Selasa, 29 Mei 2012

SENARAI MURID YANG TIDAK HADIR PROGRAM TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR HARI KE 2 - 29 MEI 2012

6 KENANGA

1. Eirfan Adham Abd Ghaffar
2. Nur Arief Md Rafi

6 KESIDANG

1. Amirul Aiman Adnan
2. Nasrun Hamdan
3. Raja Muhammad Danial Raja Shahrul Azlan

6 KEKWA

1. Ahmad Syakir Alif  Baharin
2. Aqil Aidil Yahya
3. Aqil Aidil Yahya
4. Luqman Al Hakimi Mohamad
5. Muhammad Aiman Khairudin
6. Muhammad Nur Aiman Zulkafli
7. Laila Rashiqah Md Rapit
8. Nadzirah Filzah Mohd Lizah
9. Norfatihah Nordin

6 KESTURI

1. Adam Agan Aziz
2. Amir Muhthar
3. Amsyar Hanafee Abdul Razak
4. Arief Zikry Zahar
5. Muhammad Afnan Arif Mohd Amran
6. Muhammad Aidil Iqbal Faizal
7. Muhamad Ihsan Azmi
8. Muhammad Luqman Sumadi
9. Nor Hakimi Afiq Norhazizi
10. Nur Izzat Ruslan
11. Amalina Alladin
12. Nur Najiha Mohd Hadzir
13. Siti Nur Izzati Kamaruddin
14. Wan Faqira Faeqah Wan Noor
15. Aniqah Zakirah Mohd Azman Shah

MURID-MURID YANG TIDAK HADIR , SILA HANTAR SURAT TUNJUK SEBAB KEPADA 
GPK1 - PENTADBIRAN ...
HARAP MAKLUM.


Isnin, 28 Mei 2012

SEKITAR PROGRAM TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR TAHUN 6

Program Teknik Menjawab Soalan UPSR 2012 telah dijalankan di Pusat Sumber Sekolah pada 28 Mei 2012 ( Isnin )

Murid-murid dibahagikan kepada 2 kumpulan semasa program ini dijalankan.

SESI 1
Kumpulan 1 : 8.00 pagi   - 10.00 pagi   = Matematik ( Pn. Salbiah )
Kumpulan 2 :                                        = Sains    ( Pn. Faridah )
SESI 2
Kumpulan  1  : 10.30 pagi   - 12.30 tgh  = Bahasa Inggeris  ( En. John Ayavu )
Kumpulan  2  :                                       = Matematik     ( En. Mohd Yusof )






Jumaat, 25 Mei 2012

MAKLUMAN PEMBATALAN PROGRAM TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR BAGI MATA PELAJARAN SAINS 2012

Adalah dimaklumkan bahawa Program Teknik Menjawab Soalan UPSR bagi matapelajaran Sains 2012 yang dijadualkan pada 26 Mei 2012 ( Sabtu ) dibatalkan.

Program yang dijadualkan diadakan di Pusat Sumber , SK Tun Sas  ini dibatalkan disebabkan sambutan yang kurang menggalakkan .

Walau bagaimanapun pihak pengurusan SK Tun Sas mengucapkan terima kasih atas kerjasama ibubapa/penjaga yang telah memberikan respon kepada program yang dirancangkan ini.

Harap maklum.

Khamis, 24 Mei 2012

CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2012

Sekolah akan bercuti mulai 26 Mei 2012 hingga 10 Jun 2012 . Warga SK Tun Sas ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua murid-murid SK Tun Sas. Semua murid akan bersekolah semula pada 11 Jun 2012 ( Isnin ) . Kepada murid-murid yang bercuti diharapkan agar dapat memenuhi masa cuti sekolah ini dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan jangan lupa mengulangkaji pelajaran.

Bagi murid Tahun 6 , Program Teknik Menjawab Soalan UPSR 2012 dan Program Kelas Tambahan akan dijalankan mulai 28 Mei 2012 hingga 31 Mei 2012. Teruskan perjuangan untuk menjana kecemerlangan diri dan sekolah.

Kehadiran adalah diwajibkan.




PENYAMPAIAN HADIAH SEMPENA HARIJADI MURID BAGI BULAN MEI 2012

Majlis Penyampaian Hadiah untuk murid-murid SK Tun Sas yang lahir pada bulan Mei telah diadakan pada perhimpunan pagi SK Tun Sas. Majlis penyampaian hadiah ini tleh disempurnakan oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En. Mohd Nasir bin Salim di Dewan Terbuka Tun Fatimah.







  

Ahad, 20 Mei 2012

JAMUAN SEMPENA HARI GURU 2012

Majlis Jamuan sempena Hari Guru 2012 telah diadakan di Holiday Inn,Melaka pada hari ini 20 Mei 2012.
Majlis telah dihadiri oleh hampir kesemua warga SK Tun Sas.

Yang Dipertua PIBG, SK Tun Sas, Prof. Dr. Hj. Shahrin Sahib telah sudi datang untuk menyerikan majlis jamuan ini.


PASUKAN TARIAN SK TUN SAS

    Persembahan Tarian semasa Karnival Kesenian Kanak-Kanak Antarabangsa di Kocaeli, Turki .  
    Pasukan tarian ini mewakili Kumpulan Kesenian Kementerian Pelajaran Malaysia pada 18 April 2012     hingga 24 April 2012.

Persembahan semasa Majlis Pelancaran Kumpulan Angklung dan Caklempung SK Alor Gajah 1 di Dewan
Majlis Perbandaran Alor Gajah pada 19 Mei 2012.

Khamis, 17 Mei 2012

SEKITAR PERTANDINGAN KO AKADEMIK " ACTION SONG " PERINGKAT NEGERI MELAKA 2012

Pertandingan Ko Akademik ' Action Song ' peringkat negeri telah diadakan pada 17 Mei 2012 bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Merlimau Satu.

Pasukan ' Action Song ' SK Tun Sas telah berjaya mendapat tempat ke 2 semasa pertandingan ini.Tahniah buat murid yang terlibat dalam pertandingan ini. Ucapan tahniah juga kepada Pn. Linda De Costa,Pn. Mala a/p Mahalingam dan Pn. Samsinar Ani yang telah memberikan semangat dan latihan yang mantap kepada pasukan ini.

Ucapan terima kasih juga kepada semua guru-guru SK Tun Sas yang sudi meluangkan masa hadir ke pertandingan yang diadakan.

SK Tun Sas .... Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang ...




Rabu, 16 Mei 2012

SEKITAR SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2012

Majlis Sambutan Hari Guru telah diadakan pada hari ini dengan meriahnya di Dataran Tun Tuah, SK Tun Sas.
Sambutan Hari Guru pada tahun ini telah dihadiri oleh Yang Berbahagia,En. Yong Fun Juan dari JAPERUN Ayer Keroh , Ahli Majlis Hang Tuah Jaya dan AJK PIBG SK Tun Sas.

Majlis telah dimulakan dengan nyanyian lagu patriotik dan diikuti dengan ucapan dari wakil murid SK Tun Sas.
Ianya diikuti dengan pembacaan perutusan dari Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang dibacakan oleh En. Mohd Nasir Salim,GPK HEM.

Seterusnya ucapan dari Yang Berusaha , Tn. Hj. Safie Hj. Jaafar , Guru Besar SK Tun Sas dan diikuti oleh ucapan Yang Berbahagia,En. Yong Fun Juan,dari JAPERUN Ayer Keroh.
En. Mohd Hazreek Zainal mengetuai bacaan Ikrar Guru diikuti oleh semua guru SK Tun Sas.

Kemudian satu acara gimik memotong kek Hari Guru diadakan oleh Tuan Guru Besar dan En Yong Fun Juan.

Acara senamrobik juga diadakan yang melibatkan semua warga SK Tun Sas.









SELAMAT HARI GURU

Seluruh warga SK Tun Sas mengucapkan selamat menyambut Hari Guru buat semua warga pendidik di seluruh negara.

 Tujuh belas tahun rindu tersemat,
Tanjung Aru tempat berjumpa,
Enam belas Mei tarikh keramat,
Jasa guru jangan di lupa.

Anak kancil pergi berguru,
Tidak terbiasa kerja yang sia,
Dari kecil diasuh guru,
Agar dewasa menjadi manusia.

Hendak berburu ke luar kota,
Seluas alam bumi terentang,
Tanpa guru siapalah kita,
Ibarat malam tanpa bintang.

Jalan ke barat berpilin-pilin,
Cuaca redup menawar duka,
Guru ibarat cahaya lilin,
Menyuluh hidup tiap ketika.

Angin menderu dengan sepoinya,
Di anak tangga duduk berperikan
Kasih guru akan muridnya,
Masa dan tenaga rela korbankan.

Meski Utarid kabur pandangannya,
Hanya percaya kuasa Tuhan,
Kasih murid akan gurunya,
Gapai jaya di hari depan.

Putik baru mekar di laman,
Kembang kudup kumbang terikat,
Hargai guru sepanjang zaman,
Agar hidup beroleh berkat.

Istana kota sebelas langkat,
Tempat baharu Nakhoda Pekan,
Sama kata sama sepakat,
Hari guru mari raikan.

SELAMAT HARI GURU......
JASAMU AKAN TETAP DIKENANG...

Sabtu, 12 Mei 2012

SEKITAR PROGRAM KEMAHIRAN BELAJAR TAHUN 6

Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan Program Kemahiran Belajar untuk murid Tahun 6 dengan kerjasama Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi,Universiti Teknikal Malaysia Melaka.

Program sehari ini adalah untuk memberikan maklumat dan keyakinan diri kepada semua murid tahun 6 tentang kemahiran belajar yang perlu ada pada setiap murid .

Ucapan penghargaan dan terima kasih atas kesudian Yang Berbahagia , Prof. Dr. Shahrin Sahib atas kesudian beliau memberikan ceramah dan motivasi kepada murid pada sesi pertama program ini.

Pihak sekolah juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi,Universiti Teknikal Malaysia Melaka atas kesudian mengadakan program ini.





 














Jumaat, 11 Mei 2012

SELAMAT HARI GURU

Sempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei ini, warga SK Tun Sas mengucapkan " SELAMAT HARI GURU "  kepada semua warga pendidik di seluruh negara.

Hayatilah senikata lagu tema Hari Guru 2012....

GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

Kita berbicara tentang inovasi
Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini

Bangun, beranikan terima seruan
Mendidik, memimpin penuh berwawasan
Menciptakan kreativiti
Melahirkan Guru Inovatif

c/o
Sahutlah cabaran, perubahan
Daulatkan Bidang Pendidikan,
Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara
Malaysia Ku tercinta

Kita berbicara tentang inovasi
Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini

Tiada pernah jemu tiada putus asa
Sedia menimba ilmu di mana saja
Binakanlah keyakinan
Merentasi segala halangan

ulang c/o x2

Lagu : En. Rosman bin Adam
Lirik : En. Zainal Ariffin bin Yusof
(IPGM Kampus Ilmu Khas) 



Jumaat, 4 Mei 2012

KAJIAN RINTIS UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT KEPERLUAN PENINGKATAN PROFESIONAL GURU-GURU BAHASA INGGERIS DI BAWAH PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN VERSI 2 ( GPT 2.0 )

Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengadakan Kajian Rintis kepada guru-guru Bahasa Inggeris di sekolah rendah di negeri Kedah,Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,Melaka dan Kelantan.

Kajian Rintis ini akan menggunakan Cambridge Placement Test ( CPT ) dan Pedagogy Standards For English Language (PSELT) secara atas talian bagi mengukur tahap profisiensi dan kompetensi guru-guru yang mengajar Bahasa Inggeris di sekolah rendah.

Kajian Rintis ini dijalankan mulai 7 Mei 2012 hingga 10 Mei 2012 dan direkodkan sebagai Latihan Dalam Perkhidmatan selama 3 jam.

Semua guru Bahasa Inggeris SK Tun Sas  diwajibkan menduduki Kajian Rintis ini.
Terdapat 2 instrumen yang digunakan secara atas talian iaitu ;

1. Cambridge Placement Test ( CPT ) untuk kefasihan - 50 soalan ( 30 minit )
2. Pedagogy  Standards for Eng. Lang. Teaching (PSELT ) untuk kompetensi - 127 soalan ( 60 minit )

Setiap instrumen akan diberikan token dan kata laluan khas yang akan diberikan pada hari Isnin ini.

MAKLUMAT LANJUT AKAN DIBERIKAN PADA HARI ISNIN ( 7 MEI 2012 ) INI.

Sila layari laman sesawang untuk rujukan .

   DEMO CPT

https://www.democpt.cambridgetest.org/cptApp/demoTest.html?method=languageSelection

PEDAGOGY STANDARDS FOR ENGLISH LANGUAGE ( PSELT )

http://119.110.97.182/pselt/





JADUAL PKSR 1 - PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI ( MASALAH PEMBELAJARAN )


UJIAN PERMATApintar NEGARA UKM 1 HINGGA 30 MEI 2012

Ujian PERMATApintar Negara UKM 1 dilanjutkan sehingga 30 Mei 2012. Semua murid SK Tun Sas digalakkan untuk mengambil bahagian dalam Ujian Saringan ini.

Ujian Saringan UKM 1 ini boleh diambil melalui laman sesawang http://www.permatapintar.edu.my

SILA KLIK DI BAWAH UNTUK MENGETAHUI MAKLUMAT LANJUT TENTANG
PROGRAM PERMATA PINTAR DAN MENYERTAI UJIAN SARINGAN UKM 1 .

UJIAN PERMATA PINTAR UKM 1


PERTANDINGAN MENULIS SURAT 1 MALAYSIA

ANDA SUKA MENULIS ?

Tonjolkan bakat anda dalam bidang penulisan.

SYARAT PENYERTAAN

1. Warganegara  Malaysia.
2. Setiap penyertaan hanya dibenarkan menghantar 1 penyertaan sahaja.
3. Surat yang ditulis hendaklah mengandungi patah perkataan mengikut kategori yang berikut
    iaitu :
    Kategori A : SEKOLAH RENDAH
                        200 hingga 350 patah perkataan
4. Penyertaan hendaklah sampai selewat-lewatnya pada 15 Jun 2012
5. Surat hendaklah ditulis dalam Bahasa Malaysia sahaja.
6. Borang penyertaan boleh didapati di laman web Pos Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan
    Multimedia Malaysia. ( klik dibawah untuk borang penyertaan )
 7. Surat yang ditulis hendaklah bertulis tangan,kemas dan mudah dibaca.Tidak dibenarkan menggunakan
     mesin taip atau komputer.

Maklumat Pertandingan

 1 Terbuka kepada murid tahun 3 hingga tahun 6.
 2. Setiap penyertaan hendaklah menepati tajuk yang diberikan mengikut kategori seperti berikut :
                SEKOLAH RENDAH
     ( TAHUN 3 HINGGA TAHUN 6 )
     Tulis sepucuk surat kepada rakan anda menceritakan tentang amalan
      berbudi bahasa yang diamalkan dalam kehidupan seharian anda.
     
     ( 200 hingga 350 patah perkataan sahaja )

KLIK DI BAWAH UNTUK BORANG PENYERTAAN.

Borang_Penyertaan_Surat1Malaysia





Khamis, 3 Mei 2012

JADUAL WAKTU PKSR 1 - TAHUN 6

PERUBAHAN JADUAL WAKTU PKSR 1 UNTUK MURID TAHUN 6 .
HARAP MAKLUM.

SEKITAR FESTIVAL KESENIAN MURID ANTARABANGSA ( INTERNATIONAL CHILDREN FESTIVAL KOCAELI,TURKI ) - 18-24 APRIL 2012

Pasukan Kebudayaan SK Tun Sas telah menyertai Karnival Kesenian Kanak-Kanak Antarabangsa pada 18 - 24 April 2012 di Kocaeli,Turki.
Pasukan Tarian SK Tun Sas yang mewakili Malaysia telah mempersembahkan persembahan tarian semasa karnival kesenian kanak-kanak ini.Pasukan tarian SK Tun Sas diiringi oleh Pn. Nur Thaniah Abu Samah,Penasihat Kelab kebudayaan SK Tun sas.

Tahniah buat pasukan tarian SK Tun Sas....