Isnin, 25 April 2016

PROGRAM MEMBACA 10 MINIT PERINGKAT NEGERI MELAKA 2016

Majlis perasmian Program Membaca Hanya 10 Minit peringkat negeri Melaka telah diadakan di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Melaka,Bukit Baru.

Wakil SK Tun SAS.. AdikAswin a/l Katirasan telah berjaya mendapat hadiah Saguhati dalam Pertandingan Pembaca Terbanyak 2015 Kategori Kanak-Kanak tahap 2. Sijil telah disampaikan semasa majlis perasmian Program Membaca Hanya 10 Minit di PERPUSTAM.







MAJLIS PELANCARAN PROGRAM MENTOR MANTEE TAHUN 6 - 2016










Khamis, 21 April 2016

SEKITAR KEM BESTARI SOLAT SIRI 1 - KHAS UNTUK MURID-MURID TAHUN 2 DAN 3 - 2016





Program Kem Bestari Solat Siri 1/2016 - khas untuk murid-murid Tahun 2 dan 3 telah dijalankan pada hari ini 21 April 2016 mulai jam 2.00 petang hingga 3.30petang. Program ini dikendalikan oleh Panitia Pendidikan Islam SK Tun SAS

Rabu, 20 April 2016

PELANCARAN MINGGU MATEMATIK 2016

Majlis Pelancaran Minggu Matematik SK Tun SAS 2016 telah diadakan pada 11 April 2016 di Dataran Tun Tuah,SK Tun SAS.

Majlis telah disempurnakan perasmiannya oleh En. Kamaruddin Abdul Majid,Guru Penolong Pentadbiran SK Tun  SAS mewakili Tuan Guru Besar SK Tun SAS. Turut hadir ialah Pn. Hjh. Kamala Hj Miswan,Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid san semua guru SK Tun SAS.

Minggu Matematik ini diadakan dari 11 April 2016 hingga 14 April 2016 dan pelbagai aktiviti dijalankan untuk menarik minat murid dalam mata pelajaran Matematik.

Tahniah buat Panitia Matematik dan keseluruhan guru guru Matematik SK Tun SAS.





PERLAKSANAAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN ( PPT ) BAGI TAHUN 2016







Selasa, 19 April 2016

PERLAKSANAAN UJIAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN ( SEGAK )

  
 
Pada hari ini telah diadakan ujian SEGAK untuk semua murid tahun 5 . Ujian SEGAK ini dijalankan semasa waktu Kokurikulum . SEGAK dalam PAJSK merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan oleh murid sekolah untuk mengukur kecergasan berdasarkan kepada Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) yang ditetapkan. Skor mengikut tahap umur ini ditetapkan dengan menggunakan indeks skor standard yang telah diperakui di peringkat kebangsaan. SEGAK terdiri daripada empat aktiviti iaitu "Naik turun bangku", "Tekan tubi", "Ringkuk Tubi Separa" dan "Jangkauan Melunjur"
Objektif SEGAK ialah menilai dan mengukur tahap kecergasan fizikal murid. Konstruk yang diukur: Perkembangan fizikal murid Kecergasan Senaman Pelaksanaan Pentaksiran SEGAK: Ujian SEGAK ditadbir oleh guru Pendidikan Jasmani dua kali setahun. Ujian ini dilaksanakan kepada semua murid sekolah rendah Tahap 2 dan peringkat menengah rendah. Ujian SEGAK dilaksanakan sejurus selepas BMI dijalankan. Keempat-empat aktiviti SEGAK hendaklah dilaksanakan pada hari yang sama. Skor ujian SEGAK direkodkan oleh guru Pendidikan Jasmani menggunakan borang.
 
 

 Perlaksanaan Ujian SEGAK ini dijalankan oleh Cikgu Faisal Sharif dan Cikgu Muhammad Khairi Bakar dan melibatkan semua murid tahun 5 SK Tun SAS.
 
 




Isnin, 18 April 2016

PROGRAM NUTRISI KESIHATAN BERSAMA-SAMA HORLICKS

Satu Program Nutrisi Kesihatan bersama-sama Horlicks telah diadakan di Dewan Tun Fatimah,SK Tun SAS. Program ini melibatkan murid-murid tahun 4 dan 5 .







Khamis, 14 April 2016

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH SEMPENA ENGLISH WEEK 2016

Majlis penyampaian hadiah sempena Minggu Bahasa Inggeris telah diadakan pada 13 April 2016 ( Rabu ) semasa perhimpunan ringkas pagi. Majlis telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Adam Hj. Mohammad,Guru Besar SK Tun SAS di Dataran Tun Tuah.