Khamis, 31 Oktober 2013

PROGRAM BATIK WARISAN 2013

Program Batik Warisan 2013 telah diadakan di Dewan Tun Fatimah, SK Tun Sas pada hari ini. Program ini melibatkan semua murid tahun 6. Ianya adalah sebahagian daripada aktiviti selepas UPSR yang telah dirancangkan oleh Panitia Pendidikan Seni Visual,SK Tun Sas.

Program telah dikendalikan oleh pihak Melaka Batik House. Murid-murid diajar cara-cara mencanting batik dengan menggunakan peralatan yang disediakan.









PEMBERIAN SUMBANGAN SEMPENA DEEPAVALI 2013

JK Kebajikan Murid SK Tun Sas telah memberikan sumbangan sempena perayaan Deepavali kepada murid berketurunan India .
Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berusaha, Tn. Hj. Adam bin Hj. Muhammad, Guru Besar SK Tun Sas semasa perhimpunan ringkas pagi ini.

Seluruh warga SK Tun Sas mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada semua ..





Khamis, 3 Oktober 2013

PROGRAM BAKTI SISWI SEMAIAN BUDI ,SEMARAK KASIH

Program Bakti Siswi Semaian Budi , Semarak  Kasih bersama murid-murid Tahun Enam SK Tun Sas telah dijalankan pada hari ini. Ianya bermula dari jam 8.00 pagi hingga 1.00tgh

Program ini dianjurkan oleh Kelab Siswi Mahabbah dengan kerjasama Unit Ko Kurikulum IPG Kampus Perempuan Melayu adalah untuk memenuhi proforma kursus WAJ1313 iaitu Kelab dan Persatuan. Ianya bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara guru pelatih dengan komuniti.
Ianya juga ialah untuk memberi pendedahan kepada ahli Kelab Siswi Mahabbah untuk menyelenggara sesebuah program dan seterusnya menguruskan pentadbiran dalam organisasi.





PROGRAM GERAK TARI 1MALAYSIA SK TUN SAS 2013

Program Gerak Tari 1Malaysia Pra Sekolah telah berjaya dijalankan pada 1 Oktober 2013 (Selasa) di Dataran Tun Tuah.
Seramai 50 orang murid Pra Sekolah SK Tun Sas melibatkan diri dalam program ini. Program ini dijalankan serentak 1Malaysia .