Isnin, 31 Oktober 2011

SESI BERGAMBAR SK TUN SAS 2011

Sesi bergambar untuk semua warga SK Tun Sas diadakan pada 31 Oktober 2011 dan 2 November 2011 .
Sesi ini bermula dengan sesi bergambar guru-guru dan kakitangan SK Tun Sas, Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan diikuti dengan semua kelas serta Unit-Unit Beruniform .


MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH / PINGAT SUKAN TAHUNAN SK TUN SAS 2011

Majlis Penyampaian Hadiah / Pingat Sukan Tahunan SK Tun Sas 2011 telah diadakan pada hari ini semasa Perhimpunan Rasmi Sekolah.
Majlis penyampaian hadiah ini disempurnakan oleh semua Guru Rumah Sukan diikuti oleh Setiausaha Ko-Kurikulum Sekolah dan Setiausaha Sukan Sekolah.
Tuan Guru Besar telah menyampaikan piala pusingan Johan Rumah Sukan kepada pasukan Rumah Sukan yang berjaya .























Johan       : Rumah Temenggung ( Kuning )
Kedua       : Rumah Syahbandar ( Merah )
Ketiga       : Rumah Bendahara ( Hijau )
Keempat   : Rumah Laksamana ( Biru )

Tahniah kepada yang telah berjaya....

PENYAMPAIAN HADIAH / PINGAT SUKAN TAHUNAN - klik disini 

Sabtu, 29 Oktober 2011

SEKITAR LDP SIRI 6/2011

Latihan Dalam Perkhidmatan ( LDP ) Siri 6/2011 telah dijalankan di Taman Botanikal Melaka.
Program dimulakan dengan sesi senaman pagi dan berjogging disekeliling trek jogging Taman Botanikal sepanjang hampir 4 kilometer.
Semua warga pendidik SK Tun Sas telah mengambil bahagian dalam aktiviti ini. Ini diikuti dengan Program Senamrobik yang dikendalikan oleh jurulatih senamrobik yang bertauliah di kawasan lapang Taman Botanikal ini.
Program Senamrobik ini mengambil masa hampir 1 jam.




















                                                          LDP SIRI 6/2011 : SENAMROBIK  - klik disini

Isnin, 24 Oktober 2011

SELAMAT MENYAMBUT DEEPAVALI 2011

Buat semua warga SK Tun Sas yang merayakan Deepavali diucapkan ' SELAMAT MENYAMBUT PERAYAAN DEEPAVALI 2011 '

Semoga perayaan ini dapat disambut dengan semangat 1Malaysia...

' HAPPY DEEPAVALI '

Sabtu, 22 Oktober 2011

SEKITAR KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI PERTAMA SK TUN SAS

Kejohanan Sukan Tahunan SK Tun Sas kali pertama telah diadakan pada 22 Oktober 2011. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia,En. Ali Azizan dari Pejabat Pelajaran Melaka Tengah .

Majlis penutupan pula disempurnakan oleh Yang Berhormat ,Datuk Gan Tian Loo,Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelajaran,Belia dan Sukan.







Yang Berhormat,Datuk Gan Tian Loo sedang menyempurnakan penyampaian hadiah untuk pasukan Rumah Sukan yang menang.






Keceriaan dan kreativiti pasukan Rumah Merah semasa lintas hormat perbarisan.



Pasukan Rumah Hijau dengan gaya dan keseragaman yang tersendiri.





Ucapan alu-aluan Tuan Guru Besar SK Tun Sas, Tn. Hj. Safie Jaafar.





Ucapan perasmian oleh Yang Berbahagia ,En. Ali Azizan, dari Pejabat Pelajaran Melaka Tengah.














Layari : SUKAN TAHUNAN SK TUN SAS - klik di sini.

Selasa, 11 Oktober 2011

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2011

Peperiksaan Akhir Tahun 2011 / Penilaian Kendalian Sekolah Rendah 2 akan bermula mulai 17-21 Oktober 2011..
Semoga semua warga SK Tun Sas bersedia untuk menghadapinya dengan penuh tabah dan bersemangat.

' SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN '


SEKITAR PROGRAM AMALI SEMBELIHAN TAHUN 6








Isnin, 10 Oktober 2011

JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2011

Peperiksaan Akhir Tahun akan bermula pada 17 - 21 Oktober 2011. Sila rujuk jadual Peperiksaan mengikut Tahap 1 ( Tahun 1,2 3 ) dan tahap 2 ( Tahun 4,5 6 )



                           UNTUK MAKLUMAN :
                         * Peperiksaan Bahasa  Melayu Pemahaman Tahap 1 
                             ( Tahun 1,2 3 )  8.00 - 9.00 pagi.
              

PROGRAM AMALI SEMBELIHAN PERINGKAT SEKOLAH 2011/1432H

Program Amali Sembelihan Peringkat Sekolah khas untuk pelajar Tahun 6 akan diadakan pada 11 Oktober 2011.



Jumaat, 7 Oktober 2011

SEKITAR RAPTAI SUKAN TAHUNAN 1

Raptai Kejohanan Sukan Tahunan kali pertama SK Tun Syed Ahmad Shahabudin diadakan di padang SK Tun Sas. Raptai melibatkan semua murid yang mewakili rumah sukan masing-masing.