Sabtu, 18 April 2015

KEM BADAN BERUNIFORM 2015

Kem Badan Beruniform 2015 telah dijalankan di SK Tun SAS pada hari ini. Kem yang melibatkan sebahagian murid tahun 4 dan 5 ini adalah untuk memberikan pendedahan asas mengenai perkara-perkara yang perlu diketahui semasa aktiviti perkhemahan dijalankan.

Tn. Hj. Adam bin Hj. Mohammad,Guru Besar SK Tun SAS telah merasmikan Program Kem Badan Beruniform ini di Dewan Tun Fatimah,SK Tun SAS.

Majlis penyampaian hadiah pula telah disempurnakan oleh En. Kamaruddin bin Abdul Majid,GPK Pentadbiran SK Tun SAS. Turut hadir bersama ialah Pn. Rahayu binti Mohd Thith,GPK Kokurikulum SK Tun SAS dan semua Penyelaras Unit Beruniform SK Tun SAS.







 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan