Rabu, 27 Ogos 2014

PROGRAM "PEER ASISTED LEARNING " ANJURAN BRIGHTON EDUCATION

Program " Peer Asisted Learning " anjuran Brighton Education telah diadakan di PSS SK Tun Sas pada 26 Ogos 2014 ( Selasa ).
Program ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Berhormat Tuan P. Kamalanathan ,Timbalan Menteri Pendidikan II. Majlis perasmian juga dihadiri oleh wakil daripada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian , Tuan Pengarah Pendidikan Melaka serta pegawai-pegawai daripada Jabatan Pendidikan Melaka.

Program ini melibatkan semua guru-guru Bahasa Inggeris di negeri Melaka dalam Daerah Jasin,Alor Gajah dan Melaka Tengah.



  

PELANCARAN BULAN I THINK 2014

Majlis Pelancaran Bulan I Think SK Tun Sas 2014 telah diadakan di Dataran Tun Tuah pada 25 Ogos 2014. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia, Prof. Dr. Hj. Shahrin Sahib, Naib Canselor,Universiti Teknikal Melaka Malaysia ( UTeM )
Hadir bersama semasa majlis tersebut ialah Tn. Hj. Arif Yusa, Yang Dipertua PIBG SK Tun Sas bersama Ahli Jawatankuasa PIBG.





  

Sabtu, 23 Ogos 2014

RHB New Straits Times Spell It Right Challenge peringkat Negeri Melaka 2014

Panitia Bahasa Inggeris telah menyertai RHB New Straits Times Spell It Right Challenge peringkat negeri Melaka yang berlangsung di Pusat Membelibelah Mahkota Parade,Banda Hilir pada hari ini . Seramai 5 orang peserta telah menyertai pertandingan ini dan pasukan SK Tun Sas telah berjaya mendapat tempat ke 3. lebih daripada 100 orang murid sekolah rendah negeri Melaka meyertai pertandingan ini.

Keputusan rasmi adalah seperti berikut :

Tempat pertama : SK Alai
Tempat kedua : SJK(c) Yu Ying
Tempat ketiga : SK Tun Sas.

Adik Muhd Nazim dari tahun 4 Kenanga adalah antara 10 orang yang telah berjaya memasuki peringkat akhir dan mendapat tempat ketiga dengan membawa hadiah RM1000 dan sijil penyertaan.

Tahniah buat ibubapa Adik Muhd Nazim yang telah memberikan semangat dan tunjukajar sehingga berjaya mendapat tempat antara 10 yang terbaik.

Tahniah juga kepada Pn. Linda De Costa - Ketua Panitia Bahasa Inggeris dan semua guru-guru Bahasa Inggeris yang memberikan sokongan .

SK Tun Sas " Menjana Insan Terbilang  "    



Selasa, 19 Ogos 2014

MAJLIS PELANCARAN CERIA MERDEKA 2014

Majlis Pelancaran Ceria Merdeka 2014 telah diadakan pada hari ini semasa perhimpunan rasmi di Dataran Tun Tuah.
Majlis telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Adam bin Hj. Mohammad,Guru Besar SK Tun Sas. Semasa berucap merasmikan majlis ini, Tn. Hj. Adam memaklumkan agar semua warga SK Tun Sas menghargai kemerdekaan yang telah dicapai oleh negara kita.
Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 57 ini bertemakan Malaysia : Disini Lahirnya Sebuah Cinta ini hendaklah dihayati maksudnya agar semua warga SK Tun Sas dapat mengekalkan dan menghargai jasa pemimpin-pemimpin yang telah berjuang mencapai kemerdekaan.

Semasa pelancaran ini , Tn. Hj. Adam telah mewarnakan bendera Jalur Gemilang sebagai gimik pelancaran Ceria Merdeka 2014.
Program yang dianjurkan oleh Panatia Sivik dan Kewarganegaraan SK Tun Sas ini telah menyediakan pelbagai aktiviti sepanjang Bulan Merdeka ini.


Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !







Jumaat, 15 Ogos 2014

SEKITAR JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI SK TUN SAS DAN JAMUAN PERSARAAN PN MUSLIHAT CHE JAAFAR

Jamuan Sempena Hari Raya Aidilfitri dan Persaraan Pn. Muslihat Che Jaafar telah diadakan di Restoraan Tom Yam Klasik .
Majlis Hari Raya Aidilfitri dan Persaraan Pn. Muslihat Che Jaafar ini telah dihadiri oleh semua warga pendidik dan staf sokongan SK Tun Sas. Majlis telah diserikan dengan kehadiran Tn. Hj. Arif bin Yusa,YDP PIBG SK Tun Sas, wakil pengusaha kantin SK Tun Sas dan wakil pengusaha Kedai Buku SK Tun Sas.




Isnin, 11 Ogos 2014

MAJLIS PELANCARAN BULAN KECERGASAN 2014

Majlis Pelancaran Bulan Kecergasan SK Tun Sas 2014 telah diadakan di Dataran Tun Tuah semasa perhimpunan rasmi hari ini.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Adam bin Hj Mohammad,Guru Besar SK Tun Sas.
Bulan Kecergasan ini adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar 1 Murid 1 Sukan.
Ianya dapat menggalakkan pertumbuhan kanak-kanak yang cemerlang dari aspek,intelek,jasmani,rohani,emosi dan sosial.
Pelbagai aktivi dirancang semasa Bulan Kecergasan ini diadakan.Antaranya ialah Senamrobik,Pertandingan Bolasepak,Bola Jaring, Pertandingan Mewarna,Pameran Kesihatan,Ceramah Kesihatan dan Pemeriksaan Kesihatan.