Rabu, 26 Februari 2014

SESI MEMPROMOSIKAN PROGRAM I THINK UNTUK TAHUN 1 /2014

Jawatankuasa Program I-Think SK Tun Sas telah mengadakan satu sesi pengenalan dan promosi Program I-Think khas untuk murid-murid tahun 1 -2014.

Penyelaras Program I-Think SK Tun Sas,Pn. Aziyah Surip memaklumkan bahawa sesi ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada semua murid tahun 1 tentang apa itu Program  I-Think. Program yang telah dijalankan sejak 2013 ini digunakan oleh semua guru semasa sesi pdp dalam bilik darjah.

Pn. Latifah Mohd Ali , memberikan penerangan yang jelas tentang program I-Think ini. Murid-murid juga diajar lagu tema I-Think SK Tun Sas dan lagu ini dinyanyikan beramai-ramai.




PENYAMPAIAN MEDAL KEJOHANAN MEMANAH MSSNM 2014

Pasukan Memanah SK Tun Sas telah menyertai Kejohanan Memanah MSSNM kali ke 19  2014 yang berlangsung di SMK Tun Hj Abdul Malek,Cheng,Melaka.
Pasukan Memanah SK Tun Sas telah berjaya memperolehi 7 Emas,3 Perak dan 3 Gangsa.

Adik Muhammad Afham bin Marzuki Amiruddin
 - Pingat Emas  - 25 meter
 - Pingat Gangsa - 30 meter
 - Pingat Gangsa  - Pusingan Olimpik
 - Tempat ke 4 - 20 meter
 PINGAT GANGSA KESELURUHAN INDIVIDU BAWAH 12 TAHUN LELAKI

Adik Haikal bin Mansor
 - Pingat Emas  - 30 meter
 - Pingat Perak  - 40 meter
 - Pingat Perak  - 25 meter
 - Pingat Perak - Pusingan Olimpik
 - Pingat Gangsa - 20 meter

PINGAT EMAS KESELURUHAN INDIVIDU BAWAH 12 TAHUN LELAKI


Adik Marina binti Muhamed Rostam
Pingat Emas  - 40 meter
Pingat Emas  - 30 meter
Pingat Emas  - 25 meter
Pingat Emas  - 20 meter
Pingat Emas Pusingan Olimpik
PINGAT EMAS KESELURUHAN INDIVIDU BAWAH 12 TAHUN PEREMPUAN

Pada 21-23 Februari 2014 telah berlangsung Kejohanan Melaka Indoor Archery kali ke 2 di Dewan Badminton Air Keroh,Melaka.
Adik Marina binti Muhamed Rostam telah mendapat Pingat Emas Individu bawah 16 tahun dan Pingat Gangsa Berpasukan bawah 16 tahun.

TAHNIAH ATAS KEJAYAAN ATLIT SK TUN SAS YANG BERJAYA MENGHARUMKAN NAMA SEKOLAH.






Selasa, 25 Februari 2014

PENCARIAN BAKAT MURID PINTAR DAN BERBAKAT : SARINGAN PERTAMA UJIAN DALAM TALIAN UKM1 BERMULA 1 FEBRUARI HINGGA 31 MEI 2014

Pencarian Bakat Murid Pintar Cerdas bagi murid berumur 8 hingga 15 tahun melalui Ujian Saringan UKm1 telah bermula pada 1 Februari 2014 dan akan berakhir pada 31 Mei 2014.
Program Permata Pintar mempunyai 3 program utama iaitu :

1. Pencarian dan Pengurusan Bakat
    - murid beragama Islam berusia 8 tahun untuk program Permata 
      Insan di Universiti Sains Islam Malaysia.
    - murid berusia 9-15 tahun untuk program Permata Pintar 
      Universiti Kebangsaan Malaysia

Ujian UKM1 boleh diakses secara atas talian di laman web 
http://ukm1.permatapintar.edu.my manakala maklumat lanjut tentang program boleh diperolehi melalui laman web 
http://www.ukm.my/permatapintar
Ujian ini boleh diambil di mana-mana sama ada di sekolah,rumah,kafe siber dan lain-lain tempat yang boleh mencapai rangkaian Internet.
Murid boleh berhenti pada bila-bila masa dan menyambung semula ujian tersebut sehingga tamat. Walau bagaimanapun,murid digalakkan mengambil ujian ini secara terus menerus dalam jangka masa 1 jam 30 minit (tidak termasuk pendaftaran murid )

Seluruh warga SK Tun Sas digalakkan untuk mengambil ujian ini.
Sila klik gambar di bawah untuk pendaftaran dan terus mengambil ujian.Baca arahan dengan teliti . Selepas tamat ujian sila cetak Sijil Penyertaan sebagai bukti telah mengambil ujian tersebut dan serahkan kepada GPK1 -Pentadbiran SK Tun Sas. 

KOD SEKOLAH : MBA2046
NAMA SEKOLAH :SK TUN SYED AHMAD SHAHABUDIN
ALAMAT SEKOLAH : HANG TUAH JAYA,75450 
                                         AYER KEROH,MELAKA.

 
Harap maklum.
http://www.ukm.my/talents/


  

Selasa, 18 Februari 2014

KEJOHANAN MERENTAS DESA KALI KE 4 2014

Kejohanan Merentas Desa SK Tun Sas kali ke 4 telah diadakan pada hari ini di sekitar kawasan perumahan Taman Tasik Utama.
Tn. Hj. Adam Hj. Mohammad telah menyempurnakan permulaan larian merentas desa di padang SK Tun Sas.

Semua murid tahun 4 , 5 dan 6 menyertai kejohanan merentas desa ini. Ucapan ribuan terima kasih atas kerjasama pihak Jabatan Pertahanan Awam  Malaysia ( JPAM ) yang telah mengawal selia aspek keselamatan murid-murid yang menyertai kejohanan ini.








Isnin, 17 Februari 2014

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN PELAJAR 2014

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar 2014 telah diadakan di Dataran Tun Tuah,SK Tun Sas pagi ini. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia,En. Zali Mat Yassin,Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya .

Ahli Jawatankuasa PIBG SK Tun Sas turut hadir untuk memeriahkan majlis yang diadakan.

Ucapan penghargaan dan terima kasih atas kesudian Yang Berbahagia,En. Zali Mat Yassin,Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya kerana sudi hadir dan merasmikan majlis ini.

 BARISAN PENGAWAS SEKOLAH

 BARISAN PENGAWAS PERPUSTAKAAN SEKOLAH

 BARISAN KETUA KELAS DAN PENOLONG KETUA KELAS 

 BARISAN PENGAWAS SPBT SEKOLAH

BARISAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
BARISAN PENGAWAS KESIHATAN SEKOLAH

Sabtu, 15 Februari 2014

MAJLIS PEMUAFAKATAN IBUBAPA MURID TAHUN 6 -2014

Majlis Pemuafakatan Ibubapa Murid tahun 6 telah diadakan pada pagi ini di Pusat Sumber Sekolah,SK Tun Sas. Majlis dihadiri oleh semua ibubapa murid tahun 6 yang akan menghadapi UPSR pada tahun ini.

Majlis juga diserikan dengan kehadiran Tn. Hj. Mansor Sudin,AJK PIBG SK Tun Sas. Tn. Hj. Adam Hj. Mohammad telah memberikan taklimat tentang program-program tahun 6 yang akan dilaksanakan pada tahun ini.

En. Mohd Yusof Abd Rahman,Penyelaras Program Kecemerlangan Tahun 6 memberikan sedikit info tentang tips pelajar cemerlang. Ianya diikuti dengan ceramah motivasi keibubapaan daripada penceramah jemputan yang dijemput oleh pihak sekolah.




Jumaat, 14 Februari 2014

MAKLUMAN AKTIVITI J-QAF - KEM BESTARI SOLAT KALI PERTAMA 2014 UNTUK MURID TAHUN 4 DAN 5


SESI BERSALAMAN GURU SK TUN SAS YANG BERPINDAH 2014

Satu sesi bersalaman dengan guru SK Tun Sas yang berpindah telah diadakan pada pagi ini selepas Program Bacaan Yassin.
Majlis telah diadakan di Dataran Tun Tuah dimana semua murid beratur dan bersalaman dengan guru yang berpindah .
Guru tersebut ialah Cikgu Mohd Yusof bin Hj. Abdul Rahman - guru Cemerlang/Pakar Matematik yang akan berpindah sebagai Penyelia Matematik di Unit Kurikulum,Jabatan Pendidikan Melaka. mulai 1 Februari 2014.

Tahniah diucapkan kepada Cikgu Mohd Yusof ..




 

Rabu, 12 Februari 2014

PROGRAM GURU PENYAYANG 2014

Majlis Pelancaran Program Guru Penyayang telah diadakan pada 11 Februari 2014 di Dataran Tun Tuah .
Majlis telah disempurnakan perasmiannya oleh Tn. Hj. Adam Hj. Mohammad,Guru Besar SK Tun Sas semasa perhimpunan ringkas pagi semalam.

Tujuan program Guru Penyayang adalah agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.








Isnin, 10 Februari 2014

LAWATAN JEMAAH NAZIR JAMINAN KUALITI - PENCALONAN ANUGERAH TAWARAN BAHARU BAI'AH 2013

Pegawai dari Jemaah Nazir Jaminan Kualiti,Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengadakan lawatan ke SK Tun Syed Ahmad Shahabudin hari ini. Lawatan ini adalah disebabkan SK Tun Sas telah dicalonkan untuk Anugerah Tawaran Baharu  ( Bai'ah ) Guru Besar bagi tahun 2013.

Tawaran Baru Guru Besar yang dilaksanakan dibawah NKRA merupakan sebahagian transformasi kerajaan bagi mengangkat keterbilangan pengurusan sekolah dan menghargai mereka serta warga sekolah yang turut memberi sumbangan kepada kejayaan sekolah masing-masing. Kejayaan pendidikan adalah kunci kepada kejayaan negera.

Ucapan ribuan terima kasih kepada pegawai dari Jemaah Nazir Jaminan Kualiti atas kesudian mengadakan lawatan ke SK Tun Sas.


                                          Barisan Pegawai dari Jemaah Nazir Jaminan Kualiti ,Kementerian Pendidikan
                                          Malaysia bersama Tuan Guru Besar dan barisan GPK SK Tun Sas.