Isnin, 22 Januari 2018

WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN PELAJAR 2018

Majlis Pelantikan dan Penyerahan Watikah Pemimpin Pelajar 2018 telah diadakan pada hari ini di Dataran Tun Tuah,SK Tun SAS. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia, Datuk Syed Mahaza bin Syed Dakian,Pengarah Urusan Al Joffrie Sdn. Bhd. merangkap Naib Pengerusi PIBG,SK Tun SAS.

Turut hadir bersama ialah Tn. Hj. Adam bin Hj. Mohammad,Guru Besar, SK Tun SAS, barisan pentadbir SK Tun SAS,guru-guru serta semua murid SK Tun SAS.

Dalam majlis ini seramai 395 orang pemimpin pelajar telah diberikan watikah pelantikan sebagai Pengawas Disiplin,Pengawas Pusat Sumber,Pengawas Kesihatan,Pengawas ICT/Bestari,Pembimbing Rakan Sebaya,Pengawas SPBT,Ketua dan Penolong Ketua Darjah dan Pengawas Kokurikulum.









    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan