Isnin, 22 Januari 2018

TAKLIMAT PROGRAM PEMBANGUNAN BOLASEPAK (AKAR UMBI) DI SK TUN SAS


WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN PELAJAR 2018

Majlis Pelantikan dan Penyerahan Watikah Pemimpin Pelajar 2018 telah diadakan pada hari ini di Dataran Tun Tuah,SK Tun SAS. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia, Datuk Syed Mahaza bin Syed Dakian,Pengarah Urusan Al Joffrie Sdn. Bhd. merangkap Naib Pengerusi PIBG,SK Tun SAS.

Turut hadir bersama ialah Tn. Hj. Adam bin Hj. Mohammad,Guru Besar, SK Tun SAS, barisan pentadbir SK Tun SAS,guru-guru serta semua murid SK Tun SAS.

Dalam majlis ini seramai 395 orang pemimpin pelajar telah diberikan watikah pelantikan sebagai Pengawas Disiplin,Pengawas Pusat Sumber,Pengawas Kesihatan,Pengawas ICT/Bestari,Pembimbing Rakan Sebaya,Pengawas SPBT,Ketua dan Penolong Ketua Darjah dan Pengawas Kokurikulum.









    

Sabtu, 13 Januari 2018

PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA 2018

Program Gotong Royong Perdana SK Tun SAS telah diadakan pada hari ini di sekitar kawasan Sekolah dan Bilik-bilik Darjah .
Program ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Berbahagia Batuk Hj. Murad bin Hj. Husin,Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya(MPHTJ) . Beliau telah diwakili oleh Yang Berbahagia,Tn. Hj. Othman bin Latif,Setiausaha Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya ( MPHTJ )

Turut hadir semasa majlis perasmian ialah Tn.Hj. Adam bin Hj. Mohammad,Guru Besar SK Tun SAS,Tn. Hj. Mohd Arif bin Yusa ,Pengerusi PIBG SK Tun SAS,En. Zurkarnain bin Haron,Pengerusi JKKK Taman Tasik Utama, wakil daripada South Waste Management ( SWM ) para ibubapa serta guru-guru dan kakitangan SK Tun SAS.

Semua barisan Pentadbir Sekolah,Guru-Guru dan kakitangan serta pihak PIBG SK Tun SAS  merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang bersama-sama menjayakan program ini.