Sabtu, 9 Februari 2013

SEKITAR PROGRAM PEMUAFAKATAN IBUBAPA TAHUN 6 - 2013

Program Permuafakatan Ibubapa Tahun 6 telah diadakan pada hari ini di Pusat Sumber,SK Tun Sas.
Ianya dihadiri oleh semua ibubapa murid tahun 6.
Majlis juga diserikan dengan kehadiran En. Raidee b. Hj. Baharom, Naib Yang Dipertua ,PIBG, SK Tun Sas.

Tn. Hj. Safie b. Hj Jaafar, Guru Besar,SK Tun Sas membentangkan Program Kecemerlangan UPSR 2013 untuk makluman semua ibubapa.





Isnin, 4 Februari 2013

PEMASANGAN PERKHIDMATAN 1BESTARINET KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Pihak YTL Communication Sdn. Bhd. telah membuat pemasangan pakej 1BESTARINET di beberapa tempat strategik dalam kawasan SK Tun Sas.

Wakil syarikat tersebut telah datang ke sekolah dan membuat ujian serta membuat pemasangan untuk pakej 1BESTARINET di SK Tun Sas.

Dengan pemasangan ini warga SK Tun Sas akan dapat menggunakan internet dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di Bilik Komputer SK Tun Sas.






Sabtu, 2 Februari 2013

PROGRAM MOTIVASI MURID TAHUN 6 SIRI 1/2013

Program Motivasi Murid Tahun 6 Siri 1/2013 telah diadakan di Pusat Sumber ,SK Tun Sas. Seramai 118 orang murid tahun 6 menghadiri program ini.

Program Motivasi ini dikendalikan oleh Nazlela Training . Untuk siri pertama ini murid-murid didedahkan dengan teknik belajar secara sistematik beserta azam dan tekad yang perlu ada di kalangan semua murid Tahun 6 dalam menghadapi UPSR.

Program yang diuruskan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Tun Sas ini dihadiri juga oleh semua guru-guru tahun 6..
Ianya bermula dari jam 8.00 pagi dan berakhir pada 12.30 tengahari.






MAKLUMAN PENGAMBILAN CUTI PERISTIWA DAN CUTI BERGANTI BERSEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA 2013