Jumaat, 15 November 2013

JAMUAN AKHIR TAHUN DAN MAJLIS PERPISAHAN KELAB STAF SK TUN SAS 2013

Jamuan Akhir Tahun dan Majlis Perpisahan Kelab Staf SK Tun Sas telah diadakan di Philea Resort & Spa,Ayer Keroh,Melaka.
Majlis yang diadakan setiap tahun ini adalah untuk meraikan guru yang bertukar pada tahun hadapan.
Timbalan Pengerusi Kelab Staf SK Tun Sas , En. Mohd Yusof Abd Rahman memulakan ucapan bagi mewakili Kelab Staf SK Tun Sas.
Ianya diikuti oleh ucapan daripada Tn. Guru Besar,Tn. Hj. Adam bin Hj. Muhamad dan diikuti dengan guru yang bertukar iaitu Pn. Hjh. Rose Marina Mohd Said dan Pn. Norbaini Hj. Mohd Yussoff.

Pn. Hjh. Rose Marina telah dinaikkan pangkat dan dilantik sebagai GPK Ko Kurikulum di SK Seri Duyung manakala Pn. Norbaini Hj. Mohd Yussoff juga telah dinaikkan pangkat dan dilantik sebagai GPK Ko Kurikulum di SK Kg. Tun Razak.

Pn. Rose Marina adalah Pengerusi Kelab Staf SK Tun Sas dan Pn. Norbaini pula adalah Guru Data/Emis dan Setiausaha Kurikulum SK Tun Sas.

Warga SK Tun Sas amat menghargai jasa dan komitmen yang diberikan oleh kedua-dua orang guru ini semasa berkhidmat di SK Tun Sas.







  
 

SESI BERSALAMAN BERSAMA GURU YANG BERPINDAH MULAI 2014

 2 orang guru SK Tun Sas telah dinaikkan pangkat dan berpindah ke sekolah lain.
Pn. Hjh Rose Marina Mohd Said dinaikkan pangkat sebagai GPK Ko Kurikulum di SK Seri Duyung dan Pn. Norbaini Hj Mohd Yussoff dinaikkan pangkat sebagai GPK Ko Kurikulum di SK Kg. Tun Razak.

Tn. Guru Besar,Tn. Hj. Adam Hj Mohamad telah mengumumkan kepada semua murid semasa perhimpunan khas sempena hari terakhir persekolahan untuk tahun ini.

Seluruh warga SK Tun Sas mengucapkan tahniah dan selamat bertugas di tempat baharu buat kedua-dua guru ini.  Semoga akan menjalankan tugas dengan lebih cemerlang lagi di sekolah baharu.






Khamis, 14 November 2013

PENGUMUMAN KEPUTUSAN UPSR 2013

Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ( UPSR ) 2013 telah diumumkan pada hari ini.
Majlis telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Adam Hj. Muhamad,Guru Besar SK Tun Sas di Pusat Sumber Sekolah.

Majlis juga dihadiri oleh ibubapa/penjaga murid tahun 6 yang telah hadir bersama untuk mengetahui keputusan UPSR anak mereka.

Seramai 27 orang murid telah berjaya mendapat 5A dalam semua matapelajaran.

1. Harritraam a/l Manivannan
2. Muhammad A'riff bin Aziz
3. Muhammad Fadil Hanafi bin Anuar
4. Muhammad Nafiz bin Hassan
5. Muhammad Nazmi Aiman bin Mansor
6. Muhammad Rafiqi Safwan bin Salim
7. Muhammad Zafri bin Zaharudin
8. Wan Mohd Lokman bin Wan Ismail
9. Aim Mairinah binti Samad
10. Aishah binti Abdul Rashid
11. Allisya Syazirah binti Raidee
12. Atikah Munirah binti Asmala
13. Auni Khalisa binti Sardi
14. Fathin Nabiha binti Mohamad
15. Nadhirah binti Abdul Munir
16. Nadia binti Eddy
17. Nur Farah Nasuha binti Mohd Hasnul Amri
18. Nur Naili Nadiah binti Mohamad Shaiedi
19. Nur Shaffiyah binti Sohaimi
20. Nur Shifa binti Firman
21. Nurul Dhurrah Illiyyina binti Abdul Hamid
22. Sofea Hanim binti Salleh
23. Syahidatul Syakirah binti Rosli
24. Ahmad Irfan Haziq bin Mohd Shaiful Nizam
25. Muhammad Adam bin Sutar
26. Muhammad Naquib Aiman bin Norman
27. Amiena Afza binti Kamarul Bahrin

TAHNIAH BUAT SEMUA YANG BERJAYA....





Rabu, 13 November 2013

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SK TUN SAS 2013

Hari Anugerah Kecemerlangan SK Tun Sas 2013 telah diadakan pada hari ini di Dewan Terbuka Tun Fatimah.
Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berusaha, En. Kamaruddin Abdul Majid,GPK Pentadbiran SK Tun Sas. Turut hadir bersama ialah Pn. Norizan Zainudin,GPK Ko Kurikulum SK Tun Sas.

Majlis dimulakan dengan sesi graduasi pelajar Pra Sekolah SK Tun Sas dan diikuti dengan Anugerah Pencapaian Terbaik Dalam Kelas,Anugerah Mata Pelajaran Terbaik,Anugerah Pencapaian Pelajar Pendidikan Khas,Anugerah Pelajar Linus Cemerlang dan Anugerah Kehadiran Penuh Pelajar.

Selain daripada itu Anugerah Nilam juga telah diberikan kepada pelajar yang paling banyak membaca buku.
Adik Nurfarisha bt Zarul Sabarin telah dianugerahkan sebagai Tokoh Nilam dengan membawa hadiah sebuah basikal dan sijil penghargaan.

Adik Wan Lokman Hakim b. Wan Ismail dan Adik Nadia bt. Eddy telah dianugerahkan sebagai Tokoh Murid 2013.

Bagi kategori Anugerah Tokoh Murid dalam bidang Ko Kurikulum pula ,Adik Nur Aina Hidayah bt Borhan dan Adik Muhammad Haziq b. Laili   telah dipilih menerima anugerah tersebut.

Tahniah buat semua pelajar yang berjaya dan syabas semoga menjadi semangat kepada pelajar lain agar lebih berusaha untuk mencapai kecemerlangan.









 

Selasa, 12 November 2013

PENGUMUMAN KEPUTUSAN UPSR 2013

Pengumuman keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ( UPSR ) 2013 akan diadakan pada :

               Tarikh  :  14 November 2013
                Hari    :  Khamis
         Tempat      :  Pusat Sumber SK Tun Sas.
         Masa         :  11.00 pagi

Keputusan UPSR juga boleh diperolehi melalui perkhidmatan mySMS 15888 mulai jam 10.00pagi .

Sekian untuk makluman .

" SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG "


Sabtu, 9 November 2013

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK TUN SAS KALI KE 3

Kejohanan Sukan Tahunan SK Tun Sas telah diadakan pada hari ini di Padang SK Tun Sas . Kejohanan sukan kali ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ir. Haji Idris bin Haji Haron, Ketua Menteri Melaka.
Teks ucapan perasmian telah dibacakan oleh Yang Berhormat Datuk Ab. Rahaman Ab Karim,Exco Kesihatan dan Pembangunan Sukan. 

Majlis penutupan pula telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia, Prof. Dr Hj. Shahrin Sahib,Yang Dipertua PIBG SK Tun Sas.








Jumaat, 8 November 2013

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK TUN SYED AHMAD SHAHABUDIN KALI KE 3 - 2013

 PROMOSI JUALAN MY IND DARI TWIN MIND INNOVATION SDN BHD DI PINTU MASUK SK TUN SAS.

DAPATKANNYA SEMASA SUKAN DIJALANKAN ESOK 9 NOVEMBER 2013..



Jumaat, 1 November 2013

SARANA IBUBAPA ; CERAMAH PENJAGAAN DAN KESIHATAN MATA SERTA PEMERIKSAAN MATA PERCUMA

Ceramah Penjagaan dan Kesihatan Mata serta pemeriksaan mata percuma telah dijalankan di Pusat Sumber SK Tun Sas pada hari ini.
Ianya adalah sebahagian daripada program Sarana Ibubapa dimana penceramahnya ialah di kalangan ibubapa murid SK Tun Sas.
Pihak Menara Optomestris Melaka dari Taman Cempaka telah memberikan penerangan tentang penjagaan dan kesihatan mata.
Murid-murid juga diberikan pemeriksaan mata secara percuma selepas sesi ceramah ini.