Jumaat, 25 Julai 2014

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 2014

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI BUAT SEMUA IBUBAPA/PENJAGA DAN MURID-MURID SK TUN SAS...


SEKOLAH MULA BERCUTI PADA 26 JULAI 2014 HINGGA 3 OGOS 2014

SEKOLAH AKAN DIBUKA SEMULA PADA 4 OGOS 2014....




MAJLIS PERSARAAN PN. MUSLIHAT CHE JAAFAR - SEJAMBAK BUDI,SEHARUM KESTURI

Majlis Persaraan Wajib Pn. Muslihat Che Jaafar telah diadakan padahari ini di Dewan Tun Fatimah. Majlis telah diserikan dengan kehadiran Tn. Hj. Arif bin Yusa,YDP PIBG SK Tun Sas.

Turut hadir bersama ialah mantan guru-guru asal SK Tun Sas yang telah berpindah iaitu Pn. Rose Marina Mohd Said , GPK HEM SK Seri Duyung, Pn. Norbaini Hj Mohd Yussoff,GPK Ko Kurikulum,SK Kg. Tun Razak dan En. Mohd Yusof Abd Rahman,Penyelia Matematik,Jabatan Pelajaran Melaka.

Warga SK Tun Sas ingin mengucapkan selamat bersara dan selamat maju jaya kepada Pn. Muslihat.






Khamis, 17 Julai 2014

MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM I-THINK BIL 3/2014

Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Program I-Think Bil. 3/2014 telah diadakan di Bilik I-Think SK Tun Sas . Jawatankuasa Pelaksana Program I-Think SK Tun Sas terdiri daripada :

                         Pengerusi : Pn. Aziyah binti Surip
                         Setiausaha : En. W. Mohd Shukri bin Wan Ahmad
                          AJK Pelaksana :
                                 1. Pn. Samsinar binti Ani ( Bahasa Inggeris )
                                 2. Pn.Latifah Mohd Ali ( Bahasa Inggeris )
                                 3. Pn. Mala a/p Mahalingam ( Sains )
                                 4. En.Syed Salleh bin Syed Ahmad ( Sains )
                                 5. Pn. Nor Harizawati binti Rabin ( B. Melayu )
                                 6. Pn. Surayni binti Abd Sidek ( B. Melayu )
                                 7. Pn. Roslinda binti Md Jali ( Matematik )
                                 8. Tn. Hj. Adam bin Hj Mohammad ( Guru Besar,SK Tun Sas )
                                 9. En. Kamaruddin bin Abdul Majid ( GPK Pentadbiran )
                                10. Pn. Siti Mariam binti Abd Talib ( Sains )
                                11. Pn. Fazilah binti Yassin ( Matematik ) 








Selasa, 15 Julai 2014

PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR / SELARAS CO11 2014

Peperiksaan Percubaan UPSR / Selaras C011 2014 telah bermula mulai 15 Julai 2014 hingga 17 Julai 2014.
Semua murid tahun 6 akan menduduki peperiksaan ini.

Peperiksaan ini dijalankan mengikut seperti yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dan semua murid diberikan angka giliran semasa menduduki peperiksaan ini.

Mengikut Pn. Norli binti Abd Manap, Setiausaha Peperiksaan UPSR SK Tun Sas murid dilatih sebelum, semasa dan selepas masuk ke bilik peperiksaan. Ini adalah supaya murid dapat membiasakan diri dengan suasana peperiksaan yang sebenar.

Terima kasih atas kerjasama semua guru tahun 6 dan Kaunselor Sekolah yang membantu melaksanakan Peperiksaan Percubaan UPSR 2014 ini.







PERTANDINGAN MENULIS SURAT 1 MALAYSIA 2014

Pertandingan Menulis Surat 1 Malaysia 2014

Maklumat Pertandingan

i ) Kategori A
    Pelajar sekolah rendah ( tahun 1 hingga 6 )
ii) Kategori B
    Pelajar sekolah menengah ( Tingkatan 1 hingga 5 )
iii) Kategori C
     Terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas.
iv) Kategori D
     Terbuka kepada Orang Kelainan Upaya ( OKU ) berusia 9 tahun hingga 45 tahun

Pertandingan dibuka dari 1 Julai 2014 hingga 31 Ogos 2014.

Setiap peserta hendaklah memilih salah satu pilihan tajuk yang diberikan seperti berikut :

i ) Tulis sepucuk surat tidak rasmi kepada Perdana Menteri Malaysia untuk menyatakan kenapa Malaysia menjadi destinasi pilihan pelancong asing.
ii) Tulis sepucuk surat tidak rasmi kepada Perdana Menteri Malaysia tentang pengalaman dan keistimewaan melancong di Malaysia.
iii) Tulis sepucuk surat tidak rasmi kepada Perdana Menteri Malaysia tentang cadangan untuk meningkatkan industri pelancongan di kawasan anda yang berkonsepkan Pelansongan 1 Malaysia.

Format surat adalah SURAT TIDAK RASMI.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Sekretariat,
Pertandingan Menulis Surat 1  Malaysia 2014,
Bahagian Komunikasi Korporat,
Pos Malaysia Berhad,
Tingkat 7, Ibu Pejabat Pos Malaysia,
Kompleks Dayabumi,
50670 Kuala Lumpur.

Tel : 03-2267 2206 /22672203
FAKS : 03-2267 2255
FACEBOOK : www.facebook.com/surat2014

Isnin, 14 Julai 2014

MAJLIS PELANCARAN MINGGU PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH 2014

Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah 2014 telah dilancarkan pada pagi ini semasa perhimpunan rasmi sekolah.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Adam bin Hj Mohammad,Guru Besar,SK Tun Sas.
Sepanjang minggu pendidikan pencegahan dadah ini dijalankan ,pelbagai aktiviti dirancang untuk semua murid .
Pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan cawangan Melaka telah mengadakan satu ceramah dan pameran tentang bahaya dadah.





Ahad, 6 Julai 2014

JADUAL GERAK GEMPUR TAHUN 6 - 2014

JADUAL GERAK GEMPUR UPSR TAHUN 6 - 2014

Ujian Gerak Gempur 1

 2,3 dan 4 Julai 2014 ( Rabu - Jumaat )

Peperiksaan Percubaan UPSR 2014 Selaras CO11/
Ujian Gerak Gempur 2

15,16 dan 17 Julai 2014 ( Selasa - Khamis )

Ujian Gerak Gempur 3

12,13 dan 14 Ogos 2014 ( Selasa - Khamis )

Ujian Gerak Gempur 4

19,20 dan 21 Ogos 2014 ( Selasa - Khamis )

Ujian Gerak Gempur 5

26.26 dan 28 Ogos 2014 ( Selasa - Khamis )

# SILA RUJUK JADUAL UJIAN DI BAWAH.



 * Ibubapa/Penjaga Murid Tahun 6 diharapkan agar dapat 
    memastikan anak tuan/puan hadir ke sekolah semasa Ujian 
    Gerak Gempur ini dijalankan.
    Ujian ini adalah sebahagian daripada persediaan menjelang
    UPSR 2014.
    Kerjasama tuan/puan adalah diharapkan.

 

PROGRAM MOTIVASI TAHUN 6 : INSAN TERBILANG.AKADEMIK CEMERLANG