Sabtu, 15 Julai 2017

PROGRAM MENCARI BAKAT BOLASEPAK - KEJOHANAN BOLASEPAK 5 SEBELAH BAWAH 8 TAHUN 2017

Kelab Bolasepak SK Tun SAS telah mengadakan Program Mencari Bakat Bolasepak dengan mengadakan Kejohanan Bolasepak 5 sebelah bawah 8 tahun.

Kejohanan telah diadakan pada 15 Julai 2017 di padang SK Tun SAS. Tujuan utama ialah untuk mencari bakat-bakat semulajadi bolasepak di kalangan murid-murid Tahun 2 .

Majlis penyampaian medal telah disempurnakan oleh Yang Berusaha,En. Faisal bin Sharif,Pemangku GPK Kokurikulum SK Tun SAS.

TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA.












Rabu, 21 Jun 2017

MAJLIS SUMBANGAN ZAKAT DAN BANTUAN SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI DARIPADA TM MELAKA

Majlis Sumbangan Zakat dan Bantuan sempena Hari Raya Aidilfitri daripada pihak TM Melaka telah diadakan di Dewan Tun Fatimah,SK Tun SAS.
Majlis telah disempurnakan penyerahan bantuan oleh Tn.Hj.Adam bin Hj.Mohammad,Guru Besar SK Tun SAS. Ia turut dihadiri oleh barisan GPK SK Tun SAS.