Selasa, 22 April 2014

PROGRAM JOM MEMBACA

Program Jom Membaca telah diadakan di Dewan Tun Fatimah,SK Tun Sas tepat jam 10.00pagi hingga 10.10pagi. Program ini dijalankan serentak di semua sekolah seluruh negara.

Semua warga SK Tun Sas telah bersama-sama melaksanakan program ini.




CERAMAH PENCEGAHAN JENAYAH SEKSUAL

Satu sesi ceramah yang bertajuk ' Pencegahan Jenayah Seksual ' telah diadakan di Pusat Sumber ,SK Tun Sas pagi ini.
Ceramah ini adalah untuk semua murid Tahun 4,5 dan 6. Semua murid berkumpul di Pusat Sumber SK Tun Sas untuk mendengar ceramah ini.
ASP Noor Zarini bt Arifin dari Jabatan Siasatan Jenayah.Ibupejabat Polis Kontinjen Melaka telah menyampaikan ceramah dan menerangkan lebih lanjut tentang pencegahan jenayah seksual.

Ucapan terima kasih kepada pihak Polis Diraja Malaysia atas kerjasama dalam menjayakan ceramah ini.




 

PROGRAM MOTIVASI MURID DAN PERKEMBANGAN AWAL REMAJA



MAKLUMAN SARINGAN LITERASI DAN NUMERASI ( B. MALAYSIA ,B. INGGERIS DAN MATEMATIK )


Isnin, 21 April 2014

ANUGERAH TAWARAN BAHARU GURU BESAR 2013

Majlis Anugerah Tawaran Baharu kepada Guru Besar Tahun 2013 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan. Majlis telah diadakan pada 18 April 2013 di Shah Alam Convention Centre (SACC)


Majlis telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia, Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin.

SK Tun Sas adalah salah sebuah sekolah yang telah dianugerahkan dengan Anugerah Tawaran Baharu Guru Besar bagi tahun 2013 ini.

Tahniah buat Tuan Guru Besar dan seluruh warga SK Tun Sas.



 

Rabu, 16 April 2014

MINGGU BAHASA INGGERIS SK TUN SAS 2014

Panitia Bahasa Inggeris SK Tun Sas  mengadakan Minggu Bahasa Inggeris mulai 14 April 2014 hingga 18 April 2014.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Adam bin Hj. Mohammad,Guru Besar SK Tun Sas pada pagi ini.
Pelbagai aktiviti telah dirancangkan sepanjang minggu Bahasa Inggeris ini.


Jumaat, 11 April 2014

MAKLUMAN CUTI PENGISYTIHARAN MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH 2014

Hari Isnin ( 14 April 2014 ) adalah hari persekolahan biasa untuk semua murid SK Tun Sas.
 
Sekolah akan bercuti pada hari Selasa ( 15 April 2014 ) sempena Pengisytiharan Melaka Bandaraya Bersejarah.

Semua warga SK Tun Sas akan bersekolah semula pada 

16 April 2014 ( Rabu )

Harap maklum.

' MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG '
' NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU'

' MELAKA MAJU FASA KE 2 '




 

Sabtu, 5 April 2014

PROGRAM SKOR A ( KOLABORASI CO 11 )

Program Skor A ( Kolaborasi CO 11 ) telah dijalankan di SK Tun Sas pada hari ini. Program ini disertai oleh 5 buah sekolah yang terlibat dalam Kumpulan CO11 iaitu SK Tun Syed Ahmad Shahabudin,SK Batu Berendam 2,SK Batu Berendam, SK Ayer Molek dan SRA Jaim Tun Razak.

Murid yang terlibat adalah seramai 130 orang dari 5 buah sekolah tersebut.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia,Tn.Hj. Mohd Arif bin Hj. Yusa,Pengerusi JAPERUN Ayer Keroh pada pagi ini.

Turut hadir ialah Tn. Hj. Adam Hj. Muhammad,Guru Besar SK Tun Sas, Pn.Hjh Safiah Bt Hj. Sharif,Guru Besar SK Batu Berendam 2, En. Zainal bin Hj. Muhammad Katas,Guru Besar SK Batu Berendam,Ph. Hjh Nor Aissah bin Mohamed,Guru Besar SK Ayer Molek dan GPK Ko-Kurikulum SRA Jaim Tun Razak.

Program ini dijalankan bertujuan untuk memantapkan pencapaian A murid dalam matapelajaran Sains dan Bahasa Inggeris disamping untuk meningkatkan motivasi dan semangat murid . Ianya juga bertujuan agar mmurid dapat didedahkan dengan kumpulan dan suasana baru dengan berinteraksi sesama murid cemerlang dari sekolah yang berlainan.