Selasa, 23 April 2013

MAKLUMAN PERLAKSANAAN PEPERIKSAAN KENDALIAN SEKOLAH RENDAH (PKSR 1 ) 2013




MAJLIS PELANCARAN MINGGU i - THINK PERINGKAT SEKOLAH 2013

Majlis Pelancaran Minggu i-Think peringkat sekolah telah diadakan pada 22 April 2013 di Dataran Tun Tuah SK Tun Sas. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia,Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah, Ketua Bahagian,Unit Penyelidikan dan Pembangunan Kreativiti,Inovasi dan Pengkomersialan, Jabatan Ketua Menteri Melaka.

Majlis juga dihadiri oleh En. Ali Azizan ,Pegawai PPD Melaka Tengah.








Sabtu, 13 April 2013

SEKITAR PROGRAM KEPIMPINAN PEMIMPIN PELAJAR 2013

Program Kepimpinan Pemimpin Pelajar SK Tun Sas telah diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka,Ayer Keroh hari ini di mana ianya melibatkan 105 pemimpin pelajar SK Tun Sas.
Program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan Kaunseling dan Badan Pengawas SK Tun Sas ini dikendalikan oleh Nur Insani Consultancy bermula dari jam 7.30pagi dan berakhir pada jam 6.00petang.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia,En. Ramli bin Mohd Ali, Ketua Pegawai Eksekutif,Melaka Invest Berhad . Turut hadir ialah GPK Pentadbiran SK Tun Sas, GPK HEM SK Tun  Sas dan GPK Ko Kurikulum SK Tun Sas.





Ucapan aluan dari Tn. Hj. Safie Hj. Jaafar,
Guru Besar SK Tun Sas. 



Ucapan Perasmian Penutup daripada En. Ramli bin Mohd Ali, Ketua Pegawai Eksekutif , Melaka Invest Berhad. 





Penyampaian sijil kepada Ketua Pengawas,SK Tun Sas. 

Sabtu, 6 April 2013

MAKLUMAN CUTI PERISTIWA PADA 8 APRIL 2013

Untuk makluman semua murid , sempena dengan Majlis Perasmian SK Tun Sas dan Karnival Inspirasi Tun 2013 sekolah akan bercuti pada 8 April 2013 ( Isnin ).

Semua murid akan bersekolah semula pada 9 April 2013 ( Selasa ) .
Harap maklum. 

SEKITAR MAJLIS PERASMIAN SK TUN SYED AHMAD SHAHABUDIN

Majlis Perasmian SK Tun Syed Ahmad Shahabudin telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam , Ketua Menteri Melaka pada hari ini 6 April 2013.
Majlis juga diserikan dengan kehadiran Tuan Pengarah Pelajaran Melaka, Tuan Haji Kasim bin Mohamad, Pegawai Pelajaran Daerah Melaka Tengah,En. Osman bin Sagap dan wakil Ketua Sektor dari Jabatan Pelajaran Melaka.

Sempena dengan majlis perasmian ini juga diadakan Karnival Inspirasi Tun 2013 dimana pelbagai aktiviti jualan, pameran badan kerajaan dan aktiviti sukan diadakan.









 

Rabu, 3 April 2013

JEMPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN SEKOLAH KEBANGSAAN TUN SYED AHMAD SHAHABUDIN DAN KARNIVAL INSPIRASI TUN 2013

SALAM 1 MALAYSIA,SALAM MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG,NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU,MELAKA 751 TAHUN

SELURUH WARGA SK TUN SAS MENJEMPUT SEMUA IBUBAPA/PENJAGA MURID DAN PENDUDUK TAMAN TASEK UTAMA ,AYER KEROH UNTUK HADIR KE MAJLIS PERASMIAN SEKOLAH KEBANGSAAN TUN SYED AHMAD SHAHABUDIN PADA :

                              TARIKH        :  6 APRIL 2013
                               HARI            :  SABTU
                              TEMPAT        :  DATARAN TUN TUAH,SK TUN SAS
      DISEMPURNAKAN OLEH :  YAB DATUK SERI HAJI MOHD ALI BIN MOHD RUSTAM
                                                        KETUA MENTERI MELAKA.

       


PENJUALAN DAN PENGAGIHAN KUPON KARNIVAL INSPIRASI TUN 2013

Kupon Karnival Inspirasi Tun 2013 anjuran SK Tun Syed Ahmad Shahabudin bersama PIBG SK Tun Sas akan mula dijual dan diagihkan pada 5 April 2013 ( Jumaat ).
Karnival ini adalah sempena perasmian Sekolah Kebangsaan Tun Syed Ahmad Shahabudin yang akan disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam,Ketua Menteri Melaka.

Kupon ini juga akan dijual semasa karnival ini berlangsung di kaunter Urusetia Karnival.
Datanglah beramai-ramai untuk memeriahkan karnival yang julung kali diadakan ini.

CONTOH KUPON 

Selasa, 2 April 2013

ENGLISH WEEK ACTIVITIES - 2nd April 2013 ( Tuesday )

MORNING SESSION

Action Song  - Year 2




EVENING SESSION - DURING CO-CURRICULAR ACTIVITIES

Choral Speaking - Year 4,5 and 6







Isnin, 1 April 2013

ENGLISH WEEK OF SK TUN SAS 2013

The English Committee of SK Tun Sas held an English Week beginning from 1st April 2013 to 5th April 2013.
The opening ceremony was officially opened by the Headmaster of SK Tun Sas,Tn. Hj. Safie Hj. Jaafar during the formal assembly this morning at Dataran Tun Tuah.

The Head of English Committee Pn. Linda De Costa also gave a speech during the assembly.
There are a lot of activities  held during the English Week and there are :

1. Colouring Contest  - Pra Sekolah/Pendidikan Khas
2. Nursery Rhymes    -  Year 1
3. Action Song          -   Year 2
4. Spelling Bee          -   Year 3
5. Choral Speaking   -   Year 4, 5 and 6