapat menghabiskan masa cuti sekolah ini dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah bersama keluarga.

Seluruh warga SK Tun Sas mengucapkan selamat bercuti dan sekolah akan dibuka semula pada 31 Mac 2014(Isnin).

Harap maklum.
  

Sabtu, 15 Mac 2014

SEKITAR PROGRAM MOTIVASI BELAJAR TAHUN 6

Program Motivasi Belajar untuk murid tahun 6 telah diadakan pada hari ini di Pusat Sumber SK Tun Sas. Ianya melibatkan 140 orang murid tahun 6 yang akan menghadapi UPSR pada bulan September ini.
Program ini dikendalikan oleh Hijrah Development and Management yang diketuai oleh Tn. Hj. Mohd Khomeini  Hj. Ahmad bermula dari jam 8.30 pagi hingga 2.00 petang.

Semua murid tahun didedahkan tentang teknik-teknik belajar untuk cemerlang dan tips-tips menjadi pelajar cemerlang.









Rabu, 12 Mac 2014

UJIAN APTITUD AM TAHUN 3 - SK

Kementerian Pelajaran akan menjalankan Ujian Aptitud Tahun 3 bermula tahun 2014. Peperiksaan Aptitud Sekolah Rendah ini melibatkan sekolah SK, SJKC dan SJKT seluruh negara.

Semua murid tahun 4 SK Tun Syed Ahmad Shahabudin telah mengambil Ujian Aptitud pada hari ini di kelas masing- masing. Ujian yang  dijalankan selama 1 jam setengah ini meluputi soalan-soalan Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris dan Matematik. Jumlah soalan ialah sebanyak 80 soalan.







Selasa, 11 Mac 2014

LAWATAN KE PEJABAT BENDAHARI UTEM - TAKLIMAT PROGRAM 5 S

Pihak sekolah telah mengadakan satu lawatan ke Pejabat Bendahari UTeM pada hari ini. Lawatan ini bertujuan untuk mengetahui lebih lanjut tentang amalan 5S yang telah dipraktikkan di Pejabat Bendahari UTeM .
Lawatan ini dihadiri oleh Tuan Guru Besar,Semua GPK, Semua Setiausaha Kurikulum,Hal Ehwal Murid , Ko-Kurikulum dan Staf Sokongan Pentadbiran SK Tun Sas.

Amalan 5S merupakan alat pengurusan persekitaran berkualiti yang dipelopori oleh Jepun dengan penumpuan kepada lima (5) langkah tindakan pelaksanaan yang bermula dengan huruf awalan ‛S‟ yang bermatlamatkan pengurusan amalan kebersihan yang bersistematik. Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang diringkaskan menjadi 5S. Dalam Bahasa Melayu memberi maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal. 




 

Isnin, 3 Mac 2014

PELANCARAN PROGRAM NILAM 2014

Majlis Pelancaran Program Nilam peringkat sekolah telah diadakan pada hari ini . Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia,Tn. Hj.Arif bin Hj. Yusa,Pengerusi JAPERUN Ayer Keroh merangkap Yang Dipertua PIBG SK Tun Sas di Dataran Tun Tuah.

Tahniah buat semua warga kerja NILAM SK Tun Sas yang telah berusaha mengadakan majlis pelancaran ini.