Isnin, 23 Januari 2017

MAJLIS PELANTIKAN PEMIMPIN PELAJAR 2017 ,KEMPEN SAYANGI BUKU DAN PELANCARAN PROGRAM " MUTIARA HATI "

  Majlis Gabungan Tiga Program telah diadakan pada hari ini 23 Januari 2017 . Majlis telah diadakan di Dewan Tun Fatimah melibatkan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar 2017,Kempen Sayangi Buku dan Program ' Mutiara Hati :

Program ini dianjurkan oleh Unit Disiplin & Pengawas Sekolah serta Unit SBPT SK Tun SAS. di bawah seliaan Unit Hal Ehwal Murid SK Tun SAS.

Majlis telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Berbahagia Datuk Syed Mahaza bin Syed Dakian,Pengarah Urusan Al Joffrie Sdn Bhd.

Turut hadir ialah Tn.Hj.Mohd Arif bin Hj. Yusa,Pengerusi PIBG SK Tun SAS, Tn. Hj. Adam bin Hj. Mohammad,Guru Besar  SK Tun SAS dan barisan Guru Penolong Kanan SK Tun SAS serta semua guru .








Isnin, 9 Januari 2017

LANJUTAN SEWAAN LOKER SESI PERSEKOLAHAN 2017


 SILA KLIK PAPARAN DI BAWAH UNTUK DOWNLOAD DAN PENGISIAN BORANG

SURAT LANJUTAN SEWAAN LOKER SESI PERSEKOLAHAN 2017

BORANG SEWAAN LOKER 2017

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN UPSR DARIPADA PPD MELAKA TENGAH

Majlis Penyampaian Sijil Anugerah Kecemerlangan SK Tun SAS drpd PPD Melaka Tengah.. Tn. Hj. Ali Azizan b. Abd Aziz dari PPD Melaka Tengah telah menyampaikan sijil semasa Perhimpunan Rasmi hari ini.. Tahniah SK Tun SAS.

Turut hadir ialah En. Kamaruddin Abd Majid GPK 1, Pn. Hjh Kamala Miswan, GPK HEM , Pn. Rahayu Mohd Thith,GPK Kokurikulum..

TAHNIAH BUAT SK TUN SAS...







Jumaat, 6 Januari 2017

PERUTUSAN TAHUN BAHARU DAN PERMULAAN SESI PERSEKOLAHAN 2017



PERMULAAN PROGRAM BACAAN YASSIN SETIAP JUMAAT

Program Bacaan Yassin setiap Jumaat telah dimulakan pada sesi persekolahan 2017. Program ini dikendalikan oleh Panitia Pendidikan Islam yang diketuai oleh Ustaz Zairul Izham bin Alias.

Setiap minggu pada hari Jumaat semua murid dikehendaki berada di Dataran Tun Tuah tepat jam 7.15 pagi untuk bersama-sama membacakan Surah Yassin.

Murid-murid lelaki juga digalakkan memakai pakaian Sekolah Agama yang lengkap sepanjang hari Jumaat.

Bacaan Yassin pada minggu ini diketuai oleh Ustaz Habibullah bin Mohd Jidin.  Selepas Bacaan Yasin ianya diikuti dengan doa dan bacaan Asma AlHusna.

Tn. Hj. Adam bin Hj. Mohammad,Guru Besar SK Tun SAS menerangkan beberapa kelebihan dan fadhilat dari membaca Surah Yassin.