Khamis, 26 Oktober 2017

TAHNIAH KEPADA WARGA SK TUN SAS BERJAYA MENDAPAT ANUGERAH SEMPENA MAJLIS ANUGERAH TEKNOPEN NEGERI MELAKA 2017

Majlis Anugerah TEKNOPEN Negeri Melaka 2017 telah diadakan di Auditorium IPD Jasin pada 26 Oktober 2017.
Majlis telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron,Ketua Menteri Melaka.

SK Tun SAS telah berjaya mendapat beberapa anugerah iaitu :

1.  Pn. Rodiah binti Seran, ANUGERAH KHAS ,Ketua Penolong Pengarah,Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka

2. Anugerah Sekolah Champion Vle - Pencapaian Cemerlang VLE Peringkat Negeri Melaka 2017

3. Pn. Rodiah binti Seran , NAIB JOHAN, Guru Admin VLE 2017,Kategori Sekolah Rendah Negeri
    Melaka 2017.

4. Anugerah Pencapaian 4 Bintang, Smart School Qualification Standards ( SSQS ) 2016

5. TEMPAT KETIGA , Pengurusan Makmal Komputer Sekolah 2017 Kategori Sekolah Rendah.

TAHNIAH BUAT SEMUA WARGA SK TUN SAS....







.

Khamis, 12 Oktober 2017

MAJLIS SUMBANGAN SEMPENA DEEPAVALI 2017

Majlis penyampaian sumbangan kepada murid-murid yang meraikan Deepavali 2017 telah diadakan semasa perhimpunan ringkas di Dataran Tun Tuah,SK Tun SAS

Bantuan sumbangan ini diberikan kepada murid-murid yang kurang berkemampuan dan anak yatim.
Majlis telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Adam bin Hj. Mohammad,Guru Besar SK Tun SAS.




Sabtu, 7 Oktober 2017

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SK TUN SAS DI BRINDLEY TRAINING & CAMPING ,KOMPLEKS UNITI PASIR PANJANG ,NEGERI SEMBILAN2017

Perkhemahan Unit Beruniform SK Tun SAS 2017 telah diadakan pada 6 Oktober 2017 hingga 8 Oktober 2017 di Brindley Training & Camp,Kompleks UNITI Pasir Panjang,Port Dickson,Negeri Sembilan.

Perkhemahan ini diadakan selama 3 hari 2 malam. Pelbagai aktiviti perkhemahan akan diadakan sepanjang program ini.

Majlis telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Adam bin Hj. Mohammad,Guru Besar,SK Tun SAS..



Rabu, 4 Oktober 2017

LAWATAN PENANDAARASAN DARIPADA MGB KUANTAN - 3 OKT 2017

SK Tun SAS telah menerima lawatan penandaarasan daripada pihak Majlis Guru Besar Kuantan,Pahang Darulmakmur pada 3 Oktober 2017.
Lawatan ini adalah terdiri daripada 45 orang Guru Besar Daerah Kuantan yang diketuai oleh Yang Berbahagia,Datuk Mohamed Sabri bin Mohd Arshad,Pengerusi MGB Kuantan dan barisan JK MGB Kuantan.

Turut hadir bersama ialah Tn. Hj. Adam bin Hj. Mohammad,Guru Besar SK Tun SAS, En. Mohd Ali bin Yusof , En. Hasbi bin Mamat ,Pegawai ICT PPD Melaka Tengah dan barisan GPK SK Tun SAS.

Semasa lawatan Tn. Hj. Adam bin Hj. Mohammad ,Guru Besar SK Tun SAS telah memberikan taklimat tentang aktiviti sekolah serta penerangan tentang  Program KBAT di SK Tun SAS.

Semua peserta lawatan juga telah berpeluang untuk  melawat ke Bilik KBAT SK Tun SAS 




   

PENYAMPAIAN HADIAH PASUKAN SENAMROBIK KELAB DOKTOR MUDA SK TUN SAS 2017




MAJLIS PENYAMPAIAN MEDAL SUKAN ELIT AKUATIK 2017


Isnin, 2 Oktober 2017

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN ( LDP ) - PERLAKSANAAN SKPMg2 2017

Latihan Dalam Perkhidmatan ( LDP ) telah diadakan pada hari ini di PSS SK Tun SAS dengan tajuk " Perlaksanaan SKPMg2 .
LDP ini telah disampaikan oleh Tn. Hj. Hassan Suboh,Pegawai SISC,PPD Melaka Tengah dan pegawai SIC+