Jumaat, 6 Januari 2017

PERMULAAN PROGRAM BACAAN YASSIN SETIAP JUMAAT

Program Bacaan Yassin setiap Jumaat telah dimulakan pada sesi persekolahan 2017. Program ini dikendalikan oleh Panitia Pendidikan Islam yang diketuai oleh Ustaz Zairul Izham bin Alias.

Setiap minggu pada hari Jumaat semua murid dikehendaki berada di Dataran Tun Tuah tepat jam 7.15 pagi untuk bersama-sama membacakan Surah Yassin.

Murid-murid lelaki juga digalakkan memakai pakaian Sekolah Agama yang lengkap sepanjang hari Jumaat.

Bacaan Yassin pada minggu ini diketuai oleh Ustaz Habibullah bin Mohd Jidin.  Selepas Bacaan Yasin ianya diikuti dengan doa dan bacaan Asma AlHusna.

Tn. Hj. Adam bin Hj. Mohammad,Guru Besar SK Tun SAS menerangkan beberapa kelebihan dan fadhilat dari membaca Surah Yassin.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan