Khamis, 26 Mac 2015

LAWATAN PERKONGSIAN ILMU I-THINK DARIPADA SK UJUNG PASIR,MELAKA

JK Program I-Think SK Tun SAS telah menerima lawatan perkongsian ilmu untuk Program I-Think daripada SK Ujung Pasir pada 24 Mac 2015.
Seramai 30 orang guru daripada SKUjung Pasir telah mengadakan lawatan dan menerima taklimat tentang perjalanan dan perlaksanaan program I- Think di SK Tun SAS.

Ucapan terima kasih kepada seluruh warga SK Ujung Pasir atas kesudian mengadakan lawatan ke SK Tun SAS.




  


PROGRAM OUTREACH -PELAJAR PRS SEKOLAH BERASRAMA PENUH ZON SELATAN (SM SAINS MUZAFFAR SHAH) BERSAMA MURID TAHUN 6 SK TUN SAS

Program Outreach PRS Zon Selatan - SM Sains Muzaffar Shah bersama Murid-murid tahun 6 SK Tun Sas telah diadakan pada 25 Mac 2015 di Pusat Sumber SK Tun Sas.

Seramai 12 orang Pembimbing Rakan Sebaya dari SM Sains Muzaffar Shah telah hadir dan menjalankan aktiviti bersama-sama murid Tahun 6.





Jumaat, 13 Mac 2015

PENGANUGERAHAN SK TUN SAS SEBAGAI SEKOLAH BAND 1 - 2015

SK Tun Sas telah dianugerahkan sebagai sekolah Band 1 - 2015 . Majlis penganugerahan dan penyampaian sijil penghargaan telah diadakan pada 4 Mac 2015 di Dewan Bistari,Jabatan Pendidikan Melaka semasa Perhimpunan Bulanan JPM .

Tn. Hj.Adam bin Hj Mohammad , Guru Besar SK Tun Sas telah hadir dan menerima Sijil Penghargaan Band 1 ini.Majlis penyampaian Sijil Penghargaan telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia,Datuk Hj.Mohd Rashid bin Hj.Hussin,Pengarah Pendidikan Melaka.



TAHNIAH BUAT SEMUA WARGA SK TUN SAS...

Jumaat, 6 Mac 2015

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM JOM SOLAT 2015

Panitia Pendidikan Islam yang diketuai oleh Pn.Masbah binti Jahaffar telah mengadakan Majlis Pelancaran Program Jom Solat pada hari ini.
Program Jom Solat ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Tn.Hj.Adam bin Hj Mohammad,Guru Besar SK Tun SAS di Dataran Tun Tuah.
 
Program dimulakan dengan Bacaan Surah Yassin dan diikuti dengan penyampaian Sijil Pelantikan Imam dan Bilal oleh Tuan Guru Besar.





PROMOSI PROGRAM I-THINK 2015

Jawatankuasa Program I-Think SK Tun Sas telah mengadakan satu promosi tentang peta pemikiran I-Think kepada semua murid Tahun 1 pada 5 Mac 2015 ( Khamis ) di Bilik I Think SK Tun SAS.

Semasa program promosi ini semua murid Tahun 1 telah didedahkan dengan peta pemikiran I-Think untuk digunapakai semasa pembelajaran di dalam kelas.

Program Promosi I Think ini dikendalikan oleh Pn. Aziyah binti Surip dan Pn. Latifah binti Mohd Ali.















UJIAN SARINGAN PERMATA PINTAR UKM1 TAHUN 2015


 UJIAN UKM1 ini adalah dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sesuai digunakan untuk menyaring darjah kecerdasan (IQ) pelajar dari umur 8 hingga 15 tahun yang dijalankan sejak tahun 2009. Ujian terbuka ini boleh diambil mulai 1 Februari hingga 31 Mei setiap tahun . Ujian ini adalah sebahagian usaha pencarian dan pengurusan bakat intelek semula jadi dalam yang dikendalikan oleh Pusat PERMATApintar Negara http://www.ukm.my/permatapintar dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia http://www.moe.gov.my, Jabatan Pedidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Sekolah, dan Maktab Rendah Sains Mara.
Ujian UKM1 merupakan ujian saringan pertama untuk menyertai program-program berikut:
1) Program Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATApintar UKM-JHU (untuk pelajar 9-15 tahun/Tingkatan 3 pada 2015)
2) Program PERMATA Insan Universiti Sains Islam Malaysia (untuk pelajar 8 tahun / Darjah 2 pada tahun 2015 dan beragama Islam)
3) Kolej PERMATApintar ASAS 1 2015 di UKM (untuk pelajar 11-12 thn pada tahun 2015)
4) Kolej PERMATApintar TAHAP 1 2015 di UKM (untuk pelajar 14-15 thn pada 2015)

Ujian dalam talian ini adalah percuma dan boleh diambil terus tanpa halangan birokrasi di sekolah, rumah dan lain-lain tempat yang mempunyai kemudahan Internet dengan membuka alamat http://ukm1.permatapintar.edu.my/default.01.aspx. Pelajar hanya perlu tahu perkara-perkara asas penggunaan komputer seperti menggunakan tetikus dan papan kekunci. Sekiranya pelajar berhenti atau talian terputus, maka pelajar boleh menyambung semula ujian di waktu yang lain sehingga tamat. Pelajar telah menamatkan ujian boleh mendapatkan Sijil Penyertaan Ujian Pencarian Bakat UKM1 Peringkat Kebangsaan Tahun 2015. Sila masukkan nombor mykad/mykid anda di laman web http://ukm1.permatapintar.edu.my/default.01.aspx . Sila pastikan kod sekolah adalah betul sebelum dicetak. Pelajar juga boleh mengemaskini maklumat dan mencetak semula sijil penyertaan jika terdapat kesilapan di alamat http://pelajar.permatapintar.edu.my

NOTA PENTING

1. Bagi pelajar yang pernah mengambil ujian UKM1 pada tahun-tahun yang lepas, setelah memasukkan nombor mykad/mykid, anda hanya perlu mengemaskini maklumat pelajar, maklumat sekolah (jika berpindah sekolah) dan maklumat keluarga (supaya pihak pengurusan PERMATApintar, KPM/JPN/PPD dapat menghubungi keluarga pelajar bagi urusan ujian UKM2 dan tawaran ke program perkhemahan cuti sekolah).
2. Perlu diingatkan bahawa pelajar tidak dibenarkan mendapatkan bantuan dari orang lain semasa menjawab soalan dalam ujian saringan ini. Pelajar hanya dibenarkan mengambil ujian saringan ini sekali sahaja. Pelajar perlu memasukkan maklumat peribadi, sekolah dan ibu bapa atau penjaga sebelum memulakan ujian saringan ini. Ibubapa, penjaga atau guru dibenarkan membantu pelajar untuk memasukkan maklumat pelajar, sekolah dan ibu bapa atau penjaga sahaja. Sekiranya orang dewasa yang membuatkan ujian ini untuk pelajar dan pelajar berjaya untuk menduduki UKM2, orang dewasa telah menganiaya pelajar berkenaan dan juga menyusahkan pihak kami mengaturkan sesi ujian dan pusat ujian. Setiap tahun kami dapati ada beberapa pelajar tidak dapat melakukan ujian UKM2 termasuk tidak tahu menggunakan komputer. Setelah ditemu bual, pelajar memberitahu bahawa mereka tidak pernah mengambil ujian UKM1; ujian dibuat oleh orang lain. Kami juga dapat mengesan ada guru yang membuat ujian ini untuk pelajar.
3. Terdapat aduan yang pihak kami terima iaitu mengambil masa yang lambat untuk mengakses laman ujian ini. Server ujian sentiasa dipantau penggunaannya dengan jumlah pengguna yang bersesuaian. Jika terdapat kelambatan mengakses, ia berkemungkinan kelajuan internet di sekolah yang menghadapi masalah kerana ia boleh menampung beberapa pengguna serentak dalam sekolah berkenaan.
4. Terdapat panggilan telefon kepada kami. Pihak kami amat menghargai jika sebarang kemusykilan atau pertanyaan diajukan melalui emel permatapintar@ukm.my kerana komunikasi ini direkodkan dan pihak kami akan memanjangkan kepada pihak lain yang dipertanggungjawabkan.

 SEMUA MURID TAHUN 1 HINGGA 6 DIGALAKKAN UNTUK MENDUDUKI UJIAN PERMATA UKM1 INI.
SILA LAYARI LAMAN SESAWANG : http:www.ukm1.permatapintar,edu.my/default.01.aspx


Khamis, 5 Mac 2015

KEJOHANAN GOLF MSSNM 2015

Kejohanan Golf MSSNM telah berlangsung pada 4-5 Mac 2015 di Ayer Keroh Country Club. Pasukan Golf SK Tun SAS telah menyertai kejohanan ini.

KEPUTUSAN PENUH



Kategori Bawah 12 Perempuan
JOHAN (EMAS):
 Nur Ainna Hidayah Borhan
 6 Kenanga

Kategori Bawah 10 Lelaki
JOHAN (EMAS):
Muhammad Iman b Muhd Shahidi
4 Kekwa

NAIB JOHAN (PERAK)
Wan Hasnul Daniel b Wan Omar Zahdi
4 Kenanga

Kategori Bawah 10 Perempuan
NAIB JOHAN (PERAK)
Nuril Huril Ain bt Selamat
3 Kesturi

Kategori Biginner
Crazy Putting Challenge
TEMPAT KE-5 (GANGSA)
Nurul Izzah Aliah bt Nazmi
5 Kesidang


TAHNIAH KEPADA PASUKAN GOLF SK TUN SAS....
TERUSKAN KECEMERLANGAN







Rabu, 4 Mac 2015

PERLAKSANAAN UJIAN PRESTASI 1 BAGI TAHUN 4,5 DAN 6




KEJOHANAN SKUASY MSSM 2015

Kejohanan Skuasy MSSM 2015 telah diadakan pada 2 dan 3 Mac 2015 bertempat di Kompleks Skuasy Hang Jebat .Sebanyak 14 buah sekolah menengah dan 19 buah sekolah rendah telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini.

Majlis penyampaian hadiah dan medal telah diadakan pada 3 Mac 2015 . Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia, En. Rosli bin Abas,Penyelia Kanan Unit Sukan ,Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.























MAJLIS PENGAGIHAN BANTUAN KWAPM 2015

Majlis pengagihan bantuan KWAPM 2015 telah diadakan pada 18 Februari 2015 yang lalu di Pusat Sumber SK Tun SAS.
Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia,Tn.Hj.Arif bin Hj.Yusa,Pengerusi JAPERUN Ayer Keroh merangkap Pengerusi PIBG SK Tun SAS.












MAJLIS PELANCARAN NILAM 2015

Majlis Pelancaran Nilam 2015 peringkat sekolah telah diadakan pada 2 Mac 2015 ( Isnin ) semasa perhimpunan rasmi mingguan. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia,Encik Mohamad bin Musip,Pegawai SISC + Bahasa Melayu  PPD Melaka Tengah merangkap Munsyi Dewan DBP.

Semasa  majlis perasmian Encik Mohamad bin Musip telah membacakan gurindam yang berbunyi

          Aduhai Anak Didikku
          Hidup Kita Mesti Berilmu
          Rajinlah Kamu Membaca Buku
          Setiap Hari Jangan Jemu

          Rajin Membaca Tidaklah Rugi
          Banyak Ilmu Yang Kita Dapati
          Masa Terjaga Elok Sekali
          Perangai Kita Elok Dicontohi

dan seterusnya dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim beliau telah merasmikan Program Nilam peringkat sekolah bagi tahun 2015.

Ucapan penghargaan dan terima kasih atas kesudian En.Mohamad bin Musip untuk hadir dan merasmikan program ini.