Isnin, 28 September 2015

PENANGGUHAN UJIAN PSIKOMETRIK TAHUN 3

Untuk makluman semua ibubapa/penjaga murid Tahun 3, Ujian Psikometrik Tahun 3 yang dijadualkan pada 29 September 2015 ( Selasa ) ditangguhkan pada 30 September 2015 ( Rabu )
Penangguhan ini adalah disebabkan penutupan sekolah pada 29 September 2015 ( Selasa ) akibat jerebu.

Maklumat lanjut tentang ujian ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Harap maklum..

KENYATAAN AKHBAR TINDAKAN MENANGANI JEREBU DI SEKOLAH -PENUTUPAN SEKOLAH PADA 29 SEPTEMBER 2015 - SELASA


Jumaat, 18 September 2015

PENGARAH PENDIDIKAN MELAKA YANG BAHARU

Tahniah buat Tn. Hj. Abu Bakar bin Sahari atas pelantikan sebagai Pengarah Pendidikan Melaka yang baharu daripada warga SK Tun SAS.

                                                            Tn. Hj Abu Bakar bin Sahari
                                                           Pengarah Pendidikan Melaka

PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK : UJIAN APTITUD AM TAHUN 3,2015




Selasa, 15 September 2015

HEBAHAN RASMI & TERKINI DARIPADA TIMBALAN PENGARAH PENDIDIKAN MELAKA

HEBAHAN RASMI & TERKINI TIMBALAN PENGARAH PENDIDIKAN MELAKA.

Salam 1Malaysia dan Salam Sehati Sejiwa..

MAKLUMAN KEPADA SEMUA PENGETUA DAN GURU BESAR NEGERI MELAKA

SEMUA SEKOLAH DI NEGERI MELAKA AKAN DITUTUP PADA :

15 SEPTEMBER 2015 (SELASA)

Untuk makluman IPU di semua kawasan di Negeri Melaka telah hampir mencecah ke angka 200

Semua guru masih perlu hadir ke sekolah untuk menguruskan keselamatan murid yang masih datang kerana tidak dapat makluman penutupan. Harap dapat sampaikan kepada ibu bapa dan waris sebaiknya.

Sekian, terima kasih.

TIMBALAN PENGARAH,
Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.

Jumaat, 11 September 2015

MAJLIS PEMUAFAKATAN IBUBAPA MURID TAHUN 5 DAN PELANCARAN PROGRAM " JOM 1000 SOALAN "

Majlis Pemuafakatan Murid Tahun 5 dan Pelancaran Program ' Jom 1000 Soalan ' telah diadakan pada hari ini di Pusat Sumber,SK Tun SAS.
Majlis telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Arif bin Yusa,Yang Dipertua PIBG,SK Tun SAS. Turut hadir bersama ialah Tn. Hj. Adam bin Hj. Mohammad,Guru Besar SK Tun SAS dan En. Kamaruddin bin Abdul Majid,GPK Pentadbiran SK Tun SAS.

Semasa majlis ini Tn. Hj. Adam telah menerangkan objektif dan fungsi program ini untuk murid-murid tahun 5 yang akan menduduki UPSR 2016 akan datang.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARIPADA ELIAS PARK PRIMARY SCHOOL,SONGAPURA.

SK Tun SAS telah menerima kunjungan daripada Elias Park Primary School, Singapura pada hari ini. Seramai 24 orang pelajar dari sekolah tersebut telah melawat ke SK Tun SAS bersama dengan 5 orang guru pengiring.

Tn. Hj. Adam bin Mohammad,Guru Besar SK Tun SAS telah bersama-sama menerima kunjungan dari sekolah ini.
Semasa sesi lawatan ini pelajar dari Elias Park Primary School telah diperkenalkan dengan permainan tradisional congkak dan ketinting.

Rabu, 9 September 2015

MAJLIS PENYERAHAN " MASK " KEPADA MURID-MURID SK TUN SAS

Majlis Penyerahan " Mask " kepada murid-murid SK Tun SAS telah diadakan pada hari ini di Dewan Tun Fatimah,SK Tun SAS.
Majlis ringkas ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia, Tn. Hj. Mohd Arif Yusa,Yang Dipertua PIBG SK Tun SAS merangkap Pengerusi JAPERUN Ayer Keroh..