Isnin, 13 April 2015

PELANCARAN DAN MINGGU KESEDARAN PENCEGAHAN JENAYAH 2015

Majlis perasmian Pelancaran dan Minggu Kesedaran Pencegahan Jenayah 2015 telah diadakan di Dataran Tun Tuah,SK Tun SAS pada hari ini semasa perhimpunan rasmi sekolah.

Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia,Tuan Suprintenden Rabuan bin Pit, Ketua Jabatan Pengurusan , Ibupejabat Polis Kontinjen Melaka.
Turut hadir bersama ialah Tn. Hj. Mohd Arif bin Hj Yusa, Pengerusi JAPERUN Ayer Keroh merangkap Yang Dipertua PIBG SK Tun SAS.

Minggu Kesedaran Pencegahan Jenayah ini adalah bertemakan " Hidup Cemerlang Tanpa Jenayah " dan pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang berlangsungnya minggu ini.
Pada majlis ini juga telah dilancarkan Skuad Cegah Jenayah yang terdiri daripada murid-murid SK Tun SAS.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan