Jumaat, 24 Februari 2017

LAWATAN PERKONGSIAN ILMU PEMANTAPAN KBAT DAN ITHINK DALAM PDP

JK KBAT SK Tun SAS   telah menerima lawatan perkongsian ilmu pemantapan KBAT dan I-Think dalam PDP daripada SK Terentang dan SK Seri Machap pada 11 Februari 2017 (Sabtu).

JK KBAT SK Tun SAS telah memberikan input dan maklumat tentang KBAT dan I Think dalam PDP.
Ceramah telah disampaikan oleh Pn. Mala a/p Mahalingam dan Pn. Latifah Mohd Ali.









Isnin, 13 Februari 2017

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM ANTI PONTENG DAN GURU PENYAYANG 2017

Program Anti Ponteng dan Guru Penyayang 2017 telah diadakan pada hari ini 13 Februari 2017 semasa Perhimpunan Mingguan di Dataran Tun Tuah,SK Tun SAS

Majlis telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Berbahagia,Asisten Supritenden Polis (ASP)
Tuan Muhammad Huzir bin Buradi ,Ketua Balai,Balai Polis Ayer Keroh.









Sabtu, 11 Februari 2017

GOTONG ROYONG MENGEMASKINI PERALATAN KELAS PRA SEKOLAH MELATI

Kelas Pra Sekolah Melati SK Tun SAS telah mengadakan gotong royong pada hari ini untuk mengemaskini peralatan perabut di dalam kelas tersebut.

Kelas Pra Melati ialah kelas pra sekolah yang baru diwujudkan di SK Tun SAS dan diuruskan oleh
Pn.Nur Husniah.

Ucapan terimakasih kepada ibubapa Pra Sekolah Melati yang sudi hadir bersama-sama untuk menceriakan kelas Pra Melati.




PROGRAM KEM BESTARI SOLAT SIRI 1/2017 UNTUK TAHUN 6 , PROGRAM MUHASABAH DIRI MURID TAHUN 6 DAN PROGRAM PEMUAFAKATAN IBUBAPA MURID TAHUN 6 2017

Panitia Pendidikan Islam dan JK Kecemerlangan Tahun 6 SK Tun SAS telah bergabung mengadakan Kem Bestari Solat siri 1/2017, Program Muhasabah Diri Murid Tahun 6 dan Program Pemuafakatan Ibubapa Murid Tahun 6 2017

Program selama 2 hari ini bermula pada 10 Februari 2017 dan berakhir pada keesokan hari ini.
Antara aktiviti yang diadakan semasa program ini ialah :

1. Kem Bestari Solat siri 1/2017
2. Program Solat Hajat
3. Program Qiamulail
4. Program Muhasabah Diri
5. Program Pemuafakatan Ibubapa Murid Tahun 6

Tn. Hj. Mohd Arif bin Hj Yusa,Pengerusi PIBG SK Tun SAS telah menyempurnakan perasmiannya pada 11 Februari 2017  di Dewan Tun Fatimah,SK Tun SAS.
Turut hadir ialah barisan Guru-guru Penolong Kanan SK Tun SAS, guru-guru dan ibubapa murid tahun 6