Jumaat, 23 Oktober 2020

TAKMIL DAN LITERASI AL-QURAN 2020 - 23 OKTOBER 2020

 





 

 

PENANGGUHAN PROGRAM/AKTIVITI SUKAN,KOKURIKULUM,SEMINAR,BENGKEL SERTA AKTIVITI LAIN SELAIN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SECARA BERSEMUKA


 Assalamualaikum dan salam sejahtera

Perhatian :Ibu/bapa/penjaga SK Tun SAS

Perkara : PENANGGUHAN AKTIVITI SUKAN DAN KOKURIKULUM

Merujuk surat dari Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Sektor Operasi Sekolah, KPM ( Rujukan KPM.100-1/3/1 Jld. 3(92) bertarikh 21 Oktober 2020, penangguhan bagi semua aktiviti adalah melibatkan semua aktiviti perjumpaan mingguan, bengkel, seminar, program & pertandingan secara bersemuka yg melibatkan guru & murid.

Oleh itu, kokurikulum pada hari Selasa ditangguhkan. Murid- murid tahap 2 akan menggunakan jadual sebelum ini. Murid-murid tahap 2 juga dibenarkan untuk mengikut adik Tahap 1 pulang.

Terima Kasih


#kitajagakita

 

 

TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA ADIK MUHAMMAD RAFEEYLMAN BIN MOHD FAUZI - 4 KENANGA

 

 

 
 Nama Murid: Muhammad Raffeeylman bin Mohd Fouzi
Kelas: 4 Kenanga (10 Tahun)
Nama Sekolah: SK Tun Syed Ahmad Sahabudin, Melaka
Taju  Puisi: Buku Gedung Ilmu

Kau begitu istimewa buatku,
Tanpamu hidupku umpama si buta,
Perjalanan hidupku tidak menentu,
Tanpa arah dan hala tuju.

Lalu kau pandu ku satu persatu,
Bagai pelita menerangi hidupku,
Bersamamu hidupku terpandu,
Nyata kau cahaya hidupku.

Aku membesar bersamamu saban waktu,
Setiap baris ayatmu  memberikan pengetahuan baru padaku,
Lakaran gambarmu ternyata mencuit pandanganku,
Kata-katamu yang penuh bermakna mendewasakan ku.

Saban waktu ku selak satu persatu
Ketika aku rasa ingin tahu sesuatu
Ketika rasa bosan membelengu
Kau setia menjadi penemanku tanpa jemu.

Ilmu mu terbentang seluas bumi dan lautan,
Ternyata dikau harta yang tidak ternilai,
Terima kasih buku atas segala jasamu,
Benarlah kata pepatah ‘ Membaca Jambatan Ilmu’

#PuisiMembacaMBKM
#MajlisBukuKebangsaanMalaysia
#sktunsas

Isnin, 19 Oktober 2020

PERTANDINGAN ' ESSAY WRITING SEKOLAH RENDAH ' TEMASYA BAHASA 2020

 Tahniah buat Adik Asha Zahra binti Ahmad berjaya menjadi JOHAN dalam Pertandingan  "Essay Writing " sempena Temasha Bahasa 2020.




HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MELAKA TENGAH 2020

Hari Anugerah Kecemerlangan Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah 2020 telah diadakan pada 9 Oktober 2020 jam 8.00 pagi di Hotel Mudzafar,Ayer Keroh, Melaka.
Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Muhammad Nizar bin Manshor,Ketua Jualan Runcit Wilayah Selatan 1, Petronas Dagangan Berhad.

SK Tun SAS telah menerima beberapa anugerah iaitu :

1. Pencapaian Koakademik Peringkat Kebangsaan 
2. Anugerah Pengurusan Prasekolah Terbaik 


TAHNIAH.... SK TUN SAS

SK TUN SAS ... MENJANA INSAN TERBILANG










Rabu, 7 Oktober 2020

PERTANDINGAN MENCIPTA SAJAK PERINGKAT NEGERI MELAKA ANJURAN PSS SERI ILMU & JABATAN PENDIDIKAN MELAKA 2020

Pertandingan Mencipta Sajak peringkat negeri Melaka anjuran PSS Seri Ilmu & Jabatan Pendidikan Melaka telah diadakan pada 14 April 2020 hingga 24 April 2020.

Adik Irdina Ilmuna binti Lokman telah berjaya mendapat Naib Johan dalam pertandingan ini.

Adik Muhammad Raffeeyl mendapat tempat Ketiga...

TAHNIAH BUAT ADIK IRDINA DAN ADIK MUHAMMAD RAFFEEYL....

 



 


 

PERTANDINGAN KUIZ PPIM SECARA ATAS TALIAN PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA PERHUBUNGAN NEGERI MELAKA 2020

Tahniah buat Adik Irdina Ilmuna binti Lokman dan Adik Nur Husna Sakinah binti Lokman berjaya mendapat Anugerah Emas Kategori Sekolah Rendah dalam Pertandingan Kuiz PPIM Secara Atas Talian Pergerakan Puteri Islam Malaysia Perhubungan Negeri Melaka tahun 2020

TAHNIAH...





Ahad, 4 Oktober 2020

KEJOHANAN MEMANAH TERTUTUP MELAKA 2020

 KEJOHANAN MEMANAH TERTUTUP MELAKA  2020


Tarikh    : 3 & 4 Oktober 2020
Tempat : Lapang Sasar Memanah MSN Melaka

Pencapaian:
Aniq Faris bin Azmin Fadli
6 Kekwa


Naib Johan 18Meter
Pusingan 1 & 2