Isnin, 15 Julai 2013

MINGGU PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH 2013


Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Dadah dengan kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling SK Tun Sas mengadakan Program Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah 2013 mulai 15 Julai 2013 hingga 19 Julai 2013.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tn. Hj.Adam bin Hj. Muhammad, Guru Besar SK Tun Sas pada majlis perhimpunan rasmi pagi ini.

Pelbagai aktiviti akan diadakan sempena Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah ini. Antaranya ialah Ceramah Pencegahan Dadah/Rokok oleh pihak AADK,Pameran Pencegahan Dadah/Rokok ,pertandingan melukis dan mewarna ,pertandingan Poster dan kuiz Anti Dadah.









Isnin, 8 Julai 2013

Isnin, 1 Julai 2013

MAJLIS PELANCARAN BULAN KECERGASAN 2013

Majlis Pelancaran Bulan Kecergasan peringkat sekolah 2013 telah dilancarkan pada hari ini di Dataran Tun Tuah semasa perhimpunan rasmi sekolah.

Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berusaha, Tn. Hj. Adam bin Hj. Muhamad,Guru Besar SK Tun Sas pada pagi ini.

Sehubungan dengan pelancaran ini disampaikan juga hadiah pancapaian murid yang mewakili sekolah dalam pelbagai bidang sukan dan aktiviti akademik.










Hadiah untuk murid yang mewakili sekolah dalam sukan skuash.













Murid yang mewakili sekolah dalam Ko Akademik
Action Songs - tempat ke 3 peringkat negeri.