Sabtu, 15 Julai 2017

PROGRAM MENCARI BAKAT BOLASEPAK - KEJOHANAN BOLASEPAK 5 SEBELAH BAWAH 8 TAHUN 2017

Kelab Bolasepak SK Tun SAS telah mengadakan Program Mencari Bakat Bolasepak dengan mengadakan Kejohanan Bolasepak 5 sebelah bawah 8 tahun.

Kejohanan telah diadakan pada 15 Julai 2017 di padang SK Tun SAS. Tujuan utama ialah untuk mencari bakat-bakat semulajadi bolasepak di kalangan murid-murid Tahun 2 .

Majlis penyampaian medal telah disempurnakan oleh Yang Berusaha,En. Faisal bin Sharif,Pemangku GPK Kokurikulum SK Tun SAS.

TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA.