Khamis, 30 April 2015

TAHNIAH KEPADA PASUKAN MEMANAH SK TUN SAS 2015

Pasukan Memanah SK Tun SAS telah berjaya mewakili negeri Melaka di peringkat kebangsaan di Kejohanan Memanah MSSM .

Tahniah buat ketiga-tiga murid SK Tun SAS yang berjaya ...
Tahniah juga kepada guru pengiring semasa kejohanan peringkat negeri Melaka .


Selasa, 28 April 2015

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK TUN SAS KALI KE 5


SEKITAR KEJOHANAN PETANQUE PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI MELAKA

Pasukan Petanque Program Pendidikan Khas Integrasi ( pembelajaran ) PPKI SK Tun SAS telah menyertai Kojohanan Petanque Pendidikan Khas peringkat negeri Melaka.

Adik Mohd Shamarul Haiqal bin Nizam telah berjaya mewakili kawasan Ayer keroh dalam kejohanan ini.

Tahniah diucapkan...


PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR PPKI 2015

Program Pendidikan Khas Integrasi ( Pembelajaran ) PPKI SK Tun SAS telah mengadakan satu lawatan sambil belajar di sekitar Bandaraya Melaka hari ini.
Program ini diharapkan akan dapat membuka minda murid berkeperluan khas dalam ;
* mengenalpasti potensi yang ada dalamdiri murid untukdijadikan sumber dorongan ke arah perkembangan sikap positif.
* mempertingkatkan kemahiran murid dalam pengurusan diri bagi pelbagai aspek terutamanya di luar lingkungan sekolah khasnya dan keluarga amnya.

Seramai 24 orang murid PPKI terlibat dengan lawatan sambil belajar ini. Tempat yang dilawati ialah Melaka River Cruise dan Oceanarium The Shore,Melaka.
Kesemua murid ini dikawalselia oleh guru-guru PPKI dan dibantu oleh pembantu pengurusan murid.
 

Sabtu, 25 April 2015

LDP I - THINK - SK AYER KEROH

JK I-Think SK Tun SAS telah menerima kunjungan daripada guru-guru SK Ayer Keroh dan mengadakan LDP I-Think pada hari ini di PSS SK Tun SAS.

Barisan JK Pemandu I-Think yang diketuai oleh Pn. Aziyah Surip telah memberikan penerangan tentang I-Think dan sesi perbengkelan I-Think daripada barisan Pemandu I-Think SK Tun SAS bersama guru-guru SK Ayer Keroh.





Tahniah buat JK I-Think SK Tun SAS yang ketuai oleh Pn.Aziyah Surip,Pn. Latifah Mohd Ali,Pn. Roslinda Md Jali,Pn. Zulfa Hadzir ,En. Syed Salleh Syed Ismail dan En. W. Mohd Shukri Wan Ahmad...

SEKITAR BENGKEL " SYOKNYA STUDY " DIKENDALIKAN OLEH JAZIM MOTIVATION GROUP

Program Bengkel Syoknya Study ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Tun SAS. Seramai
hampir 90 orang murid tahun 6 menyertai program ini.Program ini adalah sebahagian daripada Program Kecemerlangan Murid Tahun 6 untuk tahun 2015.

Program Bengkel Syoknya Study ini dikendalikan oleh pihak Jazim Motivation Agency,Melaka. 

Khamis, 23 April 2015

PROGRAM JOM MEMBACA 10 MINIT

Program Jom Membaca 10 minit telah dilancarkan oleh Tn.Hj. Adam bin Hj. Mohammad,Guru Besar SK Tun SAS di Dewan Tun Fatimah,SK Tun SAS tepat jam 10.00pagi
Program ini dikendalikan bersama oleh Panatia Bahasa Melayu dan Pusat Sumber Sekolah.


Selasa, 21 April 2015

MAJLIS PELANCARAN KEM MEMBACA 1MALAYSIA

Majlis Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia telah dilancarkan pada hari ini di Dataran Tun Tuah,SK Tun SAS semasa perhimpunan ringkas harian.

Majlis telah disempurnakan oleh En. Kamaruddin bin Abdul Majid,GPK Pentadbiran SK Tun SAS. Program ini dikendalikan oleh JK Pusat Sumber SK Tun SAS.







PROGRAM SEMINAR MOTIVASI : SYOKNYA STUDY 2015



Isnin, 20 April 2015

PELANCARAN MINGGU MATEMATIK 2015

Majlis Perasmian Pelancaran Minggu Matematik 2015 telah diadakan di Dataran Tun Tuah,SK Tun SAS semasa majlis perhimpunan rasmi mingguan.
Majlis telah disempurnakan oleh Tn.Hj. Adam bin Hj. Mohammad,Guru Besar,SK Tun SAS. Pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang minggu Matematik ini.

Antaranya ialah :

1. Bijak Sifir
2. Nombor Tersembunyi
3. Sambungkan Nombor
4. Kira Cepat
5. Bijak I-Think 2 Dimensi
6. Tangram
7. Jualan Kad Sifir
8. I-Think KAMI

Program yang dirancang oleh Panitia Matematik SK Tun SAS ini adalah untuk menarik minat murid terhadap bidang Matematik disamping untuk memahirkan murid dalam Matematik

PERLAKSANAAN UJIAN PENGESANAN 2 -TAHUN 6 SAHAJA BAGI TAHUN 2015



Sabtu, 18 April 2015

KEM BADAN BERUNIFORM 2015

Kem Badan Beruniform 2015 telah dijalankan di SK Tun SAS pada hari ini. Kem yang melibatkan sebahagian murid tahun 4 dan 5 ini adalah untuk memberikan pendedahan asas mengenai perkara-perkara yang perlu diketahui semasa aktiviti perkhemahan dijalankan.

Tn. Hj. Adam bin Hj. Mohammad,Guru Besar SK Tun SAS telah merasmikan Program Kem Badan Beruniform ini di Dewan Tun Fatimah,SK Tun SAS.

Majlis penyampaian hadiah pula telah disempurnakan oleh En. Kamaruddin bin Abdul Majid,GPK Pentadbiran SK Tun SAS. Turut hadir bersama ialah Pn. Rahayu binti Mohd Thith,GPK Kokurikulum SK Tun SAS dan semua Penyelaras Unit Beruniform SK Tun SAS.







 

' ENGLISH WRITING WORKSHOP ' BERSAMA MOMMY DEEBA

Program " English Writing Workshop " bersama Mommy Deeba telah dijalankan di Pusat Sumber SK Tun SAS pada hari ini. Program ini teleh disempurnakan perasmiannya oleh Tn. Hj. Adam bin Hj. Mohammad,Guru Besar SK Tun SAS.

Bengkel ini dijalankan oleh Puan Adibah binti Mohd Khalid iaitu Guru Cemerlang Bahasa Inggeris Negeri Johor. Beliau juga adalah seorang Guru Besar di SK Bukit Rahmat,Ledang,Johor.